Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pe.ngu.rus] | ڤڠوروس

Definisi : 1. (orang dll) yg mengurus, (orang dll) yg menjalankan pengurusan: dia telah di-lantik menjadi ahli jawatankuasa ~ perayaan hari kebangsaan; 2. orang yg mengendalikan perjalanan sehari-hari syarikat perniagaan dsb: pentadbiran syarikat diserahkan kpd seorang ~ dan sebuah jawatankuasa; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pe.ngu.rus] | ڤڠوروس

Definisi : 1 orang yg mengurus: ~ syarikat itu bergaji RM3,000/- sebulan. 2 ketua atau pemimpin. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
urus
Kata Terbitan : berurus, menguruskan, terurus, urusan, berurusan, pengurusan, pengurus,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
production managerpengurus pengeluaran; pengurus penerbitanPentadbiranTiadaTiada
production managerpengurus pengeluaran; pengurus penerbitanKomunikasiTiadaTiada
production managerpengurus pengeluaran; pengurus penerbitanPentadbiran PerniagaanTiadaTiada
brand managerpengurus jenamaKomunikasiKorporatIndividu yang bertanggungjawab mengurus segala aspek perancangan pemasaran bagi sesuatu jenama. Adakalanya individu ini dikenali juga sebagai pengurus barangan. Peranan pengurus jenama adalah menyediakan strategi pemasaran sesuatu jenama yang dipertanggungjawabkan. Tujuannya adalah untuk mengekalkan jenama melalui pengurusan penjenamaan dan pemasaran secara aktif. Proses ini bermula dari peringkat perancangan sehingga pe -ringkat pelaksanaan, sama ada bersifat konseptual atau fizikal. Proses ini dilakukan dengan pendekatan komunikasi pemasaran bersepadu yang menggabungkan peranan hubungan media, perhubungan awam, pemasaran, dan jualan. Matlamat akhirnya adalah untuk memastikan kejayaan sesuatu jenama agar selari dengan kejayaan jenama lain yang telah dihasilkan oleh syarikat.
software project managerpengurus projek perisianTeknologi MaklumatPerisianPengurus projek pembangunan perisian yang bertanggungjawab terhadap kesemua aktiviti yang dijalankan sepanjang pembangunan perisian seperti spesifikasi, reka bentuk, pelaksanaan dan dokumentasi. Di samping itu, pengurus projek perisian perlu mengawasi perjalanan proses pembangunan perisian dari segi tenaga sumber dan tempoh masa yang ditetapkan.
mailing list managerpengurus senarai melTeknologi MaklumatTiadaPerisian yang menyenggara senarai mel dalam Internet atau intranet. Pengurus senarai mel menerima mesej yang dikirim oleh pengguna dan menghantar salinan mesej kepada semua pelanggan. Mesej ini mungkin disunting oleh moderator sebelum dihantar. Pengurus senarai mel juga menerima dan memproses permintaan pengguna seperti memulakan langganan ke senarai mel. Pengurus senarai mel yang biasa digunakan ialah LISTSERV dan Majordomo. Lihat juga senarai mel
staffstafPentadbiranTiadaPakar ataupun profesional dalam sesuatu bidang dalam sesebuah organisasi yang memberi nasihat atau perkhidmatan kepada pengurus bahagian dan pengurus atasan.
accountable public managerpengurus awam bertanggungjawabPentadbiranPentadbiran Awam

Penjawat kerajaan yang mempunyai kuasa dalam sesebuah organisasi bagi menguruskan sesuatu hal ehwal yang berkaitan dengan kepentingan umum. Pengurus awam bertanggungjawab memegang autoriti tertentu dalam membuat keputusan dan mengendalikan bidang kuasa berdasarkan kepada peraturan dan undang-undang yang berkaitan dengan sistem pengurusan organisasi. Untuk menjadi seorang pengurus awam yang bertanggungjawab, seseorang individu itu perlu dedikasi, kreatif, telus dan mempunyai etika kerja yang cemerlang. Contohnya, Pegawai Jabatan Kebajikan Masyarakat merupakan pengurus awam yang bertanggungjawab dalam menentukan bentuk bantuan atau sumbangan yang boleh disalurkan kepada orang ramai.

functional managerpengurus fungsiPentadbiranTiadaPengurus yang bertanggungjawab terhadap kegiatan salah satu fungsi utama atau perkhidmatan seperti pengeluaran, pemasaran, kewangan, perjawatan atau perakaunan.
brand manegerpengurus jenamaPentadbiranTiadaPengurus yang bertanggungjawab menguruskan jemana keluaran tertentu.
12345678910...

Kembali ke atas