Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pe.ngu.ru.san] | ڤڠوروسن

Definisi : perihal (kerja dsb) mengurus sesuatu, perihal mengurus (syarikat, badan perniagaan, dll): pentadbiran dan ~ surau atau masjid dikendalikan oleh jawatankuasa yg dipilih oleh penduduk mukim atau kampung; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pe.ngu.ru.san] | ڤڠوروسن

Definisi : perbuatan atau hal mengurus sesuatu (syarikat, badan perniagaan dll): ~ perniagaan kain itu dijalankan oleh anaknya sendiri. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
urus
Kata Terbitan : berurus, menguruskan, terurus, urusan, berurusan, pengurusan, pengurus,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Bagaimanakan penggunaan sebenar - pihak pengurusan fakulti atau pihak Pengurusan Fakulti atau Pihak Pengurusan Fakulti

Penggunaan yang betul ialah pihak pengurusan fakulti atau Pihak Pengurusan Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi.

Ejaan22.09.2021
DEFINISI PENGURUSAN?? PROSES-PROSES PENGURUSAN? MAKSUD: DEMOKRATIK,AUTOKRATIK

Firza, terima kasih kerana menghubungi KNBDBP.

Untuk definisi pengurusan dan proses pengurusan sila dapatkan buku rujukan yang terdapat di pasaran. Untuk maksud demokratik dan autokratik sila lihat makna yang diberikan ini. Terima kasih.

(démokratik) 1. dicirikan dgn, terbit drpd, berkaitan dgn prinsip-prinsip demokrasi; 2. menjunjung atau menyokong demokrasi atau kepentingan rakyat biasa

  • autikratik- -berasaskan atau mempunyai kuasa penuh (bkn pemerintah, pemerintahan, pengurusan, dsb): amalan pengurusan yg berbentuk ~ dan birokratik.
  • Makna19.08.2009
    Macam mana nak terjemah 'soft management' - pengurusan lembut @ pengurusan ringan @ ?Pengurusan mudahMakna05.11.2007
    'oleh pihak Pengurusan' atau 'oleh pihak pengurusan.oleh pihak pengurusanTatabahasa14.03.2011
    Perkataan Pengurusan Tertinggi perlu menggunakan huruf besar atau kecil? Contoh Pengurusan Tertinggi MOSTI atau pengurusan tertinggi MOSTISekiranya perkataan tersebut merujuk pada kata nama am, perkataan tersebut ditulis dengan huruf kecil pada pangkalnya (pengurusan tertinggi MOSTI) manakala sekiranya perkataan tersebut merujuk pada kata nama khas, perkataan tersebut ditulis dengan huruf besar pada pangkalnya (Pengurusan Tertinggi MOSTI).
    Tatabahasa30.11.2023
    Mohon cadangan bahasa melayu untuk perkataan "STORMWATER MANAGEMENT" selalunya di tulis sebagai, *pengurusan air ribut *Pengurusan air larian hujan *Pengurusan air larian permukaan Mohon pencerahan pihak DBP bagi kosa kata yang sesuai bagi ganti kata "STORMWATER"Salam sejahtera,

    Tuan,
    Berdasarkan data kami, stormwater management diberi padanan pengurusan air hujan yang bermaksud penggunaan sistem semula jadi dan buatan untuk meminimumkan kerosakan alam sekitar dan menyediakan kemudahan yang diperlukan untuk masyarakat. Istilah ini merupakan istilah dalam bidang kejuruteraan.

    Sekian, terima kasih.
    Istilah06.01.2018
    Apakah objektif pengurusan Islam.Objektif pengurusan Islam ialah melahirkan sistem kerja berteraskan nilai-nilai Islam, menghindari salah laku dalam pengurusan yang bertentangan dengan nilai-nilai Islam, membentuk petugas yang amanah dan cekap, telus dan adil. Maklumat lanjut boleh diperoleh daripada pihak MAMPU, Jabatan Perdana Menteri.Makna17.10.2006
    Definisi: pengurusan? terangkan proses-proses pengurusan? Nyatakan tentang ciri-ciri kepimpinan yang berikut:- a) Demokratik b) Autokratik c) Lassez FaireBerdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat, makna pengurusan ialah perihal (kerja dsb) mengurus sesuatu, perihal mengurus (syarikat, badan perniagaan, dll). Untuk pertanyaan yang seterusnya, saudara digalakkan membuat rujukan dan kajian di mana-mana perpustakaan atau pusat sumber atau mengunjungi Pusat Dokumentasi Melayu, Dewan Bahasa dan Pustaka.Istilah20.08.2009
    MAKSUD PENGURUSAN MASA BAGI PELAJAR IPTAPengurusan masa bermaksud bagaimana seseorang membahagikan masa untuk menjalankan sesuatu kerja, urusan, dan lain=lain secara bersistem. Aspek pengurusan masa amat penting dalam bidang Pengurusan; sama ada dalam hal pentadbiran, diri, mesyuarat, projek dan sebagainya. Hal ini juga berkaitan dengan penjadualan kerja atau perancangan. Sila rujuk buku-buku dalam bidang Pengurusan bagi mendapatkan penjelasan terperinci berkaiatan perkara ini.Lain-lain10.02.2008
    Saya memerlukan definisi terperinci mengenai dokumen pengurusan dan apakah yang dikategorikan sebagai dokumen pengurusan. Saya juga memerlukan definisi terperinci mengenai setiap kategori dokumen pengurusan tersebut. Terima kasihSEcara amnya dokumen pengurusan merupakan dokumen yang digunakan dalam melaksanakan kerja dan hal-hal yang berkaitan dengannya. Sdr. boleh mendapatkan maklumat yang lebih terperinciri dengan merujuk buku-buku tentang bidang pengurusan yang ada dalam pasaran.Lain-lain27.10.2007
    12345678910...

    Kembali ke atas