Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pe.ngu.sa.ha] | ڤڠوسها

Definisi : 1. orang yg mengusahakan se-suatu (perusahaan, kegiatan penghasilan, dsb): ~-~ barang-barang kecil akan dapat men­jual barang-barang mereka dgn harga pasaran yg agak lumayan; 2. = pengurus (sekolah dll), pengelola. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pe.ngu.sa.ha] | ڤڠوسها

Definisi : orang yg mengusahakan sesuatu badan perusahaan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
usaha (kata nama)
Bersinonim dengan daya upaya, ikhtiar, kegiatan, perbuatan, tenggang;,
Kata Terbitan : berusaha, mengusahakan, perusahaan, pengusaha,


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
CHIPPENDALE, THOMASChippendale, Thomas (1718–1779) ialah
pereka dan pengusaha perabot Inggeris
UMUMUmum
DEERE, JOHN

Deere, John (1804–1886) ialah pereka dan

pengusaha Amerika. Pada tahun 1837, dia mencipta

bajak keluli pertama yang mampu membalikbalikkan

tanih prairi Amerika yang padat.

UMUM 
SPERRY, ELMER AMBROSE

Sperry, Elmer Ambrose (1860–1930) ialah ahli

sains, pencipta, dan pengusaha Amerika. Dia

paling terkenal dalam pembuatan giroskop untuk

penggunaan pelayaran (lihat Giroskop). Perusahaan

Sperry termasuklah membuat lampu arka di

Chicago, kereta api elektrik di Cleveland, Ohio, dan

giroskop di New York City.

UMUM 
PETRI MELAYUPETRI Melayu, majalah bulanan khusus untuk kaum wanita. Majalah ini pertama kali diterbitkan pada bulan Jun 1947. pengusaha majalah ini ialah Yahya Ariff. Majalah ini diterbitkan di Kuala Kangsar, Perak dan dicetak oleh Penang and Straits Company, Pulau Pinang.SEJARAH DAN ARKEOLOGIPenerbitan
GUNA TENAGA

Guna tenaga   ialah penggunaan sumber-sumber ekonomi, iaitu tanah, buruh, modal dan pengusaha, oleh firma-firma dalam kegiatan pengeluaran barang dan perkhidmatan.

EKONOMI DAN PENGURUSANKonsep
MURDOCK, WILLIAM

Murdock, William (1754–1839), pereka cipta

Scotland yang membuat beberapa pembaikan

penting enjin kuasa stim dan juga menjumpai cara

mendapatkan gas daripada batu arang. Dia turut

mencipta simen-besi. Dia digaji oleh Matthew

Boulton dan James Watt untuk memasang enjin

pam ke lombong Cornish (lihat Boulton, Matthew;

Watt, James). Pada tahun 1785, dia mencipta

dengan jayanya sebuah model enjin untuk menarik

kereta kuda. Dia memasang lampu menggunakan

gas di rumahnya di Redruth. Pada tahun 1802, dia

memasang gas di bengkel majikannya. Dia

menyedari bahawa jet gas lebih terang apabila gas

itu dipecahkan kepada beberapa jet kecil.

Penggunaan gas untuk lampu jalan raya telah

dimajukan secara persendirian oleh Murdock, dan

banyak pengusaha syarikat menuduh bahawa dia

mencuri idea daripada mereka. Murdock

dipercayai mencipta alat untuk membuat

pengaturan gear matahari dan planet untuk

mendapatkan pergerakan putaran daripada enjin-rasuk.

Ciptaan ini membolehkan binaan enjin kuasa

wap memutarkan roda. Murdock lahir di

Auchinlek, di daerah Strathclyde, Scotland.

UMUM 

Kembali ke atas