Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pe.ngu.sa.ha] | ڤڠوسها

Definisi : 1. orang yg mengusahakan se-suatu (perusahaan, kegiatan penghasilan, dsb): ~-~ barang-barang kecil akan dapat men­jual barang-barang mereka dgn harga pasaran yg agak lumayan; 2. = pengurus (sekolah dll), pengelola. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pe.ngu.sa.ha] | ڤڠوسها

Definisi : orang yg mengusahakan sesuatu badan perusahaan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
usaha (kata nama)
Bersinonim dengan daya upaya, ikhtiar, kegiatan, perbuatan, tenggang;,
Kata Terbitan : berusaha, mengusahakan, perusahaan, pengusaha,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
talaqqi rukbanpenjualan peraihPerniagaan IslamTiadaProses jual beli antara peraih dengan pengusaha ketika pengusaha sedang membawa barang jualan ke pasar tanpa menjelaskan harga pasaran. Sekiranya jual beli ini mengakibatkan kerugian kepada pengusaha, maka talaqqi rukban adalah haram tetapi akadnya masih sah. Sekiranya harga pasaran dimaklumkan dan pengusaha masih meneruskan jual beli, maka talaqqi rukban tidak haram. Sinonim talaqqi jalb, talaqqi sil‘.
land completely deliverypenyerahan penuh tanahEkonomiEkonomi IslamProses penyerahan tanah sepenuhnya yang diakadkan oleh pemilik tanah kepada pengusaha. Oleh itu, pengusaha bebas menguruskan tanah untuk kepentingan projek penanaman tanpa penglibatan pemilik tanah.
istisnactempahanPerniagaan IslamTiadaProses menempah produk daripada pihak pengusaha. Produk yang ditempah belum lagi wujud ketika akad dan akan disiapkan oleh pengusaha pada masa akan datang. Pengusaha bertanggungjawab menyiapkan produk yang ditempah dan menyerahkannya apabila siap.
abolition of muzaraahpemansuhan muzaraahEkonomiEkonomi IslamPembatalan akad muzaraah yang telah dipersetujui antara pemilik tanah dengan pengusaha. Pembatalan boleh dibuat atas permintaan sama ada oleh pemilik tanah atau pengusaha sekiranya projek penanaman belum dimulakan. Projek penanaman dianggap telah bermula sekiranya pengusaha telah memulakan kerja penanaman di tapak berkenaan. Oleh itu, penyediaan benih tanaman sama ada oleh pemilik tanah atau pengusaha tidak dianggap sebagai telah bermulanya projek penanaman. Pemansuhan boleh berlaku dengan dua cara, iaitu pemansuhan tanpa kerelaan dan pemansuhan dengan kerelaan.
radio operatorpengusaha radioSosiologiTiadaPengusaha siaran radio.
mudarabah mushtarikahmudarabah perkongsianPerniagaan IslamTiadaPersetujuan antara kedua-dua belah pihak pemodal dan pengusaha untuk melakukan satu lagi perkongsian dengan melantik pihak ketiga sebagai pengusaha bagi menguruskan atau mengusahakan perniagaan. Contohnya, pendeposit bank menyimpan wang melalui akaun pelaburan dan bank bertindak sebagai pengusaha. Pihak bank melantik pihak ketiga bagi menguruskan atau mengusahakan pelaburan.
mudaribpengusahaPerniagaan IslamTiadaPihak yang menjalankan perniagaan dengan mendapat dana daripada pemodal. Pengusaha ialah pihak yang mempunyai pengalaman dan kemahiran dalam perniagaan, perusahaan atau pelaburan. Jumhur kecuali mazhab Maliki, tidak membenarkan pemodal mencampuri urusan perniagaan.
agricultural land leasing/ agriculture land pawningmugharasahEkonomiEkonomi IslamAkad usaha sama tanaman antara pemilik tanah dengan pengusaha. Dalam usaha sama ini, pemilik tanah menyerahkan tanah kepada pengusaha untuk diusahakan manakala peralatan, benih dan semua modal kerja disediakan oleh pengusaha. Hasil tanaman akan dikongsi bersama dan dibahagikan mengikut persetujuan. Mugharasah dikenali juga sebagai perkongsian dalam sektor pertanian. Sinonim pajakan tanah pertanian.
mudarabah companysyarikat mudarabahEkonomiEkonomi IslamBentuk perkongsian perniagaan yang terhasil daripada akad mudarabah antara pemilik modal (sohibul mal) dengan pengusaha (mudarib). Perkongsian ini wujud kerana pemilik modal mempunyai modal tanpa kemahiran, manakala pengusaha pula mempunyai kemahiran tanpa modal. Pemilik modal dan pengusaha akan berkongsi keuntungan perniagaan mengikut kadar yang dipersetujui. Syarikat mudarabah terbahagi kepada dua, iaitu mudarabah mutlak dan mudarabah muqayyad.
crop-sharingmukhabarahEkonomiEkonomi IslamAkad usaha sama tanaman antara pemilik tanah dengan pengusaha. Akad ini dikenali juga sebagai perkongsian dalam sektor pertanian. Dalam usaha sama ini, pemilik tanah menyerahkan tanah kepada pengusaha untuk diusahakan dan kedua-dua pihak terlibat secara langsung dalam projek penanaman. Dalam usaha sama ini juga, benih tanaman disediakan oleh pengusaha dan keluaran tanaman dibahagikan mengikut persetujuan.
123456789

Kembali ke atas