Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pe.nia.ga] | ڤنياݢ

Definisi : 1. orang yg berniaga, pedagang; 2. (Eko) ejen firma broker yg mempunyai lesen utk berjual beli saham, komoditi atau opsyen yg mewakili pelanggannya dgn menerima gaji tetap. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pe.nia.ga] | ڤنياݢ

Definisi : orang yg berniaga; pedagang. ~ tunggal peniaga yg menjadi tuan punya sesuatu perniagaan tanpa ber­kong­si dgn orang lain. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
niaga
Kata Terbitan : berniaga, perniagaan, peniaga,


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
MONNET, JEAN

Monnet, Jean (1888–1979) ialah peniaga

Perancis dan pembesar yang mengetuai suatu

pergerakan untuk menyatukan Eropah Barat pada

tahun 1950-an dan tahun 1960-an. Dia dikenali

sebagai Bapa Komuniti Eropah. Monnet

mencadangkan penubuhan Komuniti Batu Arang

dan Keluli pada tahun 1950 dan menjadi presiden

pergerakan itu dari tahun 1952 hingga tahun 1955.

Dia mengasaskan Komuniti Bertindak untuk

Kesatuan Eropah dan menjadi presidennya dari

tahun 1956 hingga 1975. Dia membantu

menubuhkan Komuniti Tenaga Atom (Euratom) dan

Komuniti Ekonomi Eropah (kini dikenali sebagai

Kesatuan Eropah); kedua-duanya ditubuhkan pada

tahun 1957. Lihat Kesatuan Eropah.

UMUM 
DEWAN PERNIAGAAN

Dewan Perniagaan ialah persatuan ahli

peniaga yang menggalakkan kepentingan ahlinya

dan perniagaan secara am. Dewan perniagaan

ditubuhkan di pekan, bandar, daerah dan

negeri. Bagi kebanyakan negara Eropah, dewan

perniagaan merupakan agensi rasmi, yang

ditanggung oleh cukai. Dewan perniagaan kadangkala

dikenali sebagai lembaga perdagangan,

persatuan saudagar, atau persatuan perniagaan.

International Chamber of Commerce mempunyai

ahli daripada persatuan dan syarikat perniagaan di

seluruh dunia.

UMUM 
YAQUT AL-HAMAWIY

Yaqut al-Hamawiy (574–626 H/1178–1229 M),

penulis. Nama penuhnya ialah Abdullah Shihab al-

Din Yaqut ibn Abdullah al-Rumiy al-Hamawiy.

Semasa kecil, dia ditawan dan dibeli oleh seorang

peniaga dari Baghdad yang bernama ‘Askar ibn

Ibrahim al-Hamawiy.

UMUM 
KELAS MENENGAH

Kelas menengah ialah sekumpulan orang yang

berada di antara kelas atasan dengan kelas

bawahan dalam sesebuah masyarakat. Istilah kelas

menengah pertama kali digunakan secara umum

ketika awal tahun 1800-an di Eropah. Ia merujuk

kepada borjuis (kelas peniaga), sekumpulan orang

yang berada di antara kaum aristokrat dengan

kaum petani.

UMUM 
BRIDGER, JAMES

Bridger, James (1804–1881), pemburu,

pemerangkap, peniaga bulu haiwan, dan pemandu

arah, adalah salah seorang perintis perbatasan

Amerika yang paling terkemuka.

UMUM 
SCALAWAG

Scalawag ialah orang kulit putih dari Amerika

Selatan yang bekerjasama dengan orang kulit

hitam dan orang utara Republikan untuk mengawal

politik di Selatan selepas Perang Saudara Amerika.

Orang Demokrat di Selatan menyifatkan golongan

ini sebagai “haiwan berpakaian manusia” dan

memanggil mereka scalawag , iaitu nama yang

biasa digunakan pada lembu yang tidak berguna.

Kebanyakan Scalawag terdiri daripada peniaga,

dan peladang yang menentang perpisahan

(pengunduran) daripada kesatuan sebelum

peperangan. Orang Scalawag yang lain,

kebanyakannya terdiri daripada keluarga miskin

dari kawasan bukit bukau di Selatan. Terdapat

orang scalawag yang mendapat keuntungan

peribadi tetapi ada yang yakin bahawa pihak

Selatan perlu meninggalkan nilai bangsa dan

masyarakatnya sebelum perang untuk terus hidup.

Orang Scalawag membantu membangunkan

semula pelajaran dan masyarakat serta meluluskan

undang-undang yang membolehkan golongan kulit

hitam mengundi. Pada tahun 1870-an, mereka

menghilangkan diri apabila Demokrat berkuasa

semula di Selatan.

UMUM 
SEMUTAR

SEMUTAR, sejenis kain panjang dan nipis yang dililit di kepala orang lelaki khasnya di pantai timur, Semenanjung Malaysia. Semutar menjadi penutup kepala basahan atau harian yang dipakai oleh golongan rakyat biasa yang bekerja sebagai nelayan, peladang, petani atau peniaga.

BUDAYAAdat
PASAR GELAP

Pasar gelap ialah jualan atau pengedaran

barangan atau mata wang yang mencabuli had

maksimum harga, kuota, pencatuan, dan keutamaan

yang ditentukan oleh kerajaan. Sesiapa yang

membeli atau menjual barangan catuan atau mata

wang terkawal melalui saluran yang menyalahi

undang-undang atau lebih daripada had

maksimum harga yang ditentukan menjadi peniaga

dalam pasaran gelap.

UMUM 
SYEIKH GHARIEB SYEKH RAOUF

SYEIKH GHARIEB SYEIKH RAOUF (1923-1975), ahli politik. Beliau lahir pada 19 Ogos 1923 di Batu Pahat, Johor. Beliau dibesarkan dalam keluarga sederhana. Bapanya seorang peniaga yang berasal dari Siak Inderapura, Sumatera. Beliau mendapat pendidikan awal di sekolah Melayu. Kemudian, beliau belajar di High School, Batu Pahat dan seterusnya di English College, Johor Bahru. Beliau lulus peperiksaan Junior Cambridge tetapi tidak sempat menduduki peperiksaan Senior Cambridge kerana Perang Dunia Kedua telah merebak ke Tanah Melayu.

SEJARAH DAN ARKEOLOGITokoh
DEWAN PERNIAGAAN MELAYU MALAYADEWAN PERNIAGAAN MELAYU MALAYA, gabungan Dewan-dewan Perniagaan Melayu seluruh Malaya, ditubuhkan pada tahun 1956, bertujuan untuk memperjuangkan matlamat dan hak para peniaga Melayu di negara ini. Penubuhan Dewan Perniagaan Melayu Malaya juga adalah selaras dengan perkembangan dunia perniagaan golongan bumiputera sendiri dan mereka menyedari keperluan sebuah dewan perniagaan bagi golongan bumiputera.SEJARAH DAN ARKEOLOGIInstitusi/Organisasi
12

Kembali ke atas