Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pe.ni.laian] | ڤنيلاين

Definisi : perihal atau perbuatan menilai, pentaksiran: menurut ~ saya, cerpennya yg terbaharu lebih berjaya; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pe.ni.laian] | ڤنيلاين

Definisi : per­buatan atau hal menilai; penaksiran: Tiap-tiap orang membuat ~ yg berbeza. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
nilai (kata nama)
1. Bersinonim dengan harga: kimah, aji,

2. Bersinonim dengan kadar: nisbah, skala, ukuran, timbangan,

3. Bersinonim dengan mutu: kualiti, darjat, darjah, harkat,

Kata Terbitan : bernilai, menilai, nilaian, penilaian,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
curriculum managementpengurusan kurikulumPendidikanTiadaSegala aktiviti yang dilakukan untuk menentukan kejayaan perancangan kurikulum yang merangkumi pembentukan, penilaian, penilaian kurikulum dan pembaharuan kurikulum supaya matlamat dan objektif yang ditentukan tercapai.
feed evaluationpenilaian makananVeterinarTiadaKaedah untuk menentukan kandungan dan penggunaan nutrien dalam sesuatu makanan. Terdapat beberapa kaedah penilaian, antaranya ialah penilaian sistem tenaga metabolisme, sistem tenaga bersih dan sistem tenaga pilihan untuk ternakan ruminan. Penilaian protein dalam makanan pula melibatkan sistem protein kasar tercerna, nisbah kecekapan protein, nilai biologi dan potensi nitrogen bersih.
performance evaluationpenilaian prestasiPentadbiranPentadbiran Awam

Penilaian sistematik yang dilaksanakan oleh majikan terhadap pekerja dalam usaha mengukur dan menilai kualiti perkhidmatan seseorang individu dalam suatu tempoh masa perkhidmatan, biasanya satu tahun. Penilaian boleh juga dirujuk sebagai apa sahaja tatacara yang melibatkan penetapan piawaian kerja dan penilaian prestasi sebenar pekerja berbanding piawaian dan pemberian maklum balas kepada pekerja. Antara tujuan utama penilaian prestasi adalah untuk membolehkan majikan dan pekerja berbincang tentang tahap kecekapan pekerja sepanjang tahun penilaian, membantu majikan mengenal pasti kelemahan dan kekuatan pekerja serta membuat keputusan yang lebih tepat dalam memberikan latihan dan pembangunan terhadap pekerja dan menjadi platform utama kepada majikan dalam menetapkan pampasan dan ganjaran. Memandangkan penilaian prestasi ini amat penting dalam fungsi pengurusan sumber manusia, majikan boleh memantau fungsi pengurusan sumber manusia dalam aspek perancangan sumber manusia, pengambilan dan pemilihan, latihan dan pembangunan, perancangan dan pembangunan kerjaya, pentadbiran pampasan, perhubungan perusahaan dan penilaian pekerja yang berpotensi.

dental behaviour assessmentpenilaian tingkah laku pergigianPergigianTiadaProses penilaian keupayaan pesakit untuk bekerjasama semasa rawatan pergigian dijalankan. Penilaian ini dibuat bagi mengenal pasti kaedah pengurusan tingkah laku pesakit yang sesuai untuk pesakit. Penilaian tingkah laku berbeza mengikut umur, status kesihatan dan sikap pesakit. Contohnya, kanak-kanak berusia dua tahun kurang mampu untuk mengikut arahan maka rawatan pergigian perlu dijalankan dengan menggunakan teknik bius am. Manakala kanak-kanak yang lebih berusia mampu mengikut arahan dan rawatan pergigian dijalankan dengan kaedah pramedikasi atau kaedah terang-tunjuk-buat.
performance appraisalpenilaian prestasiPenilaian Harta TanahTiadaTiada
due diligencepenilaian wajar/kaedah penilaianAuditTiadaTiada
security evaluationpenilaian sekuritiTeknologi MaklumatKeselamatan KomputerKaedah penilaian ciri keselamatan suatu sistem maklumat yang dilakukan secara sukarela oleh pembekal sistem maklumat berkenaan untuk mengenal pasti kegoyahan yang mungkin wujud. Penilaian keselamatan sebegini dilakukan berpandukan kumpulan kriteria penilaian keselamatan teknologi maklumat (ITSEC).
policy evaluationpenilaian dasarPentadbiranPentadbiran Awam

Ditakrifkan sebagai suatu perkara yang amat penting demi menjamin kecemerlangan dan kejituan pelaksanaan sesuatu dasar awam. Ianya melibatkan empat tahap penilaian yang menjadi tunjang keefisienan sesuatu dasar yang dilaksanakan. Tahap-tahap tersebut ialah Penilaian Tahap Pengenalan Masalah (tahap mengenalpasti masalah dan factor penyebab kepada sesuatu isu), Penilaian Tahap Penerimaan Dasar (Fokus kepada analisis faedah, kos, kesan politik, ekonomi,kesan social dan moral sesuatu dasar terhadap kesejahteraan awam), Penilaian Tahap Pelaksanaan Dasar (Proses pemantauan maklumat tentang operasi dasar oleh golongan pelaksana dasar diteliti oleh eksekutif yang bertanggung jawab bagi memperbaiki keberkesanan dan keefisienan gaya pelaksanaan) dan Penilaian Tahap Pasca Pelaksanaan (Proses menilai faedah dan kesan keseluruhan selepas tamat tempoh pelaksanaa sesuatu dasar).

attained-age valuation methodkaedah penilaian umur tercapaiinsuransTiadaKaedah penilaian yang melibatkan polisi hayat seumur hidup atau endowmen, dan kadar premium untuk penilaian ini adalah berdasarkan kepada umur tercapai insured.
attained-age valuation methodkaedah penilaian umur tercapaiPentadbiran PerniagaanTiadaKaedah penilaian yang melibatkan polisi hayat seumur hidup atau endowmen, dan kadar premium untuk penilaian ini adalah berdasarkan kepada umur tercapai insured.
12345678910...

Kembali ke atas