Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu

[pe.nim.bal] | ڤنيمبل

Definisi : pengimbang; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pe.nim.bal] | ڤنيمبل

Definisi : 1 sesuatu yg digunakan utk menimbal; pengimbang. 2 ist peranti yg digunakan utk menyimpan data secara sementara sebelum dipindahkan ke peranti lain. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata penimbal

Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
double bufferingpenimbalan ganda duaKomputerTiadaTeknik perkakasan atau perisian bagi memindahkan data di antara komputer dan perisian komputer yang melibatkan dua penimbal. Penimbal pertama digunakan untuk menyimpan data yang diproses oleh komputer sedangkan penimbal kedua digunakan untuk mengeluarkan atau memasukkan data. Kaedah ini membolehkan pemproses berfungsi tanpa menunggu peranti yang lambat.
output bufferpenimbal output/penimbal keluaranKomputerTiadaTiada
output bufferpenimbal output/penimbal keluaranKejuruteraanTiadaPenguat, lazimnya dengan gandaan voltan 6dB, pada pemultipleks video.
buffer zonezon penimbalPertanianAgroteknologiSatu kawasan penghalang yang dibentuk untuk mengasingkan tanaman daripada pengaruh yang tidak diingini. Contohnya, dalam pengawalan rumpai yang menggunakan racun kimia, zon penimbal perlu diadakan untuk melindungi tanaman yang peka kepada racun ini. Zon penimbal memisahkan kawasan yang disembur racun dengan kawasan yang tidak disembur racun. Bagi mendapatkan pensijilan sistem tanaman organik, sesebuah ladang organik perlu mempunyai zon penimbal bagi membezakannya dengan ladang bukan organik. Contoh lain ialah bagi pembiakan jagung; zon penimbal perlu disediakan bagi mengawal pendebungaan daripada baka luar supaya tidak mencemari kacukan yang diusahakan.
buffer overflowlimpah atas penimbalTeknologi MaklumatKeselamatan KomputerKeadaan ketika suatu atur cara atau proses cuba menyimpan data yang melebihi kapasiti penimbal. Lebihan data ini akan melimpah kepada ruang penimbal lain yang bersebelahan dengannya sehingga menyebabkan kerosakan data yang dipegang.
screen bufferpenimbal skrinTeknologi MaklumatTiadaData (imej) dalam jumlah yang kecil yang disimpan di dalam ingatan dalam jangka masa yang singkat sebelum dipaparkan oleh skrin komputer. Kad video menghantar imej ke penimbal sebelum dipaparkan oleh skrin. Lazimnya disimpan di dalam ingatan capaian rawak (RAM). Penimbal skrin membantu mempercepatkan pemprosesan dan pemaparan imej. Misalnya, ketika pengguna memuat turun fail video dari Internet, 20% pertama daripada saiz fail akan ditempatkan ke dalam penimbal dan dimainkan. Sementara bahagian pertama dimainkan, komputer akan terus memuat turun baki fail dari Internet.

buffer rangejulat penimbalKimiaTiadaBatas perubahan penimbal terhadap asid atau bes.
buffer solutionlarutan penimbalKimiaKimia Analisislih. penimbal.
buffer capacitymuatan penimbalKimiaTiadaKebolehan relatif larutan penimbal untuk menahan perubahan pH apabila asid, atau bes ditambah ke dalam larutan itu.
12345678910...

Kembali ke atas