Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.

Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
1. Saya tidak dapat menghantar maklumat melalui 'Pantau Tegur Bahasa' 2. Betulkah penggunaan 'ejen pengimbang', atau sepatutnya 'agen pengimbang'? Istilah ini digunakan dalam ms. 12, Dewan Siswa Julai 2007 , bahagian pendahuluan (baris 4) oleh pengarang Haji Samat Bin Buang. Setelah merujuk Kamus Dewan Edisi 4 untuk mendapatkan maksud kedua-dua perkataan 'ejen' dan 'agen', , saya berpendapat bahawa istilah yang tepat ialah ' agen pengimbang'. Apakah pendapat pihak DBP? Terima kasih.perkataan yang betul ialah agen penimbangMakna02.08.2007
Assalamualaikum dan salam sejahtera. Saya menghantar dokumen dalam bentuk surat rasmi untuk meminta pihak tuan membuat semakan terhadap kata majmuk yang bakal saya gunakan dalam inovasi Bahasa Melayu.Terima kasih tuan.
Pembentukan Kata majmuk g dihasilkan melalui proses yang merangkaikan dua kata dasar atau lebih yang membawa makna tertentu. Kata majmuk bertindak sebagai satu unit dan lazimnya dieja terpisah. Kata majmuk dibezakan daripada frasa kerana tidak dapat disisipkan sebarang ungsur antara unitnya. Senarai perkataan tersebut ialah kata majmuk dan perlu dieja terpisah: 
 
1. jam tangan / tanda nama / baju sekolah / tali pinggang / tali leher  / papan putih
2. kipas angin / meja makan / kaunter bayaran/ alas meja / bangku panjang / nasi lemak
3. penyiram air /pasu bunga /bunga raya / tukang kebun / papan tanda  / kolam ikan
4. peti ais / tanda harga  / penimbang berat / tarikh luput / tong sampah / air kotak
5. baju renang / bot nelayan / tapak sulaiman / air laut / rumah api / selipar getah 
6. bingkai gambar / rak televisyen / meja konsol / set sofa/ jam dinding / penyaman udaya
7. papan gelongsor / trek joging / kawasan larangan / palang besi / penunggang spring /            hutan kubah
8. sekatan pergerakan / pensanitasi tangan / barisan hadapan / penjarakan sosial / pelitup          muka  / sut hazmat
Tatabahasa14.07.2020

Kembali ke atas