Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pe.nin.da.san] | ڤنيندسن

Definisi : perbuatan menindas: dlm pemerintahan diktator kerap berlaku ~ kebebasan dan hak-hak asasi manusia; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pe.nin.da.san] | ڤنيندسن

Definisi : perbuatan atau hal me­nindas. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
tindas
Kata Terbitan : menindas, tertindas, penindasan, penindas,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
apakah maksud dunia menurut kamus dewan beserta muka surat ke berapa dalam kamus tersebut?Merujuk Kamus Dewan Edisi Keempat, makna dunia ialah 1. bumi dan segala yg terdapat di permukaannya, alam (tempat kita duduki): lombong Kinta ialah kawasan lombong bijih timah yg terkaya di ~; itulah kekasihnya ~ dan akhirat; 2. perihal hidup, kehidupan: ~ hari ini penuh dgn penindasan dan kepura-puraan; 3. segala manusia yg hidup di bumi: seluruh ~ turut bersedih atas kematian Presiden John. F. Kennedy; 4. bidang, lapangan, alam: dlm ~ perniagaan orang Melayu masih jauh ketinggalan; 5. bahagian dunia (negara dll), masyarakat: ~ sebelah sini masih lagi dlm keadaan huru-hara; ~ barat; ~ akhirat sepanjang masa, di dunia dan di akhirat; ~ kanak-kanak perihal hidup kanak-kanak; ~ luar masyarakat (negeri dll) luar; ~ ramai masyarakat ramai (umum); ~ sukan lapangan sukan; ~ diadang, kikir diperbuat, ~ diadang, saku dijahit prb bersuka-suka mahu, tetapi mengeluarkan wang enggan; memakai ~ berganti-ganti, yg hidup sesarkan mati, dgn mati itu bernanti-nanti prb baka yg turun-temurun tidak akan putus;Makna05.07.2010
Saya ingin memohon untuk mendapatkan kepastian mengenai terjemahan perkataan yang telah dilakukan oleh saya. Adakah ia bersesuaian dengan pihak DBP atau dengan siapakah yang perlu saya rujuk untuk mendapat kepastian mengenai permasalahan ini? 1. Emotion regulation diterjemah menjadi regulasi emosi 2. Cognitive reappraisal diterjemah menjadi penilaian kognitif 3. Expressive suppression diterjemah menjadi penekanan ekspresi

Berikut merupakan cadangan padanan bahasa Melayu bagi perkataan yang dinyatakan:

1. Emotional regulation: Pengawalaturan/regulasi emosi

2. Cognitive reappraisal: Penilaian semula kognitif

3. Expressive suppression: Penekanan/penindasan ekspresif

Padanan perkataan bergantung pada kesesuaian serta konsep dan konteks penggunaannya dalam sesuatu bidang atau laras bahasa.



Istilah21.02.2022

Kembali ke atas