Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pe.ning.ga.lan] | ڤنيڠݢلن

Definisi : 1. sesuatu yg ditinggalkan, pusaka, warisan: ~nya, sebuah buku, seka­rang ini terletak di hadapan saya di atas meja; 2. = sepeninggalan seberangkatan, sepemer­gian, sesudah matinya: sepeninggalannya, agama Islam telah tersebar di Samudra; 3. sesuatu sisa atau bekas dr zaman dahulu (purbakala): saya lihat ada sebuah kota batu besar ~ kerajaan Hindu atau Islam agaknya; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pe.ning.ga.lan] | ڤنيڠݢلن

Definisi : 1 segala se­suatu yg ditinggalkan; pesaka: harta ~ harta pesaka. 2 sisa atau saki-baki dr zaman dahulu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
tinggal (kata kerja)
1. Bersinonim dengan diam: duduk, bersemayam, bermastautin, menetap, menghuni, menginap, menumpang, bercokol, bersarang,

2. Bersinonim dengan berbaki: bersisa, berlebih, ada lagi, masih ada,

3. Bersinonim dengan tetap: kekal, sentiasa, selalu, masih,

Kata Terbitan : meninggal, meninggalkan , tertinggal, tinggalan, ketinggalan, peninggalan, sepeninggalan, sepeninggal,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
______daripada harta peninggalan ayahnya akan didermakan kepada anak-anak yatim. Sama ada jawapan "sebahagian" dan "sesetengah" diterima dalam soalan ini? Sama ada "sebahagian" dan "sesetengah" hanya digunakan merujuki orang manakala "sebahagian" merujuki orang dan BENDA?Kedua-duanya boleh menjadi jawapan kepada soalan yang dikemukakan. Dalam pangkalan data kami, sesetengah bermaksud sebilangan atau sebahagian dan sebahagian juga boleh membawa maksud sesetengah atau segolongan. Oleh itu, tidak ada pengkhususan untuk manusia atau benda.Tatabahasa08.01.2014
______daripada harta peninggalan ayahnya akan didermakan kepada anak-anak yatim. A. Seluruh B. Semua C. Sebahagian D. Sesetengah ~ sama ada jawapan C dan D boleh diterima? sama ada "Sebahagian" sama maksud dengan"sesetengah"?Jawapan yang paling tepat  ialah sebahagian.

Tatabahasa24.12.2013
Beberapa _________ tombak peninggalan datuk telah dijadikan hiasan dinding di rumah pak cik saya. A. pucuk B. laras C. bilah D. puntung Jawapannya ? Terima kasihPenjodoh bilangan yang sesuai berdasarkan pilihan jawapan yang ada ialah sebilah tombak.Tatabahasa06.01.2014
Ejaan yg betul pesaka atau pusaka untuk rujuk kpd harta peninggalan selepas mati  pusaka
 1 segala harta benda yg ditinggalkan oleh orang yg meninggal.
 2 sesuatu yg dipunyai turun-temurun
Tatabahasa03.07.2018
Apakah maksud 'Malam Legasi Budaya'Maksud perkataan legasi ialah peninggalan ataupun warisan, manakala budaya bermaksud tamadun atau peradaban, dan tidak ada dalam sumber rujukan kami maksud keseluruhan frasa tersebut.Makna24.07.2010
APAKAH MAKSUD ARTIFAK, MONUMEN DAN FOSIL?Artifak ialah barang-barang buatan manusia (terutamanya alat perkakas, senjata) yg merupakan peninggalan sesuatu zaman. Monumen ialah bangunan (patung dll) yg dibina utk memperingati seseorang atau sesuatu peristiwa penting, tugu. Fosil pula ialah tinggalan (sisa) jasad haiwan atau tumbuhan zaman purba (prasejarah) yg kini mengeras dan tertanam di dlm bumi (batuan dsb).Makna13.08.2008
Saya Khomsah Che-ni, belajar di Universiti Fatoni kelas dasar, ingin bertanya DBP, perkataan "Warisan" berasal dari bahasa apa? dan apakah maknanya? serta contoh dalam ayat"Warisan", kata akar daripada "Waris" yang berasal daripada bahasa Arab. Warisan membawa maksud: 1. harta peninggalan, harta pusaka: Mimi pergi ke Bandung untuk suatu urusan warisan; 2. sesuatu yang diwarisi, sesuatu yang turun-temurun, peninggalan: kata jongos merupakan kata warisan kolonial.Makna22.09.2014
PERKATAAN BAHASA MELAYU YANG SESUAI BAGI MAKSUD 'DECOMMISSIONING AND ABANDONMENT'Terjemahan dalam bahasa Melayu istilah decommissioning and abandonment ialah penyahtauliahan dan peninggalanBiasanya perkataan ini digunakan dalam bidang kejuteraan.  

Walau bagaimanapun pelucutan juga boleh digunakan untuk perkataan decommissioning mengikut bidang tertentu kerana pelucutan bermaksud perihal menarik balik atau memberhentikan sesuatu. 



Makna13.06.2022
Assalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh Saya seorang pelajar asasi di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia dan saya sedang melakukan kajian mengenai penggunaan singkatan dalam Bahasa Melayu . Saya ingin bertanya kepada pihak Dewan Bahasa dan Pustaka , adakah pihak DBP bersetuju bahawa masyarakat Malaysia kini terlalu banyak menggunakan singkatan perkataan ( peninggalan bunyi ) dalam bahasa Melayu ? Sebagai contoh , masyarakat Malaysia sering menyingkatkan perkataan dalam percakapan seperti sudah menjadi dah, tidak boleh menjadi takleh, sekejap menjadi jap . Adakah penggunaan singkatan yang berlebihan dalam komunikasi ini benar-benar berlaku ? Jika ya, apakah kesannya kepada masyarakat dan apakah langkah yang patut masyarakat Malaysia lakukan untuk mengatasi masalah ini ? Sekian persoalan dari saya. Terima kasih.Salam sejahtera,

Penggunaan singkatan pada perkataan

Untuk makluman anda, bagi mengetahui sama ada dakwaan bahawa masyarakat Malaysia terlalu banyak menggunakan singkatan dan penggunaan berlebihan dalam komunikasi benar-benar berlaku dalam masyarakat atau tidak, DBP berpandangan penyelidikan yang autentik dan terperinci perlu dilaksanakan. Data penyelidikan diperlukan untuk mengetahui kebenaran dakwaan ini dan bukan setakat persepsi. 

Penyelidikan penggunaan singkatan dalam komunikasi boleh dilaksanakan dalam dua (2) konteks, iaitu komunikasi dalam situasi rasmi dan situasi tidak rasmi. Secara umumnya, penggunaan singkatan dalam konteks rasmi mesti mematuhi  pedoman penulisan singkatan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), iaitu berdasarkan Pedoman Umum Ejaan Rumi Bahasa Melayu dan rujukan lain seperti  Kamus Dewan dan Kamus Pelajar.

Penggunaan singkatan yang tidak mengikut pedoman khususnya dalam situasi dan penggunaan rasmi memberikan kesan negatif kepada sistem bahasa Melayu yang baku. Berbeza daripada komunikasi tidak rasmi dan bahasa basahan, singkatan memang lazim. Oleh itu, gunakanlah bahasa dengan betul mengikut konteks penggunaannya.  

Sekian, untuk makluman.

Lain-lain25.10.2020
apakah maksud "legasi" dan bagaimanakah contoh penggunaannya dalam ayat. terima kasih.Menurut Kamus Dewan, Edisi Keempat 'legasi' merupakan perkataan Indonesia Belanda yang bermaksud perwakilan negara di luar negara (tarafnya lebih rendah drpd kedutaan besar). Menurut Kamus Melayu Inggeris Dewan legasi membawa tiga maksud 1.  pusaka, harta peninggalan (contoh ayat: Tanah itu ialah pusaka drpd datuk neneknya.); 2. warisan (contoh ayat: Orang-orang zaman Ratu Elizabeth meninggalkan warisan kesusasteraan yang kaya kepada kita.); 3.  kesan (contoh ayat: Kucar-kacir dalam masyarakat ialah salah satu kesan buruk peperangan).Makna10.01.2013
12

Kembali ke atas