Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pe.ning.ga.lan] | ڤنيڠݢلن

Definisi : 1. sesuatu yg ditinggalkan, pusaka, warisan: ~nya, sebuah buku, seka­rang ini terletak di hadapan saya di atas meja; 2. = sepeninggalan seberangkatan, sepemer­gian, sesudah matinya: sepeninggalannya, agama Islam telah tersebar di Samudra; 3. sesuatu sisa atau bekas dr zaman dahulu (purbakala): saya lihat ada sebuah kota batu besar ~ kerajaan Hindu atau Islam agaknya; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pe.ning.ga.lan] | ڤنيڠݢلن

Definisi : 1 segala se­suatu yg ditinggalkan; pesaka: harta ~ harta pesaka. 2 sisa atau saki-baki dr zaman dahulu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
tinggal (kata kerja)
1. Bersinonim dengan diam: duduk, bersemayam, bermastautin, menetap, menghuni, menginap, menumpang, bercokol, bersarang,

2. Bersinonim dengan berbaki: bersisa, berlebih, ada lagi, masih ada,

3. Bersinonim dengan tetap: kekal, sentiasa, selalu, masih,

Kata Terbitan : meninggal, meninggalkan , tertinggal, tinggalan, ketinggalan, peninggalan, sepeninggalan, sepeninggal,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
well abandonmentpeninggalan telagaKejuruteraanPetroleumProses menghentikan pengeluaran bendalir dari telaga pembangunan apabila kadar pengeluarannya telah menurun ke paras yang tidak menguntungkan lagi, atau proses meninggalkan telaga liar yang telah dibuktikan tidak produktif. Jenis-jenis peninggalan yang mungkin dilakukan adalah peninggalan subpermukaan, peninggalan permukaan atau peninggalan dasar laut bagi telaga di kawasan lepas pantai. Rujuk : peninggalan dasar laut; peninggaln subpermukaan.
omissionpeninggalanUndang-undangUndang-undang AntarabangsaKelalaian atau kegagalan sesebuah entiti untuk melakukan sesuatu tindakan yang berada di bawah tanggungjawab atau pengawasannya. Peninggalan boleh berlaku dengan disertai oleh niat atau tanpa niat tertentu. Dalam konteks undangundang antarabangsa, peninggalan yang dilakukan oleh badan eksekutif, badan perundangan atau badan kehakiman akan dianggap sebagai keputusan negara berkenaan. Tindakan meninggalkan sesuatu obligasi antarabangsa boleh dianggap sebagai tindakan yang menyalahi peraturan antarabangsa, dan melibatkan tanggungjawab antarabangsa. Contoh peninggalan ialah kegagalan pihak polis untuk menyiasat kejadian serangan yang dilakukan terhadap warga asing, walaupun tugasan menyiasat tersebut sebenarnya berada di bawah pengawasan mereka.
seabed abandonmentpeninggalan dasar lautKejuruteraanPetroleumPeninggalan telaga dengan yang bersangkutan daripada dasar laut. Alat-alat tersebut termasuklah pencegah sembur liar, kepala telaga dan sebahagian daripada selongsong yang digunakan. Penanggalan ini akan menjamin supaya tiada halangan yang merintangi dasar laut setelah telaga berkenaan ditinggalkan. Rujuk : peninggalan telaga.
cruciformbentuk salibArkeologiData Arkeologi dan Teknik ArkeologiStruktur bangunan yang mempunyai pelan tapak berbentuk palang bersilang seperti salib. Umumnya bentuk ini dapat dilihat pada peninggalan fitur. Contoh peninggalan struktur berbentuk salib seperti candi Tapak 21 di Lembah Bujang, Kedah yang mempunyai tambahan pecahan sudut terkeluar daripada keempat-empat sisinya.
subsurface abandonmentpeninggalan subpermukaanKejuruteraanPetroleumProses menyekat aliran bendalir dari dalam formasi daripada masuk ke dalam telaga. Dengan demikian, zon-zon pengeluaran terpisah dari permukaan. Proses penyekatan itu dilakukan dengan cara memasang penyumbat simen pada zon pengeluaran yang hendak diasingkan itu. isi padu simen yang diperlukan akan ditentukan oleh keadaan telaga berkenaan seperti panjang lubang terbuka, bendalir formasi yang ada dan ciri-ciri formasi tersebut. Rujuk : peninggalan telaga.
abandonmentpeninggalan; penyerah gantianPentadbiranTiadaTiada
abandonmentpeninggalan; penyerah gantianEkonomiTiadaTiada
abandonmentpeninggalan; penyerah gantianUndang-undangTiadaTiada
material omissionpeninggalan materialUndang-undangTiadaTiada
omissionketinggalan;peninggalanUndang-undangTiadaTiada
123456

Kembali ke atas