Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pe.ni.puan] | ڤنيڤوان

Definisi : 1. perbuatan menipu: sukatan dan ukuran piawai dapat mencegah ~; 2. perkara (kejadian) menipu: berbagai-bagai cerita tentang ~ telah dilaporkan kpd polis; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pe.ni.puan] | ڤنيڤوان

Definisi : 1 perbuatan atau hal menipu. 2 kejadian menipu: Polis sedang menyiasat ~ yg dilaporkan itu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
tipu
Kata Terbitan : tipuan, menipu, tertipu, penipuan, penipu,

Peribahasa

Yang bingung makanan yang cerdik,
     yang tidur makanan yang jaga.

Bermaksud :

Orang yang bodoh itu menjadi mangsa penipuan orang yang cerdik. (Peribahasa lain yang sama makna: Bingung makanan si cerdik, orang tidur makanan si jaga).

 

Lihat selanjutnya...(2)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
MAKSUD PENIPUANSaudara boleh menggunakan enjin carian Pusat Rujukan Persuratan Melayu (PRPM) http://prpm.dbp.gov.my untuk mencari maklumat. PRPM merupakan satu cara lain untuk membuat rujukan atau  mendapatkan makna kata, istilah, peribahasa dan sebagainya. Saudara hendaklah memasukkan perkataan tersebut dalam ruang yang disediakan dan klik "cari".Lain-lain27.10.2010
______ kemurkaan Sultan Abdullah berpunca daripada penipuan yang dilakukan oleh pedagang itu. A) maka B) hatta C) adapun D)arkian. Bagaimankah soalan ini dijawab?c) Adapun kemurkaan Sultan Abdullah berpunca daripada penipuan yang dilakukan oleh pedagang itu. T.kasih.Lain-lain04.07.2008
Apakah terjemahan kepada istilah 'catfishing' dalam konteks penipuan dalam talian? *Catfishing is when a scammer creates a fake account or identity to trick people into believing they are talking to a real person.Kami mencadangkan "catfishing" diterjemahkan sebagai "penipuan dalam talian" atau "penyamaran dalam talian". Namun, padanan ini bergantung pada kesesuaian serta konsep dan konteks penggunaannya dalam sesuatu bidang atau laras bahasa.Penyemakan dan penterjemahan07.11.2021
Apakah kata majmuk atau kata ganda untuk perkataan " tipu " ?'Tipu' ialah kata kerja, untuk merujuk banyaknya kegiatan penipuan yang berlaku lazimnya disebut 'beberapa kes penipuan'.Tatabahasa30.03.2011
______ kemurkaan Sultan Abdullah berpunca daripada penipuan yang dilakukan oleh pedagang itu. A) maka B) hatta C) adapun D)arkian. mengapakah adapun dipilih sebagai jawapan? apakah maksud dengan adapun. maafkan saya kerana saya tidak memahami. terima kasih'Adapun' bermaksud mengenai atau perihal. Jadi dalam contoh ayat yang diberikan, 'Perihal kemurkaan Sultan Abdullah berpunca daripada penipuan yang dilakukan oleh pedagang itu'. Contoh ayat ini diambil  daripada laras bahasa Melayu klasik.Ejaan08.07.2008
Contract cheating dalam bidang akademik bermaksud mengupah pihak ketiga untuk menyiapkan tugasan atau menduduki peperiksaan untuk mendapatkan kreditasi dalam akademik individu. Maka, cadangan penggunaan ‘penipuan kontrak’ masih membawa maksud yang dinyatakan seperti di atas? Yang ikhlas, Wong Ley KoonKami mencadangkan "contract cheating" diterjemahkan sebagai "penipuan kontrak" atau "perdayaan kontrak". Namun, padanan ini bergantung pada kesesuaian serta konsep dan konteks penggunaannya dalam sesuatu bidang atau laras bahasa.Istilah21.02.2022
fraud syndicatePadanan bahasa Melayu untuk "fraud syndicate" ialah sindiket penipuan.Istilah30.06.2016
SALAM SEJATERA.SAYA SUB INSPEKTER KARUNAKARAN PEGAWAI PENYIASAT KOMERSIAL DARIPADA IPD SEPANG.SAYA SEDANG MENYIASAT SATU KES PENIPUAN.SEBAGAI BAHAN BUKTI SAYA ADA 1 RAKAMAN VIDEO DUA LELAKI INDIA SEDANG BERSEMBANG DALAM BAHASA INDIA.SAYA NAK BUAT TRANSKRIP APA YANG MEREKA SEMBANG KE DALAM BENTUK TULISAN DALAM BAHASA MELAYU/BAHASA INGGERIS UNTUK DIJADIKAN SEBAGAI BAHAN BUKTI DI MAHKAMAH.ADAKAH PIHAK TUAN DAPAT MEMBANTU SAYA?DENGAN SIAPAKAH SAYA PERLU MERUJUK PERKARA INI?HARAP PIHAK TUAN DAPAT BANTU SAYA.SEKIAN TERIMA KASIH.Untuk makluman tuan, khidmat membuat transkrip tidak termasuk dalam skop perkhidmatan kami. Khidmat Nasihat Bahasa disediakan khusus bagi membantu pengguna menangani masalah penggunaan bahasa Melayu seperti ejaan, istilah dan tatabahasa.Lain-lain22.05.2013
Saya selaku pelajar sarjana dan mencadangkan pihak DBP menghasilkan kata yang boleh membawa maksud "contract cheating"Cadangan terjemahan bagi "contract cheating" ialah penipuan kontrakMakna16.02.2022
Salam sejahtera, Saya ingin bertanya tentang terjemahan yang sesuai bagi "Fraud Policy", adakah "Dasar Fraud" boleh digunakan? Jika tidak, sila berikan cadangan anda. Mohon bantuan pihak DBP. Terima kasih.Padanan bahasa Melayu untuk perkataan fraud ialah fraud dan penipuan. Lazimnya penggunaan fraud digunakan dalam bidang undang-undang. Oleh itu, padanan Dasar Fraud untuk Fraud Policy boleh diterima dalam bidang undang-undang.Istilah29.12.2017
12

Kembali ke atas