Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pe.ni.puan] | ڤنيڤوان

Definisi : 1. perbuatan menipu: sukatan dan ukuran piawai dapat mencegah ~; 2. perkara (kejadian) menipu: berbagai-bagai cerita tentang ~ telah dilaporkan kpd polis; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pe.ni.puan] | ڤنيڤوان

Definisi : 1 perbuatan atau hal menipu. 2 kejadian menipu: Polis sedang menyiasat ~ yg dilaporkan itu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
tipu
Kata Terbitan : tipuan, menipu, tertipu, penipuan, penipu,

Peribahasa

Yang bingung makanan yang cerdik,
     yang tidur makanan yang jaga.

Bermaksud :

Orang yang bodoh itu menjadi mangsa penipuan orang yang cerdik. (Peribahasa lain yang sama makna: Bingung makanan si cerdik, orang tidur makanan si jaga).

 

Lihat selanjutnya...(2)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
commercial crimejenayah komersialKriminologiKeadilan JenayahJenayah yang dilakukan bertujuan untuk mendapatkan keuntungan kewangan atau ekonomi, yang melibatkan penipuan atau pemerdayaan. Contohnya, penipuan kad kredit dan penipuan insurans.
khiyar khiyanatpilihan khianatPerniagaan IslamTiadaHak pemilihan pembeli apabila wujud penipuan dalam akad jual beli amanah. Contohnya, penipuan yang terbukti dalam akad jual beli meliputi unsur gharar pada barangan jual beli, penipuan terhadap kecacatan barangan dan penipuan kos barangan. Mengikut mazhab Hanafi dan Maliki, pembeli mempunyai hak untuk meneruskan atau menamatkan urus niaga. Manakala mengikut mazhab Syafii dan Hambali, pembeli tidak mempunyai hak untuk memilih tetapi berhak menuntut pengurangan harga berdasarkan jenis pengkhianatan.
Macau scampenipuan MacauKriminologiKeadilan JenayahSatu bentuk jenayah kewangan yang melibatkan penipuan dengan menggunakan telekomunikasi yang dimulakan oleh sindiket di Macau. Contoh penipuan Macau ialah panggilan telefon kepada pemenang bertuah, membuat tuntutan penculikan, penyamaran sindiket sebagai anggota polis, pegawai Bank Negara atau pegawai bank yang lain.
taghrirpenipuanPerniagaan IslamTiadaPerihal memujuk individu dengan cara yang salah supaya melaksanakan akad. Contohnya, memujuk bakal pembeli dengan memberi gambaran yang tidak benar sehingga menyebabkan satu pihak bersetuju untuk berakad. Penipuan boleh berpunca daripada pihak penjual, pembeli atau orang tengah. Sekiranya wujud kerugian yang besar akibat penipuan, maka pihak yang tertipu diberi hak khiyar kecuali penipuan yang melibatkan harta anak yatim, wakaf dan baitulmal.
election fraudpenipuan pilihan rayaSains PolitikPolitik PerbandinganTindakan penyelewengan yang dibuat dalam pilihan raya untuk mendapatkan kemenangan atau menjatuhkan sesuatu lawan. Penipuan boleh dilakukan dengan pelbagai cara seperti mewujudkan pengundi hantu, penggunaan wang dengan mengupah pegawai pilihan raya atau pembelian undi, penyelewengan dalam senarai pendaftaran, pemaksaan pengundi untuk memilih calon tertentu, pemindahan pengundi dari senarai pendaftaran ke kawasan lain, pengisian kotak undi dengan kertas undi terlebih dahulu sebelum hari pengundian dan penambahan atau pemindaan undi dalam kertas undi pos. Penipuan boleh dibuat oleh mana-mana pihak, namun lebih banyak dilakukan oleh pihak yang menguasai badan yang menjalankan pilihan raya. Contohnya, penggunaan kad pengenalan seorang yang sudah meninggal dunia yang tidak didaftarkan kematiannya untuk mengundi merupakan satu penipuan dalam pilihan raya.
love scampenipuan cintaKriminologiKeadilan JenayahJenayah penipuan yang menggunakan hubungan romantik atau percintaan palsu terhadap mangsa untuk memperoleh kepercayaannya bagi mendapatkan habuan kewangan.
academic fraudpenipuan akademikPendidikanTiadaSuatu bentuk penipuan secara sengaja dalam bidang pendidikan seperti pemalsuan data, pengubahan dokumen akademik dan penyelewengan kajian penyelidikan.
falsificationpelancungan; pemalsuan; penipuanPentadbiran PerniagaanTiadaPelancungan: Penipuan ke atas dokumen sama ada setem atau kiriman wang.
credit card fraudpenipuan kad kreditKriminologiKeadilan JenayahPenipuan dan pemerdayaan yang melibatkan kad kredit, bertujuan untuk mendapatkan keuntungan atau manfaat lain. Tindakan ini termasuklah aktiviti pengklonan, pengeluaran, pengedaran dan penyalahgunaan kad kredit palsu.
inheritance fraudpenipuan pewarisanKriminologiKeadilan JenayahJenayah yang melibatkan penipuan berkaitan dengan pewarisan seperti hak terhadap harta pusaka, kewangan dan identiti waris.
12345678910

Kembali ke atas