Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pen.ja.ga.an] | ڤنجاݢاءن

Definisi : hal atau perbuatan menjaga; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pen.ja.ga.an] | ڤنجاݢاءن

Definisi : perbuatan menjaga (mengawasi, memelihara dll); pengawalan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
jaga (kata kerja)
Bersinonim dengan sedar, tidak tidur, bangun, arik, melek;,
Kata Terbitan : berjaga, berjaga-jaga, menjaga, menjagakan, terjaga, penjagaan, penjaga,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Salam sejahtera, Saya inginkan kepastian terhadap istilah yang kami terjemahkan di bawah; 1. Nursing = penjagaan 2. Nursing home = rumah penjagaan 3. Nursing care = perawatan Adakah terjemahan ini tepat? Mohon penjelasan daripada pihak tuan terhadap isu ini. sekian, terima kasih1. Nursing boleh diterjemahkan kepada kejururawatan atau penjagaan bergantung pada konteks penggunaannya. 
2. Nursing home - rumah penjagaan
3. Nursing care - penjagaan jururawat
Penyemakan dan penterjemahan02.06.2015
Baby's skin deserves the best care from nature. Suggested translations:- 1. Kulit bayi patut menerima penjagaan yang terbaik daripada alam semula jadi. 2. Kulit bayi memerlukan penjagaan rapi dengan bahan berasaskan sumber semula jadi. 3. Kulit bayi perlu diberikan penjagaan yang rapi berasaskan sumber semula jadi. Appreciate if you could advise which translation is correct. Thanks.Padanan yang sesuai untuk terjemahan tersebut ialah Kulit bayi memerlukan penjagaan rapi dengan bahan berasaskan sumber semula jadi. Penyemakan dan penterjemahan25.06.2019
pusat penjagaan kereta DD CAR SPAAdakah pihak tuan/puan mahu membuat pengesahan bahasa iklan/papan tanda premis perniagaan?. Jika ya, sila layari laman web dbpsahbahasa.my , kemudian daftar ID pengguna dan kata laluan. Setelah itu, boleh teruskan untuk permohonan pengesahan bahasa dan lampirkan visual iklan/papan premis perniagaan anda.
Pihak tuan/puan perlu membuat pembayaran sebanyak RM10 terlebih dahulu.
Lain-lain14.12.2017
KEDAI KOSMETIK KEDAI PRODUK PENJAGAAN KULIT DAN RAMBUTKEDAI KOSMETIK KEDAI PRODUK PENJAGAAN KULIT DAN RAMBUTLain-lain14.10.2010
Pusat Penjagaan dan Tatarias Kucing Adakah betul penggunaan Bahasa Melayu?Salam sejahtera,

Kami cadangkan Pusat Penjagaan dan Perapian Kucing.

Sila kemukakan permohonan puan melalui http://dbpsahbahasa.my/.

Sekian, terima kasih.

Lain-lain26.07.2017
Betul ke ayat di bawah? Peliharaan burung unta tidak memerlukan penjagaan rapi.

Saudara Azmazaira,

Ayat yang betul ialah : Pemeliharaan burung unta tidak memerlukan penjagaan rapi. Perkataan 'pemeliharaan' bermaksud perihal atau perbuatan memelihara, manakala perkataan 'peliharaan' bermaksud sesuatu yang dipelihara.

Tatabahasa27.04.2010
Assalamualaikum. Adakah istilah 'specialist healthcare business' sesuai diterjemahkan sebagai 'bisnes kesihatan pakar' atau adakah terjemahan 'bisnes penjagaan kesihatan pakar' lebih tepat, atau adakah terjemahan lain yang lebih sesuai dan tepat? Terima kasih.Terjemahan yang sesuai untuk "specialisy healthcare business" ialah perniagaan pakar penjagaan kesihatan.Makna26.03.2019
saya hendak bertanya definisi yang betul dan tepat tentang 1. warga tua 2. penjagaan sosial 3. hubungan sosial 4. pengurusan kebajikan ribuan terima kasih atas bantuan yang telah diberikan. sekian.

1. warga tua : Definisi warga tua di Malaysia ialah apabila seseorang mencecah usia persaraan iaitu pada 55 atau pilihan persaraan pada 56 tahun.

2. penjagaan sosial :  menjaga pergaulan

3. hubungan sosial : hubungan kemasyarakatan

4. pengurusan kebajikan : perihal mengurus sesuatu yg membawa kebaikan

Lain-lain05.01.2009
Saya ingin bertanya bahawa transilasi berikut adalah betul dalam bahasa atau tidak: English: Ready-to-wear Skin Care (clothes that have lotion embeded onto) BM: Penjagaan Kulit Sedia Pakai Jika tidak betul, bolehkah memberi contoh yang sesuai? Terima kasih. Ariel

Sdr. Ariel,

Terjemahan yang betul  ialah Penjagaan Kulit Sedia Pakai (dipakai).

Tatabahasa18.03.2010
1. Apakah kesalahan dalam ayat berikut, mengapa? -Ikan-ikan laga peliharaannya semuanya sihat-sihat kerana mendapat penjagaan yang rapi. 2. Tolong pilih ayat yang betul daripada tujuh ayat di bawah dan terangkan kesalahan berkenaan. a) Adalah dimaklumkan bahawa majlis makan malam yang dicadangkan telah dibatalkan. b) Semua pelajar diminta hadir ke sekolah pada petang ini untuk latihan sukan. c) Ibu Laila menjual mi goreng pada waktu petang digerainya. d) Dalam ingatan saya, dia jarang mengambil cuti sejak dia bekerja di sini. e) Baju yang cantik-cantik itu menyebabkan saya rambang mata. f) Hujan lebat menyebabkan projek melebarkan jalan raya di kawasan itu tergendala. g) Remaja memerlukan rakan sebaya yang dapat membincang dan memberikan idea yang bernas untuk menyelesaikan sesuatu masalah itu. 3. Manakah frasa yang betul? Kesalahan penagihan dadah, atau kesalahan menagih dadah? Projek menceriakan sekolah, atau projek penceriaan sekolah? Projek melebarkan jalan raya, atau projek pelebaran jalan raya? TERIMA KASIH BANYAK BANYAK

1. Ikan-ikan laga peliharaannya semuanya sihat-sihat kerana mendapat penjagaan yang rapi. Ayat ini salah, kerana ikan-ikan telah menunjukkan jamak oleh itu, tidak perlu lagi diulang pernyataan jamak dengan perkataan semua. Ayat yan betul, "Ikan-ikan laga peliharaannya sihat-sihat kerana mendapat penjagaan yang rapi".

2. a) Adalah dimaklumkan bahawa majlis makan malam yang dicadangkan telah dibatalkan. - salah, kata pemeri "adalah" tidak diletakkan di pangkal ayat.  b) Semua pelajar diminta hadir ke sekolah pada petang ini untuk latihan sukan. - betul.  c) Ibu Laila menjual mi goreng pada waktu petang digerainya. salah, di gerainya (kata sendi di + tempat)  d) Dalam ingatan saya, dia jarang mengambil cuti sejak dia bekerja di sini. - tidak gramatis, ganti nama dia kali kedua tidak perlu lagi.  e) Baju yang cantik-cantik itu menyebabkan saya rambang mata. - tidak gramatis, kata adjektif cantik perlu digandakan.  f) Hujan lebat menyebabkan projek melebarkan jalan raya di kawasan itu tergendala. - betul  g) Remaja memerlukan rakan sebaya yang dapat membincang dan memberikan idea yang bernas untuk menyelesaikan sesuatu masalah itu.  - betul.

3.  Kesalahan menagih dadah, Projek menceriakan sekolah, Projek melebarkan jalan raya.

Tatabahasa23.07.2009
12345

Kembali ke atas