Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pen.ja.ga.an] | ڤنجاݢاءن

Definisi : hal atau perbuatan menjaga; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pen.ja.ga.an] | ڤنجاݢاءن

Definisi : perbuatan menjaga (mengawasi, memelihara dll); pengawalan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
jaga (kata kerja)
Bersinonim dengan sedar, tidak tidur, bangun, arik, melek;,
Kata Terbitan : berjaga, berjaga-jaga, menjaga, menjagakan, terjaga, penjagaan, penjaga,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
postpartum confinementpenjagaan postpartum/ penjagaan pascabersalinSosiologiTiadaAmalan penjagaan dan rawatan khusus bagi wanita yang melahirkan anak dan biasanya bermula sejurus selepas kelahiran dan berlangsung dalam tempoh yang panjang sama ada selama 44 hari, 60 hari atau 100 hari.
continuity of carekesinambungan penjagaanPerubatanTiadaPengurusan kesihatan pesakit oleh pasukan penjagaan kesihatan yang diketuai oleh pakar perubatan secara berterusan untuk memastikan kualiti penjagaan dari semasa ke semasa.
contract of safe custodyakad penjagaanEkonomiEkonomi IslamAkad yang melibatkan penjagaan keselamatan harta oleh institusi kewangan terhadap harta yang diamanahkan oleh pemiliknya. Akad ini juga membolehkan institusi kewangan menjalankan fungsinya sebagai ejen penjaga harga. Contoh akad penjagaan ialah akad wadi‘ah. Akad ini dikenali juga sebagai akad simpanan.
healthcare analyticsanalisis penjagaan kesihatanTeknologi Maklumate-KesihatanBerkaitan dengan aktiviti menganalisis data penjagaan kesihatan yang diperoleh daripada rekod kesihatan elektronik (EHR). Antara data yang dianalisis ialah kos dan tuntutan, pembangunan farmaseutikal dan sentimen, pembangunan penyelidikan, dan kelakuan pesakit. Aktiviti ini dapat meningkatkan perkhidmatan kesihatan dan dapat memberikan gambaran pola pelbagai data penjagaan kesihatan.
nursing carepenjagaan kejururawatanPerubatanTiadaKhidmat penjagaan kejururawatan yang merangkumi pemerhatian, pengurusan, pelaksanaan, keprihatinan dan pemakluman kepada pesakit.
elderly carepenjagaan warga emasKejururawatanTiadaPenjagaan yang diberi dalam bentuk sokongan emosi, fizikal atau rawatan terhadap orang yang berusia lebih daripada 60 tahun.
promotive carepenjagaan galakanKesihatan AwamTiadaPenjagaan yang bertujuan untuk mencapai tahap kesihatan yang optimum dengan meningkatkan kualiti pemakanan, bersenam secara teratur dan rehat yang mencukupi.
pharmaceutical carepenjagaan farmaseutikSains KesihatanTiada1. Amalan kontemporari dalam profesion dan kerjaya farmasi. 2. Tanggungjawab penjagaan yang berterusan.
lease automatic custody transferpemindahan penjagaan automatik pajakanKejuruteraanPetroleumPengukuran dan pemindahan dari tangki pengeluar ke talian paip yang dihubungkan ke tangki berkenaan yang dilakukan secara automatik oleh unit pemindahan penjagaan automatik pajakan. Dengan demikian, proses pengukuran dan pemindahan tersebut boleh dilakukan tanpa kehadiran wakil-wakil dari pihak yang terlibat, iaitu pihak pengeluar dan pihak pembeli di tempat proses tersebut dilakukan. Rujuk : unit pemindah penjagaan automatik pajakan.
sandwich generation carejagaan generasi sandwichKejururawatanTiadaPenjagaan terhadap ibu bapa di samping penjagaan anak sendiri.
12345678910...

Kembali ke atas