Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata penjahit;

Peribahasa

Lalu penjahit,
     lalu kelindan.

Bermaksud :

Apabila usaha yang pertama telah berhasil, maka usaha yang berikutnya pun akan tercapai juga. (Peribahasa lain yang sama makna: Lulus [= lalu] jarum, lulus [= lalu] kelindan).

 

Lihat selanjutnya...(16)


Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
penjahit1 tukang jahit. 2 jarum yg digunakan utk menjahit.Kamus Pelajar Edisi Kedua
penjahit1. orang yg kerjanya membuat pakaian, tukang jahit; 2. jarum yg digunakan utk menjahit.Kamus Dewan Edisi Keempat
penjahit1. tukang jahit. 2. jarum yg digunakan utk menjahit.Kamus Pelajar
mengadu hujung penjahit (dgn)a) bertemu muka atau mulai berkenalan (dgn); b) saling menunjukkan keahliannya, kepintarannya, kepandaiannya, dll); c) berusaha mendapatkan nafkah dgn susah payah;Kamus Dewan Edisi Keempat
kaki butangbenang penjahit yg dililitkan di bawah butang yg dikenakan pd baju dll;Kamus Dewan Edisi Keempat
jahitmenyambung sesuatu (kain dll) dgn menggunakan jarum dan benang; jenis-jenis­nya: ~ cengkam; ~ bunga padi; ~ lubang; ~ sang­kut; ~ silang pangkah; tukang ~ = penjahit; berjahit (telah) dijahit: sehelai kain sarung yg belum ~; dua helai kain putih yg sudah siap ~; menjahit 1. menyambung sesuatu (kain dll) dgn menggunakan jarum dan benang: dia tidak biasa ~ dgn menggunakan mesin jahit; 2. membuat pakaian: kakak sedang ~ pakaian utk hari raya; jahit-menjahit pekerjaan menjahit (mem­buat pakaian dsb): dia membuka sebuah sekolah ~; menjahitkan 1. menjahit utk orang lain: Aminah ~ adiknya baju; 2. menjahit sesuatu dgn (sesuatu) yg lain: dia ~ lengan baju itu dgn bahagian badannya; jahitan 1. cara menjahit; 2. benda yg dijahit; 3. hasil menjahit; penjahitan perbuatan (kerja) menjahit; penjahit 1. orang yg kerjanya membuat pakaian, tukang jahit; 2. jarum yg digunakan utk menjahit.Kamus Dewan Edisi Keempat
kelindan I1. benang yg masih dipintal, benang bagi tali pemutar jentera atau kincir; 2. tali atau benang berpintal utk menggerakkan jentera (roda penggulung benang); 3. benang jahitan yg sedia tercucuk pd jarum; jahit sudah, ~ putus prb selesai semuanya; lalu penjahit, lalu ~ prb apabila berhasil usaha yg mula-mula usaha yg berikut pun akan berhasil juga.Kamus Dewan Edisi Keempat
jahitperbuatan (hal, cara) melekatkan sesuatu dgn menggunakan jarum dan benang: ~ jelujur; ~ bunga padi; tukang ~ orang yg membuat pakaian. berjahit (telah) dijahit: Dua helai kain batik itu siap ~. menjahit 1 melekatkan sesuatu (spt mengelim dll) dgn menggunakan jarum dan benang: ~ dgn mesin, lebih cepat drpd ~ dgn tangan. 2 membuat pakaian: Kakak sedang ~ baju saya. jahitan 1 benda yg dijahit: ~nya belum siap lagi. 2 hasil menjahit; cara menjahit: ~ mesin jahit ini halus. penjahit 1 tukang jahit. 2 jarum yg digunakan utk menjahit.Kamus Pelajar Edisi Kedua
Cina Ibangsa yg nenek moyang mereka berasal dr negeri China (Tiongkok), Tionghua; ~ buta ki lelaki yg menikahi seseorang perempuan yg telah ditalak tiga oleh suami­nya, kemudian diceraikannya supaya perem­puan tersebut dapat berkahwin semula dgn bekas suaminya, muhalil; ~ peranakan a) keturunan orang Cina dgn orang dr bangsa lain; b) = ~ peranakan Malaya orang Cina yg dilahirkan di Malaya; memperjuali orang ~ penjahit prb mengajar orang yg sudah memang pandai; kecinaan yg berkaitan dgn orang atau bangsa Cina: lukisan berus cina menggambarkan estetika ~.Kamus Dewan Edisi Keempat
tabuhtabuh 1. gendang raya, beduk, geduk (di surau, masjid, istana, dll); ~ larangan tabuh di istana raja yg hanya dipalu apabila ada hal-hal yg penting; 2. alat utk memalu bunyi-bunyian (gong dll): ~ beduk; 3. bunyi beduk (gendang) sbg isyarat: terdengar ~ panjang tentu ada orang yg meninggal; akan dijadikan ~ singkat, akan dijadikan genderang berlebih = utk ~ singkat, utk gendreng panjang prb sesuatu yg tidak dapat digunakan utk sebarang maksud; lulus ~ perhatian prb berasa lapang atau senang hati kerana terlepas drpd tugas yg berat dll; masuk meliang penjahit, keluar meliang ~ prb besar belanja drpd hasil pendapatan; mulut ~ dapat disumbat, mulut orang bagai­­mana menyumbatnya prb jika sesuatu rahsia diketahui orang nescaya tersiarlah khabarnya; menabuh 1. memalu (memukul) tabuh dll: mereka ~ gendang raya pd tiap-tiap petang Jumaat; 2. Pl, bk membuat sesuatu dgn kasar (makan dgn rakus dll); tabuhan, tabuh-tabuhan segala alat bunyi-bunyian yg dipalu; penabuh 1. orang yg memalu (memukul) tabuh dll, pemalu; 2. Kd perbuatan memukul seseorang.Kamus Dewan Edisi Keempat
12

Kembali ke atas