Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pen.ja.jah] | ڤنجاجه

Definisi : bangsa (negeri) yg menjajah se­sebuah negeri lain. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pen.ja.jah] | ڤنجاجه

Definisi : bangsa atau negara yg menjajah negara lain. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
jajah
Kata Terbitan : menjajah, terjajah, jajahan, penjajahan, penjajah,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
1)surat itu saya sudah kirim 2)cerpen itu mengisahkan tentang perjuangan menentang penjajah 3)Lampu-lampu di bandar itu dilihat sungguh indah pada waktu malam

Yang lebih gramatis adalah seperti yang berikut:

1. Surat itu sudah saya kirim.

2. Cerpen itu mengisahkan perjuangan menentang penjajah.

3. Ayatnya betul.

Tatabahasa17.11.2011
Saya sedih bila bahasa penjajah digunakan bercampur aduk dengan bahasa melayu, iaitu Rakan Cop. Apa tindakan DBP dalam perkara ini. Terima kasih.Pihak DBP telah menegur pihak yang berkenaan dan juga menyiarkannya dalam akhbar Klik DBP (sisipan akhbar Berita Harian) berhubung perkara ini. Kami turut memberikan cadangan, antaranya dengan menggantikan "rakan cop" kepada "rakan polis".Lain-lain25.03.2007
1.Rakyat Malaysia menuntut kemerdekaan daripada penjajah British.Soalan :Adakah dalam ayat tersebut mengandung unsur keterangan? 2.Apakah erti 'isofogos'? TQVM DBP

1. Ayat tersebut ialah ayat penyata, menyatakan tentang kemerdekaan bukan menerangkan tentang peristiwa kemerdekaan.

2. Isofogos tidak ada dalam sumber rujukan kami.

Tatabahasa02.11.2011
Salam sejahtera. Apakah daftar istilah untuk "Resistance Movement" (merujuk kepada pergerakan menentang penjajah atau penceroboh)? Adakah "Gerakan Tentangan" boleh digunakan? Sekian, terima kasih.Terjemahan yang sesuai bagi Resistance Movement ialah gerakan tentanganMakna30.06.2020
Jelaskan konsep bahasa tinggi dan bahasa rendah? Adakah bahasa tinggi dikaitkan dengan bahasa penjajah? Dan bahasa rendah dikaitkan dengan bahasa tempat yang dijajah?Bahasa tinggi ialah bahasa Melayu tinggi yang merujuk penggunaan bahasa Melayu dalam konteks wacana ilmiah dan berkaitan dengan  ketamadunan. Bahasa Melayu menjadi wahana bagi melahirkan idea dan wawasan yang berkaitan dengan kesarjanaan dan kebudayaan. Bahasa Melayu tinggi lazimnya digunakan dalam seminar, persidangan atau kongres yang berkaitan dengan bahasa, budaya  ataupun bidang ilmiah yang lain. Bahasa rendah (bahasa Melayu rendah)  ialah lawan kepada bahasa tinggi. Bahasa rendah tidak dapat digunakan bagi tujuan keilmuan termasuklah berfikir dan berkarya dalam bidang-bidang saintifik, teknikal, teknologi dan falsafah tinggi yang abstrak, konseptual dan kompleks. Bahasa rendah hanya dapat digunakan bagi membaca, memahami, memikirkan dan menulis perkara-perkara yang mudah, cetek, remeh, dangkal dan dungu.Tatabahasa25.03.2015
apakah kepentingan bahasa melayu modenBahasa Melayu moden bermula pada abad ke-19 iaitu setelah kedatangan penjajah Eropah seperti Portugis, Belanda dan Inggeris. Hasil karangan Munsyi Abdullah dianggap sebagai permulaan zaman bahasa Melayu moden. Untuk maklumat lanjut tentang bahasa Melayu moden termasuklah kepentingannya sila rujuk buku/artikel yang berkaitan tugasan ini memerlukan kajian dan pembacaan lanjut.Lain-lain11.07.2012
apakah kepentingan bahasa melayu moden?Bahasa Melayu moden bermula pada abad ke-19 iaitu setelah kedatangan penjajah Eropah seperti Portugis, Belanda dan Inggeris. Hasil karangan Munsyi Abdullah dianggap sebagai permulaan zaman bahasa Melayu moden. Untuk maklumat lanjut tentang bahasa Melayu moden termasuklah kepentingannya sila rujuk buku/artikel yang berkaitan tugasan ini memerlukan kajian dan pembacaan lanjut.Lain-lain11.07.2012
fungsi bahasa melayu moden

Bahasa Melayu moden bermula pada abad ke-19 iaitu setelah kedatangan penjajah Eropah seperti Portugis, Belanda dan Inggeris. Hasil karangan Munsyi Abdullah dianggap sebagai permulaan zaman bahasa Melayu moden. Sebelum penjajahan British, bahasa Melayu mencapai kedudukan yang tinggi, berfungsi sebagai bahasa perantaraan, pentadbiran, kesusasteraan, dan bahasa pengantar di pusat pendidikan Islam. Selepas Perang Dunia Kedua, British merubah dasar menjadikan bahasa Inggeris sebagai pengantar dalam sistem pendidikan. Semasa Malaysia mencapai kemerdekaan, Perlembagaan Persekutuan Perkara 152 menetapkan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan. Untuk maklumat lanjut tentang bahasa Melayu moden termasuklah fungsi sila rujuk buku/artikel yang berkaitan kerana tajuk ini memerlukan kajian dan pembacaan lanjut.

Lain-lain04.06.2009
fungsi bahasa melayu modern

Bahasa Melayu moden bermula pada abad ke-19 iaitu setelah kedatangan penjajah Eropah seperti Portugis, Belanda dan Inggeris. Hasil karangan Munsyi Abdullah dianggap sebagai permulaan zaman bahasa Melayu moden. Sebelum penjajahan British, bahasa Melayu mencapai kedudukan yang tinggi, berfungsi sebagai bahasa perantaraan, pentadbiran, kesusasteraan, dan bahasa pengantar di pusat pendidikan Islam. Selepas Perang Dunia Kedua, British merubah dasar menjadikan bahasa Inggeris sebagai pengantar dalam sistem pendidikan. Semasa Malaysia mencapai kemerdekaan, Perlembagaan Persekutuan Perkara 152 menetapkan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan. Untuk maklumat lanjut tentang bahasa Melayu moden termasuklah fungsi sila rujuk buku/artikel yang berkaitan kerana tajuk ini memerlukan kajian dan pembacaan lanjut.

Lain-lain04.06.2009
WAJARKAH PENGGUNAAN BAHASA MELAYU DI INTITUSI PENGAJIAN TINGGI AWAM MALAYSIA DIPINGGIRKAN? SERTA KEPENTINGAN BAHASA MELAYU PADA ZAMAN SEBELUM MERDEKA DAN SELEPAS MERDEKA.Pada zaman sebelum merdeka, penjajah British kurang memberi perhatian kepada bahasa Melayu. Pihak British mengutamakan penggunaan bahasa Inggeris dalam sistem persekolahan dan pentadbiran. Pada masa itu, bahasa Melayu hanya digunakan di sekolah vernakular Melayu. Namun demikian, pada zaman Kesultanan Melayu Melaka, bahasa Melayu menjadi bahasa komunikasi utama  yang digunakan secara meluas dalam pentadbiran, perdagangan dan persuratan. Selepas negara mencapai kemerdekaan, bahasa Melayu diiktiraf sebagai bahasa kebangsaan dan dijadikan bahasa rasmi melalui Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan. Dalam Sistem Pendidikan Kebangsaan, bahasa Melayu dijadikan bahasa pengantar utama di sekolah rendah dan menengah kebangsaan.  Universiti Kebangsaan Malaysia   ditubuhkan untuk membuktikan bahawa bahasa Melayu mampu memikul tanggungjawab sebagai bahasa pengantar utama di pusat pengajian tinggi. Perluasan penggunaan bahasa Melayu di universiti awam yang lain telah membuktikan banyak kejayaan yang telah ditempa. Ini menunjukkan bahawa bahasa Melayu  wajar diteruskan penggunaannya di institusi pengajian tinggi awam.Lain-lain27.02.2008
12

Kembali ke atas