Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pen.ja.min] | ڤنجامين

Definisi : 1. orang yg sanggup menjaga (menanggung) keselamatan orang lain; 2. orang yg sanggup memenuhi kewajiban (mem­­bayar hutang dll) orang lain apabila orang itu tidak dapat menepati janjinya; 3. orang yg menjanjikan sesuatu. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pen.ja.min] | ڤنجامين

Definisi : orang yg menjamin (ttg keselamatan, hutang dsb). (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata penjamin


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Assalamualaikum / Salam Sejahtera, Saya mewakili CGC ingin bertanya mengenai penggunaan Bahasa Malaysia yang terbaik untuk papan tanda bangunan kami. Di bawah adalah beberapa pilihan yang telah kami senarai pendek: 1) CGC Penjamin Kredit 2) Penjamin Kredit 3) Syarikat Jaminan Kredit 4) Jaminan Kredit Dengan email ini kami lampirkan beberapa gambar contoh. Untuk makluman pihak DBP, CGC menyediakan jaminan kredit dan juga pinjaman terus kepada PKS Malaysia. Ribuan terima kasih.Waalaikumussalam. Perkataan yang yang sesuai ialah Perkhidmatan Jaminan Kredit CGC.Penyemakan dan penterjemahan02.02.2017
Salam Sejahtera DBP, Saya ingin meminta Khidmat Nasihat mengenai penggunaan ayat 'Jaminan Kredit CGC' di papan tanda Bangunan CGC. Saya sertakan lampiran contoh gambar asal Bangunan CGC yang sebelum ini bertulis 'Penjamin Kredit'. Kini, kami ingin menukar papan tanda ini kepada 'Jaminan Kredit CGC'. Oleh itu, Khidmat Nasihat daripada pihak DBP kami dahului dengan ucapan Terima Kasih. Sekian.Kami mencadangkan "PENJAMIN KREDIT" dipinda kepada "PERKHIDMATAN JAMINAN KREDIT". Setelah dibuat pembetulan, sila kemukakan permohonan tuan melalui portal "Khidmat Pengesahan Bahasa DBP", bukannya "Khidmat Nasihat Bahasa".Lain-lain28.02.2017
Saya mendapati banyak percanggahan dlm beberapa istilah, bergantung kpd sumber rujukan. Yang manakah disyorkan oleh DBP untuk piawaian? 1) interest (kewangan) = faedah atau bunga? 2) guarantee = jaminan atau gerenti? 3) guarantor = penjamin atau penggerenti? Saya membuat perbandingan antara buku DBP "Istilah Undang-undang (2006)", "Daftar Istilah Industri Perkhidmatan Kewangan (2001)" dan PRPM on-line. Yang manakah sepatutnya diutamakan? Terima kasih.

Encik Mohd Halimi,

Antara perkataan bunga dengan faedah, biasanya kita gunakan faedah bagi tujuan rasmi manakala untuk percakapan biasa kita gunakan bunga. guarantee kita gunakan jaminan, manakala guarantor pula ialah penjamin. Jika kita mencari istilah dalam bidang  kewangan  saya rasa baik kita rujuk  Daftar  istilah                            

Istilah07.12.2010

Kembali ke atas