Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pen.ja.na] | ڤنجان

Definisi : sesuatu (alat dll) yg atau utk men­janakan (kuasa dll): alat ini mempunyai se­buah ~ haba serta saluran cecair ammonia. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pen.ja.na] | ڤنجان

Definisi : alat utk menjanakan (kuasa). (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata penjana


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
generatorpenjanaLain-lain12.05.2009
maksud guru penjana modal insan cemerlangModal insan bermaksud sumber intelek yang ada pada diri setiap manusia. Ia menunjukkan seseorang yang berkemahiran, berilmu, berpengetahuan dan mampu menyumbang kebaikan kepada dunia hari ini. Modal insan merupakan sumber yang penting dalam membangunkan sesebuah negara. Personaliti unggul pula bermaksud manusia yang berhemah tinggi, ilmu pengetahuan, pencapaian, ketokohan dan keintelektualan yang tinggi. Ciri-ciri orang yang mempunyai personaliti unggul ialah seperti yang berikut: 1.Mempunyai cita-cita, semangat dan wawasan yang jitu serta sentiasa berusaha ke arah mencapai kejayaan cemerlang, demi keagungan bangsa, agama dan negara. 2.Mempunyai kualiti kepimpinan yang tinggi, mampu memujuk, mengarah atau menggerakkan pasukan, selain berkemampuan mendengar pendapat (berlapang dada) dan membuat keputusan yang bijaksana. 3.Mahir berkomunikasi dan mempunyai pemikiran yang strategik. 4.Mempunyai daya tahan dan daya saing yang tinggi serta bersemangat waja. Oleh yang demikian, guru seharusnya mempunyai ciri-ciri yang dinyatakan di atas.Lain-lain11.06.2008
Berikut adalah tema konvensyen yang akan kami adakan. Mohon untuk menyemak tema mengikut bahasa melayu yang betul. a. Inovasi Kreatif Menjana Transformasi. ( ayat macam tergantung?) b. Inovasi Kreatif Penjana Transformasi.( inovasi kreatif menjadi subjek) c. Inovatif Penjana Transformasi(inovasi+ kreatif = inovatif?) D. Lain cadangan dari pihak tuan jika ada.Tema ialah subjek yang menjadi dasar sesuatu wacana. Tema boleh dihasilkan dalam bentuk ayat atau frasa. Pada pandangan kami, tema  'Inovasi Kreatif Menjana Transformasi' dan 'Inovasi Kreatif Penjana Transformasi', kedua-duanya adalah betul.Tatabahasa12.04.2011
GEN SET ROOMBILIK SET PENJANAIstilah03.03.2011
bahasa melayu bagi "Commercialization of syn-fuel hybrid gas generator"Terjemahan yang dicadangkan ialah pengkomersialan penjana gas hibrid bahan api sintetikPenyemakan dan penterjemahan10.12.2015
commercialize the Syn-fuel hybrid gas generator for renewable energy application.Terjemahan yang dicadangkan ialah mengkomersialkan penjana gas hibrid bahan api sintetik untuk penggunaan tenaga diperbaharuPenyemakan dan penterjemahan10.12.2015
Apakah terjemahan bagi 'independent power producer'. Lazimnya dalam sektor tenaga, istilah 'pengeluar tenaga bebas' digunakan, namun tidak tepat kerana energy/tenaga tidak dapat dijana/dimusnahkan (First Law of Thermodynamics). Istilah Bahasa Inggeris adalah 'power' iaitu kuasa, yang boleh dijana dan dimusnahkan.Pihak kami mencadangkan "independent power producer" diterjemahkan sebagai "penjana kuasa bebas" atau "pengeluar tenaga bebas", bergantung pada konsep dan konteks penggunaannya.Penyemakan dan penterjemahan10.08.2020
Saya inginkan terjemahan perkataan berikut ke bahasa Melayau 1) Pseudorandom Number Generators 2) Pseudorandom Number Function 3) True Random Number Generators terima ksaihDalam data carian kami, padanan bahasa Melayu bagi Pseudorandom Number ialah nombor pseudorawak dan angka pseudorambang yang digunakan dalam bidang ekonomi, matematik dan komputer.
Berdasarkan terjemahan tersebut, cadangan kami bagi perkataan yang dinyatakan adalah seperti yang berikut:
1)Pseudorandom Number Generators =Penjana Nombor Pseudorawak
2) Pseudorandom Number Function = Fungsi Nombor Pseudorawak
3) True Random Number Generators = Penjana Nombor Rawak Sebenar (jika bersesuian)
Penyemakan dan penterjemahan27.11.2017
apakah definisi menjana wang?

Saudara,

Makna jana adalah seperti yang berikut: 1. hidup; 2. nyawa; ~-bijana tempat lahir; menjanakan menghasilkan, mengadakan, melahirkan, mengeluarkan: ~ kuasa elektrik; peranan yg dimainkan oleh sektor pertanian dlm ~ pendapatan dan guna tenaga; terjana terbina, terjadi, telah diadakan, ter­hasil; penjanaan perbuatan (tindakan dsb) men­janakan atau menghasilkan sesuatu: cawang­an perusahaan ini meliputi segala kegiatan yg berkaitan dgn ~, pengasingan, atau pem­bersihan berbagai-bagai bahan kuasa; putaran sistem ini telah menyebabkan ~ dan pemusnahan alam kejasmanian; ~ semula (Bio) pembentukan semula tisu atau organ yg tercedera (rosak) pd tumbuhan atau hai­wan, mis pembentukan semula ekor cicak yg telah putus; penjana sesuatu (alat dll) yg atau utk men­janakan (kuasa dll): alat ini mempunyai se­buah ~ haba serta saluran cecair ammonia.

Oleh  yang demikian, menjana wang bermaksud  bermaksud menghasilkan wang. 

 
  
Makna13.10.2010

Kembali ke atas