Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pen.ja.na] | ڤنجان

Definisi : sesuatu (alat dll) yg atau utk men­janakan (kuasa dll): alat ini mempunyai se­buah ~ haba serta saluran cecair ammonia. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pen.ja.na] | ڤنجان

Definisi : alat utk menjanakan (kuasa). (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata penjana


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
induction generatorpenjana aruhanTeknikElektrikMesin yang mempunyai binaan yang serupa dengan motor aruhan. Mesin ini diputarkan pada kelajuan segerak sebagai penjana. Penjana ini boleh menyumbangkan kuasa elektrik kepada sistem bekalan pada sebarang frekuensi yang tetap dengan mengubah julat kelajuan putaran mesin tersebut.
direct-current generatorpenjana arus terusTeknikElektrikMesin atau transduser yang menukarkan tenaga mekanik menjadi tenaga elektrik. Penjana ini mengeluarkan bekalan arus terus dari angker melalui penukar tertib. Misalnya, penjana pirau, penjana siri, dan penjana majmuk.
power generatorpenjana kuasaKejuruteraanTiadaPeranti yang menghasilkan tenaga elektrik, misalnya penjana elektrik biasa, penjana kuasa termoelektrik dan sebagainya.
series generatorpenjana siriTeknikElektrikPenjana arus terus yang gegelung medannya disambung sesiri dengan angker. Penjana jenis ini menghasilkan voltan keluaran yang berubah-ubah mengikut beban tetapi arusnya malar. Penjana ini biasanya digunakan untuk bekalan kepada lampu jalan.
shunt generatorpenjana pirauTeknikElektrikPenjana arus terus yang belitan medan piraunya disambung selari dengan angker dan litar luar, dan angker membekalkan kedua-dua arus beban dan arus medan. Penjana ini boleh menguja sendiri dan boleh menjana terus sehingga ke nilai voltan pangkalannya (tidak dipengaruhi oleh beban), dan voltan yang dikeluarkannya malar selagi penjana ini tidak dibebankan sehingga ke tahap beban maksimum, tetapi arusnya berubah mengikut beban. Beban yang melebihinya akan menyebabkan voltan keluaran berkurangan dan merosakkan mesin itu kerana cuba menambah arus. Penjana ini biasanya digunakan untuk bekalan lampau arus terus.
static generatorpenjana statikTeknikElektrikPenjana yang menghasilkan tenaga elektrik statik tinggi secara proses elektrostatik. Misalnya, mesin pengaruh dan penjana Van de Graaff.
differential generatorpenjana kebezaanTeknikElektrikPenjana yang medan belitan siri dan piraunya bertentangan arah, dan dengan itu arus keluaran maksimum penjana itu dapat dihadkan.
compound generatorpenjana majmukTeknikElektrikPenjana arus terus yang mempunyai belitan siri dan belitan pirau. Dengan itu, voltan yang dijanakannya adalah mantap. Penjana ini mempunyai tiga ciri penjanaan mengikut cara sambungan belitan, iaitu secara rata/searas (sama ada berbeban atau tidak, voltannya tetap sama); secara lampau/lebih (voltan sewaktu berbeban lebih tinggi daripada tanpa beban), dan secara bawah/terendah (voltan beban penuh adalah kurang daripada voltan tanpa beban).
application programatur cara aplikasiTeknologi MaklumatPerisianArahan yang ditulis dalam bahasa pengaturcaraan untuk membantu melaksanakan tugas tertentu. Aplikasi ini digunakan dalam proses perniagaan ataupun aplikasi lain yang diingini oleh pengguna. Contohnya, pengaplikasian penjana nombor rawak, penjana jam dan penjana tarikh dalam suatu atur cara.
divertorpemesongTeknikElektrikPerintang boleh ubah yang dipasang selari dengan gegelung medan siri pada penjana majmuk dan penjana siri.
12345678910...

Kembali ke atas