Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pen.ja.na.an] | ڤنجاناءن

Definisi : perbuatan (tindakan dsb) men­janakan atau menghasilkan sesuatu: cawang­an perusahaan ini meliputi segala kegiatan yg berkaitan dgn ~, pengasingan, atau pem­bersihan berbagai-bagai bahan kuasa; putaran sistem ini telah menyebabkan ~ dan pemusnahan alam kejasmanian; ~ semula (Bio) pembentukan semula tisu atau organ yg tercedera (rosak) pd tumbuhan atau hai­wan, mis pembentukan semula ekor cicak yg telah putus; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
 
jana
Kata Terbitan : menjanakan, terjana, penjanaan,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Meningkatkan kesedaran dan memupuk budaya inovasi serta 1 Malaysia di kalangan rakyat Malaysia ke arah penghasilan kekayaan, penjanaan ilmu dan kesejahteraan rakyat.

Saudara,

Tiada soalan dikemukakan. Sila jelaskan kemusykilan saudara.  

Lain-lain09.11.2010
Salam sejahtera Tuan/Puan. Saya ingin meminta cadangan terjemahan istilah 'Wire take-up machine' dalam Bahasa Melayu. Sekian, terima kasih.Cadangan kami, wire take-up machine - wayar penjanaan mesin.Penyemakan dan penterjemahan02.01.2016
Assalamualaikum, terima kasih didahulukan kerana sudi membaca dan menjawab pertanyaan saya. Saya ingin meminta saranan dan khidmat nasihat mengenai frasa "Pelaksanaan Kelestarian Kewangan". Setahu saya, lestari bermaksud kekal maka agak kurang sesuai digunakan dalam konteks kemajuan atau kecemerlangan atau penjanaan kewangan. Adakah wujud perkataan kebih sesuai untuk digunakan bagi menggantikan perkataan lestari dalam ayat tersebut? Sekian terima kasih.Berdasarkan Kamus Dewan Perdana, lestari bermaksud dalam keadaan tidak berubah daripada yang asal atau tetap pada tahap yang tertentu. Isunya adakah penggunaan perkataan "kelestarian" dalam konteks Pelaksanaan Kelestarian Kewangan bermaksud sedemikian? Hal kewangan lazimnya dikaitkan dengan pengukuhan atau kemampanan. Pengukuhan bermaksud perihal menjadikan sesuatu itu kukuh/teguh, manakala kemampanan bermaksud (berkenaan ekonomi) mampu mengekalkan pencapaian atau prestasi yang baik dalam jangka masa panjang.Tatabahasa28.12.2023
Assalamualaikum... Pihak kami terlibat dalam siri bengkel untuk membuat soalan bagi dimuatnaik dalam bank soalan. Buat masa sekarang istilah yang digunakan bagi setiap peringkat ialah: Pembangunan soalan (mencipta soalan) --> Pemurnian soalan (memurnikan soalan yang dibangunkan) --> Pengesahan soalan (meluluskan soalan yang dimurnikan) --> Penjanaan soalan (menghasilkan set soalan mengikut Jadual Spesifikasi Ujian/Jadual penentu ujian) Ada pihak yang mencadangkan bagi pembangunan soalan, istilah yang sepatutnya digunakan ialah pembinaan soalan. Oleh yang demikian, saya memohon jasa baik pihak tuan untuk menjelaskan sebenarnya untuk proses mencipta soalan apakah istilah yang paling sesuai digunakan. Adakah pembangunan soalan, pembinaan soalan, atau penggubalan soalan. Terima kasih atas maklum balas.Pembangunan sama maksudnya dengan pembinaan, iaitu hal membuat sesuatu. Penggubalan pula bermaksud hal membuat atau menyusun undang-undang dan sebagainya (termasuklah soalan). Berdasarkan makna yang terdapat dalam kamus, ketiga-tiga perkataan ini boleh digunakan, namun dalam data korpus kata penggubalan lebih kerap digunakan jika dibandingkan dengan pembinaan dan pembangunan soalan/kurikulum.Tatabahasa24.03.2015
apakah definisi menjana wang?

Saudara,

Makna jana adalah seperti yang berikut: 1. hidup; 2. nyawa; ~-bijana tempat lahir; menjanakan menghasilkan, mengadakan, melahirkan, mengeluarkan: ~ kuasa elektrik; peranan yg dimainkan oleh sektor pertanian dlm ~ pendapatan dan guna tenaga; terjana terbina, terjadi, telah diadakan, ter­hasil; penjanaan perbuatan (tindakan dsb) men­janakan atau menghasilkan sesuatu: cawang­an perusahaan ini meliputi segala kegiatan yg berkaitan dgn ~, pengasingan, atau pem­bersihan berbagai-bagai bahan kuasa; putaran sistem ini telah menyebabkan ~ dan pemusnahan alam kejasmanian; ~ semula (Bio) pembentukan semula tisu atau organ yg tercedera (rosak) pd tumbuhan atau hai­wan, mis pembentukan semula ekor cicak yg telah putus; penjana sesuatu (alat dll) yg atau utk men­janakan (kuasa dll): alat ini mempunyai se­buah ~ haba serta saluran cecair ammonia.

Oleh  yang demikian, menjana wang bermaksud  bermaksud menghasilkan wang. 

 
  
Makna13.10.2010
Salam, Saya ingin buat pengesahan tentang terjemahan dan istilah yang paling tepat. Kementeria saya dalam proses penstrukturan semula dan beberapa bahagian/unit baru ditubuhkan. Antaranya Foresight Technology Division yang antara peranannya a. Melaksanakan penilaian keberkesanan program R&D /STI negara menerusi analisa horizon & trend scanning yang dapat mengenalpasti jurang dan isu-isu baru STI (emerging issues) b. Mengenalpasti dan menyelaras pelaksanaan kajian teknologi masa depan untuk keperluan STI negara agar selaras dengan dasar-dasar dan program utama negara e.g:NKEA,RMK11,ETP & DSTIN c. Menetapkan keutamaan & halatuju R&D/STI dengan mengambil kira peranan kementerian & sektor swasta yang meliputi pelbagai disiplin dan merentasi sektor d. Mengenalpasti kemahiran-kemahiran masa depan berasaskan STI yang diperlukan untuk menjadikan negara lebih kompetitif e. Mengenalpasti bidang ekonomi masa depan bagi meningkatkan penjanaan pendapatan negara Dengan tidak mengabaikan Bahasa Melayu, pihak atasan ingin mengekalkan perkataan Foresight dalam bahasa Inggeris dan Technology dijadikan Teknologi. Soalan, penggunaan yang paling tepat adalah Bahagian Teknologi Foresight (foresight diitalickan) atau Bahagian Foresight Teknologi. Maklumbalas segera dari pihak tuan/puan amat kami hargai.Berdasarkan penerangan yang diberikan, padanan bahasa Melayu yang dicadangkan ialah Bahagian Teknologi Masa Depan. Nama yang dicadangkan,  iaitu "Bahagian Teknologi Foresight"  tidak boleh digunakan kerana nama tersebut menggabungkan bahasa Melayu dengan bahasa Inggeris.Penyemakan dan penterjemahan16.01.2017

Kembali ke atas