Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pen.je.ja.kan]/[pen.je.ja/.kan] | ڤنججقن

Definisi : perihal (proses atau perbuatan) menjejaki (mengesani): alat itu meng­hasil­kan isyarat keluaran berdigit dan mengawal isyarat bagi pemfokusan serta ~ alur laser. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata penjejakan


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Apakah perbezaan "penjejakan" dengan "pengesanan" bagi perkataan "tracking"? Bolehkah "order tracking number" diterjemahkan kepada nombor pengesanan pesanan atau lebih sesuai menggunakan nombor penjejakan pesanan?Berikut dinyatakan maksud bagi perkataan penjejakan dan pengesanan menurut Kamus Dewan Bahasa Edisi Keempat:

i. Penjejakan: perihal (proses atau perbuatan) menjejaki (mengesani)
ii. Pengesanan: perihal atau perbuatan mengesan

Walaupun maksud yang diberikan hampir sama, kebanyakan istilah bahasa Inggeris dengan perkataan tracking dipadankan dengan penjejakan. Oleh itu, padanan istilah bahasa Melayu yang tepat untuk order tracking  number ialah penjejakan nombor pesanan.
Istilah19.01.2021
Tuan/Puan, Saya Dalam Peringkat Akhir Penyelidikan Antarabangsa Dan Kini Menuju Ke Peringkat PENJEJAKAN. Dan Untuk Hal Tersebut, Saya Memerlukan Bantuan Organisasi Bahasa Seperti Tuan/Puan Untuk Melakukan : TERJEMAHAN Bahan Laporan Yang Saya Buat Dalam BAHASA MALAYSIA Ke Dalam BAHASA INGGERIS - Untuk Rujukan Pelbagai Pihak Antarabangsa Kelak Termasuk Pihak KERAJAAN Negara-Negara Antarabangsa. Untuk Makluman, Saya Kurang Berkemahiran Menulis Dalam English. Semoga Pihak Tuan Dapat Membantu Usaha Amanah Tanggungjawab Antarabangsa Seperti Ini. Biar Balik Tangan Kosong Setelah Usaha, Daripada Berlaku : LALAI, CUAI, TERLEPAS PANDANG SERTA ENDAH TAK ENDAH DALAM PERKARA AGAMA DAN KETUHANAN (Covid19 TIADA KENA MENGENA DENGAN SIFAT ACUH TAK ACUH MANUSIA BERKENAAN Perkara Kajian Ini Yang Dibangkit Sejak 2018 Di Malaysia - Negara Kelahiran Subjek Kononnya Si KUNCI UTAMA & PEMULA LANGKAH PENJEJAKAN SUCI Di Akhir Zaman) Semoga Kerjasama Kita Berterusan Kelak Sesudah Dan Termasuk (Jika Sudi Supply TEAM GERAK KHAS DBP Untuk Jadi TEAM MANUSKRIP & PERBAHASA-AN Kelak); Untuk Sama Sama Dalam Sesi XRay Rasmi 4 IKONIK PEMANDA MASA AKHIR ZAMAN, Dimulai Dengan : INDIA, CHINA & MESIR Kelak. LAPORAN RASMI UTAMA Dihantar Kemudian Melalui Emel Reply Anda. Kapasiti Borang Ini Terhad.Untuk makluman, Dewan Bahasa dan Pustaka tidak membuat kerja-kerja terjemahan. Walau bagaimanapun, pihak tuan boleh berhubung dengan Institut Terjemahan dan Buku Malaysia (ITBM) untuk urusan yang berkaitan dengan terjemahan. Terima kasih.Lain-lain16.05.2021
Maksud "Tracking Order" dalam bahasa Melayu?Padanan bahasa Melayu yang hampir bagi perkataan tracking order ialah penjejakan pesanan.Penyemakan dan penterjemahan05.03.2018

Kembali ke atas