Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pen.je.la.jah] | ڤنجلاجه

Definisi : 1. orang yg menjelajah: Amund­sen ialah seorang ~ kutub bangsa Norway; 2. = kapal ~ sj kapal perang yg tidak begitu besar tetapi laju. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pen.je.la.jah] | ڤنجلاجه

Definisi : 1 orang yg menjelajah atau menjelajahi sesuatu tempat; pelancong; pengembara. 2 = kapal ~ sj kapal perang yg sederhana besarnya tetapi laju. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
jelajah
Kata Terbitan : menjelajah, menjelajahi, penjelajahan, penjelajah,


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
PYTHEAS

Pytheas ialah penjelajah Yunani yang hidup

pada akhir tahun 300-an S.M. Pytheas terlepas

daripada kepungan tentera laut Carthaginia di

Gibraltar dan dapat meneruskan penjelajahannya

ke pantai utara Eropah. Dia belayar mengelilingi

Britain , dan menerokai kawasan tersebut. Pytheas

mendengar banyak cerita tentang tanah

bermisteri yang dikenal sebagai Thule, yang

berkemungkinan Norway.

UMUM 
ARCHER

Archer ialah keluarga penjelajah dan

penternak yang menguasai sejarah perintisan di

selatan dan tengah Queensland, Australia. Kira-kira

pada tahun 1841, sembilan orang adik-beradik

Archer menubuhkan syarikat Archer Brothers di

daerah Teluk Moreton. Mereka ialah David, William,

Charles, John, Thomas, Colin, James, Archibald dan

Alexander. Kesemuanya adalah ahli keluarga

berbangsa Scotland. Mereka bersama-sama

mengendalikan lima ladang ternak biri-biri dan lembu.

UMUM 
MUIR, JOHN

Muir, John (1838–1914), penjelajah Amerika, ahli

alamiah, dan penulis, berkempen bagi

pemuliharaan tanah, air dan hutan di Amerika

Syarikat. Usahanya mempengaruhi Kongres untuk

meluluskan rang draf undang-undang Taman

Negara Yosemite pada tahun 1890, menubuhkan

Taman Negara Yosemite dan Sequoia. Muir

membantu memujuk Presiden Theodore Roosevelt

untuk menyediakan kawasan seluas 59 900 000

hektar untuk hutan simpan. Hutan redwood dekat

San Francisco dinamakan Muir Woods pada tahun

1908 sebagai menghargai jasanya.

UMUM 
NICOLET, JEAN

Nicolet, Jean (1598–1642) ialah penjelajah awal

Perancis di Amerika. Ahli sejarah percaya bahawa dia

merupakan orang Eropah yang pertama yang

memudiki Tasik Michigan dan mengembara di

wilayah yang kini dikenali sebagai negeri Wisconsin.

Tidak banyak yang diketahui tentang penjelajahannya

sehingga pada pertengahan tahun 1800-an apabila

catatan perjalanannya di bahagian barat ditemui

dalam Jesuit Relations.

UMUM 
AMUNDSEN, ROALD

Amundsen, Roald (1872–1928), penjelajah

Norway, mengetuai ekspedisi yang pertama

sampai di Kutub Selatan. Amundsen dan empat

orang rakannya menemui kutub tersebut pada 14

Disember 1911. Mereka mendahului ekspedisi

Inggeris yang diketuai oleh Robert F. Scott lima

minggu lebih awal. Amundsen juga terkenal

kerana kerap membuat penjelajahan di Artik.

UMUM 
MONTS, SIEUR DE

Monts, Sieur de (1560?–1630?), penjelajah dan

penjajah Perancis, yang menubuhkan petempatan

penduduk di wilayah Acadia Kanada. Dia

mempunyai minat dalam bidang perniagaan bulu

binatang, penemuan baru, dan pelayaran. Sieur de

Monts ialah rakan karib Raja Henry IV Perancis.

Henry IV melantik Monts menjadi leftenan jeneral

dan gabenor Acadia.

UMUM 
NANSEN, FRIDTJOF

Nansen, Fridtjof (1861–1930) ialah penjelajah

kutub Norway yang mashyur. Dia juga seorang ahli

kemanusiaan, negarawan, zoologi marin dan

perintis ilmu alam lautan.

UMUM 
ERICSON, LEIF

Ericson, Leif (980?M–1025?M), penjelajah

Norway yang memimpin satu ekspedisi yang

mungkin merupakan ekspedisi Eropah pertama

menjelajah tanah besar Amerika Utara.

UMUM 
DRAKE, SIR FRANCIS

Drake, Sir Francis (1540?–1596), penjelajah

dan panglima tentera Inggeris, merupakan orang

Inggeris pertama belayar mengelilingi dunia. Taktik

perang lautnya mengalahkan Sepanyol, musuh

utama Inggeris, membantu England menjadi kuasa

di laut.

UMUM 
DE SOTO, HERNANDO

De Soto, Hernando (1500–1542), penjelajah

Sepanyol yang mengetuai ekspedisi Eropah yang

pertama sampai ke Sungai Mississippi di negeri

yang kini dikenali sebagai Amerika Syarikat.

UMUM 
123456

Kembali ke atas