Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pen.je.na.yah] | ڤنجنايه

Definisi : orang yg melakukan jenayah. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pen.je.na.yah] | ڤنجنايه

Definisi : orang yg melakukan jenayah. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
KRIMINOLOGI

Kriminologi ialah kajian saintifik tentang jenayah,

penjenayah, kelakuan penjenayah dan sistem

pengadilan jenayah. Ahli kriminologi membuat

kajian yang memeriksa fakta-fakta yang berkaitan

dengan jenayah.

UMUM 
ASID PRUSIK

Asid prusik juga dikenali sebagai asid

hidrosianik . Asid prusik dipanggil asid prusik

kerana diperoleh daripada Prussia biru. Asid

prusik tulen ialah cecair yang tidak mempunyai

warna. Ia mempunyai takat didih yang rendah dan

cepat sejat pada suhu bilik. Asid ini berbau

lembut menyerupai bau badam pahit. Ia

mengganggu keupayaan tubuh dalam

penggunaan oksigen dan merupakan salah satu

bahan yang paling beracun pernah diketahui. Gas

asid hidrosianik digunakan untuk menghukum

penjenayah-penjenayah yang dijatuhi hukuman

mati. Gas ini dihasilkan apabila ketulan sodium

atau kalium sianida dimasukkan ke dalam asid

sulfurik. Asid hidrosianik juga digunakan untuk

mengawal serangga sisik pada pokok oren.

Formula kimia bagi asid ini ialah HCN.

UMUM 
BUSHRANGER

Bushranger ialah penjenayah yang beroperasi

di daerah desa Australia kira-kira dari tahun 1790

hingga tahun 1900.

UMUM 
PAROL

Parol ialah pembebasan awal penjenayah dari

penjara. Dalam kebanyakan kes, ia adalah sebagai

ganjaran kerana berkelakuan baik.

UMUM 
PERCUBAAN

Percubaan ialah satu tindakan kehakiman yang

membenarkan penjenayah yang disabitkan

bersalah, tinggal bebas dengan masyarakat sebagai

ganti menjalani hukuman di dalam penjara.

Hukuman percubaan selalunya diizinkan oleh

hakim kepada mereka yang disabitkan bersalah

melakukan kesalahan jenayah selain jenayah berat,

seperti rompakan bersenjata, pembunuhan atau

rogol. Hukuman percubaan ini memberikan

peluang kepada pesalah untuk membuktikan

bahawa dia tidak akan mengulangi perbuatan

jenayah itu lagi. Perkataan percubaan (probation)

dalam bahasa Inggeris diambil daripada perkataan

Latin yang bermaksud membuktikan atau menguji.

UMUM 
MAFIA

Mafia ialah jenayah kongsi gelap di Sicily.

Kumpulan-kumpulan penjenayah pada mulanya

berasal daripada Mafia Sicily yang beroperasi di

Amerika Syarikat dan negara-negara lain. Mafia

juga digunakan sebagai istilah umum bagi

pertubuhan dunia penjenayahan.

UMUM 
ARTHUR, SIR GEORGE

Arthur, Sir George (1784–1854) ialah leftenan

gabenor Van Diemen’s Land (kini Tasmania) dari

tahun 1824 hingga tahun 1836. Dia menyokong

pengangkutan dan mencuba mentadbirkan tanah

jajahannya sebagai petempatan penjenayah. Dia

tidak mempedulikan hak politik peneroka bebas

dan sering kali menyebabkan mereka

memusuhinya. Dia tidak suka akan kritikan dan

mencuba menapis akhbar apabila dasar-dasar dan

pentadbirannya diserang melalui akhbar. Pada

tahun 1825, Van Diemen’s Land menjadi koloni

yang terpisah daripada New South Wales dan

mempunyai Majlis Perundangannya sendiri. Arthur

mendirikan sebuah perkhidmatan awam yang

cekap dan banyak berusaha menumpaskan

perompakan di tanah jajahan tersebut.

UMUM 
MERCURY

Mercury ialah utusan tuhan dan dewa

perjalanan dalam mitologi Rom. Orang Rom

purba turut memuja Mercury sebagai dewa

perdagangan, harta, dan kekayaan. Perkataan

commerce, merchandise dan merchant berkait

rapat dengan namanya.Orang Rom menganggap

Mercury agak licik dan mengelirukan, serta

seorang penipu atau pencuri. Penjenayah

menganggapnya sebagai pelindung mereka.

Mercury menyerupai dewa Hermes dalam

mitologi Yunani.

UMUM 
MIAMI

Miami, Florida (pend. 358 548; pend. kaw. met.

1 937 094) ialah bandar raya peranginan Amerika

Syarikat yang terkenal di dunia. Kawasan

rekreasinya dan cuaca yang panas menarik ramai

pengunjung. Iklimnya yang menyegarkan telah

menarik ramai pesara dari seluruh Amerika

Syarikat berpindah ke sini. Walau bagaimanapun

pada tahun 1990-an, serangan terhadap orang

asing yang dilakukan oleh penjenayah tempatan

yang mendapat publisiti besar-besaran, telah

menjejaskan imej Miami sebagai sebuah pusat

pelancongan. Miami terletak di Teluk Biscayne, di

pantai tenggara Florida, iaitu di muara Sungai

Miami, kira-kira enam kilometer ke barat Lautan

Atlantik.

UMUM 
PERSENGKETAAN

Persengketaan ialah konflik yang berpanjangan

dan kadangkala boleh menyebabkan perbunuhan

di antara individu, keluarga, atau kumpulan.

Sengketa sering terjadi dalam masyarakat yang

kekurangan pasukan polis, agensi penguatkuasaan

undang-undang kerajaan, atau bentuk pihak

berkuasa pusat yang lain. Persengketaan lazim

berlaku di kawasan yang jauh dari pusat

penguatkuasaan atau di tempat yang pelaksanaan

penguatkuasaan pusat sukar dilakukan kerana rupa

buminya yang berceranggah dan iklimnya yang

teruk. Selain itu, manusia yang menolak undang-

undang sering terlibat dalam persengketaan.

Contohnya, persengketaan boleh berlaku di

kalangan geng muda bandar dan kumpulan

penjenayah.

UMUM 

Kembali ke atas