Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pen.je.na.yah] | ڤنجنايه

Definisi : orang yg melakukan jenayah. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pen.je.na.yah] | ڤنجنايه

Definisi : orang yg melakukan jenayah. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
opportunist criminalpenjenayah berpeluangKriminologiKeadilan JenayahPenjenayah yang mendapatkan, mencari atau menggunakan peluang yang ada untuk melakukan jenayah. Lazimnya, penjenayah ini menggunakan situasi yang sesuai untuk mendapatkan habuan jenayah dan tidak membuat sebarang perancangan awal. Sasaran dalam jenayah ini adalah secara rawak bergantung pada peluang yang tersedia. Contohnya, seorang samseng jalanan memecahkan cermin kereta apabila ternampak beg tangan ditinggalkan di dalam kereta.
criminal-victim relationshiphubungan penjenayah-mangsaKriminologiKeadilan JenayahPerihal hubungan antara penjenayah dengan mangsanya, dalam proses penyiasatan yang bertujuan untuk menentukan motif jenayah. Hubungan ini juga penting dalam proses pengkelasan jenis jenayah.
national criminal jurisdictionbidang kuasa jenayah nasionalUndang-undangUndang-undang AntarabangsaBidang kuasa sesebuah negara untuk menghukum perbuatan jenayah. Bidang kuasa ini termasuk bidang kuasa pihak penguatkuasa seperti polis untuk menangkap penjenayah, dan bidang kuasa mahkamah domestik untuk mengadili penjenayah. Bidang kuasa jenayah nasional ditentukan sendiri oleh negara berkenaan melalui proses perundangan. Terdapat keadaan apabila beberapa buah negara menuntut untuk mengadili seseorang penjenayah. Dalam hal ini, undang-undang antarabangsa mengatur tuntutan-tuntutan tersebut dan menentukan beberapa prinsip umum. Contohnya, Encik X, seorang warganegara A disyaki melakukan jenayah keganasan di negara B. Mangsa terdiri daripada warganegara B dan C. Negara A boleh menuntut untuk mendakwa X kerana si penjenayah ialah warganegaranya, dengan syarat Negara A mempunyai undang-undang jenayah yang meliputi aktiviti keganasan di luar wilayahnya. Negara B juga boleh menuntut untuk mendakwa X kerana jenayah tersebut berlaku dalam wilayahnya dan mangsa jenayah tersebut ialah warganegaranya. Negara C juga turut boleh menuntut untuk mendakwa X kerana mangsa jenayah tersebut adalah warganegaranya, dengan syarat Negara C mempunyai undang-undang jenayah yang meliputi aktiviti keganasan di luar wilayahnya.
crime opportunity theoryteori peluang jenayahKriminologiKeadilan JenayahTeori yang menerangkan bahawa jenayah akan berlaku apabila muncul peluang kepada penjenayah yang terdorong untuk melakukan jenayah. Ketersediaan peluang menjadi faktor penting yang menentukan sama ada bakal penjenayah akan dapat melakukan jenayah berkaitan. Teori ini juga menerangkan bahawa pelaku membuat pilihan rasional dengan memilih sasaran yang boleh memberikan pulangan atau habuan yang tinggi dengan usaha dan risiko yang rendah. Contohnya, rumah yang tidak berkunci dengan rapi serta kurang kawalan keselamatan memberikan peluang kepada pencuri.
extraditionserah balikUndang-undangUndang-undang AntarabangsaPenyerahan atau penghantaran balik penjenayah menurut peruntukan undang-undang atau perjanjian antara sebuah negara dengan negara yang lain untuk diadili di negara yang menuntut. Prosiding sedemikian tidak dapat dilaksanakan melainkan suatu perjanjian serah balik dimeterai terlebih dahulu dengan negara asing berkenaan. Terdapat beberapa peraturan yang digariskan oleh undang-undang antarabangsa mengenai serah balik. Contohnya, perbuatan yang dilakukan oleh individu yang diserah balik itu hendaklah merupakan satu jenayah di kedua-dua negara yang menyerah balik dan negara yang menuntut. Tiada penjenayah boleh diserah balik kerana suatu kesalahan politik.
malefactorpenjenayahUndang-undangTiadaTiada
professional criminalpenjenayah profesionalSosiologiTiadaTiada
psychopathic criminalpenjenayah psikopatikSosiologiTiadaTiada
legalistic criminalpenjenayah legalistikSosiologiTiadaTiada
situational crimepenjenayah tak sengajaSosiologiTiadaTiada
12345

Kembali ke atas