Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pen.jo.doh] | ڤنجودوه

Definisi : pemadan, pasangan, lawan; ~ bilangan (Lin) perkataan yg digunakan berpasangan dgn nama apabila menunjukkan bilangan (spt ekor utk binatang, helai utk kain, biji utk buah, dll). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pen.jo.doh] | ڤنجودوه

Definisi : pemadan; pasangan: ~ bilangan perkataan yg berpasangan dgn nama sesuatu benda utk menunjukkan bilangannya (spt helai utk kain, dan batang utk pokok). (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata penjodoh


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Apakah penjodoh bilangan untuk organ manusia?Salam sejahtera, Tidak semua benda diberikan penjodoh bilangan. Penjodoh bilangan lazimnya mengikut bentuk atau konsep sesuatu benda. Setiap penjodoh bilangan tidak semestinya bergantung pada fizikal tetapi mengikut konteks atau kesesuaian dalam ayat. Untuk itu, tiada penjodoh bilangan yang khusus untuk organ manusia. Sekian, terima kasih.Tatabahasa11.04.2020
apakah penjodoh bilangan untuk pahat?Tiada penjodoh bilangan khusus untuk pahat kerana bukan semua perkataan boleh menerima penjodoh bilangan. Penjodoh bilangan yang paling hampir ialah sebuah pahat. Namun, penggunaan perkataan pahat  tanpa penjodoh bilangan adalah betul.Lain-lain13.10.2015
apakah penjodoh blangan bagi jin, syaitan dan malaikat?Tidak semua benda diberikan penjodoh bilangan. Penjodoh bilangan lazimnya mengikut bentuk atau konsep sesuatu benda. Dalam pangkalan data kami ada maklumat tentang penjodoh bilang jin dan syaitan, iaitu seekor tetapi tidak ada penjodoh bilangan bagi malaikat.Tatabahasa21.06.2013
1. Dua ekor ayam. 2 Lima biji durian. Dalam frasa di atas ekor dan biji ialah penjodoh bilangan. Penjodoh bilangan termasuk dalam golongan kata apa? Daripada 16 kata tugas, penjodoh bilangan tidak tersenarai. Apakah golongan kata bagi penjodoh bilangan?Penjodoh bilangan tergolong dalam golongan kata nama yang berfungsi menjodohkan kata nama bilangan. Terdapat segolongan kata nama tunggal yang menjadi pasangan pada kata bilangan untuk menjadi sejenis penerang bentuk atau keadaan pada kata nama yang mengikutinya.  Contoh: segugus bintang, seutas tali, sekapir sirih, dll. Sila lihat buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, halaman 106.Istilah11.07.2009
Selamat sejahtera. Apakah penjodoh bilangan bagi tali pinggang keledar? Terima kasih.Tidak semua benda diberikan penjodoh bilangan. Penjodoh bilangan lazimnya mengikut bentuk atau konsep sesuatu benda. Setiap penjodoh bilangan tidak semestinya bergantung pada bentuk fizikal tetapi mengikut konteks atau kesesuaian dalam ayat. Untuk itu, tiada penjodoh bilangan yang khusus untuk tali pinggang keledar. Walau bagaimanapun, tali pinggang keledar boleh juga disebut sebagai satu “unit” atau “sepasang tali pinggang keledar”, jika merujuk kepada dua unit tali pinggang keledar.Lain-lain31.12.2023
Tuan, boleh saya bertanya? Apakah penjodoh bilangan bagi perkataan “sistem” khususnya sistem komputer?Tidak semua benda diberikan penjodoh bilangan. Penjodoh bilangan lazimnya mengikut bentuk atau konsep sesuatu benda. Setiap penjodoh bilangan tidak semestinya bergantung pada fizikal tetapi mengikut konteks atau kesesuaian dalam ayat. Untuk itu, penjodoh bilangan bagi "sistem" ialah "sebuah".Tatabahasa09.10.2023
penjodoh bilangan yang tepat untuk tudung saji apa?Tidak semua benda diberikan penjodoh bilangan. Penjodoh bilangan lazimnya mengikut bentuk atau konsep sesuatu benda. Penjodoh bilangan yang hampir bagi tudung saji ialah sebuah.Tatabahasa02.07.2013
Apakah penjodoh bilangan yang sesuai untuk "banjaran?"Untuk makluman puan, tidak semua perkataan menerima penjodoh bilangan. Penjodoh bilangan yang paling hampir ialah sebuah, sebuah banjaran. Namun, penggunaan tanpa penjodoh bilangan tidak salah.Tatabahasa04.01.2014
"raga" ialah salah satu penjodoh bilangan? jika raga ialah salah satu penjodoh bilangan, sila bina ayat dengan "raga" Terima kasihRaga ialah kata nama dan bukan penjodoh bilangan. Tidak semua kata nama diberikan penjodoh bilangan. Penjodoh bilangan lazimnya mengikut bentuk atau konsep sesuatu benda. Setiap penjodoh bilangan tidak semestinya bergantung pada fizikal tetapi mengikut konteks atau kesesuaian dalam ayat.Lain-lain22.01.2022
sepasang gunting atau sebilah gunting?Tidak semua benda menerima penjodoh bilangan. Gunting tiada penjodoh bilangan yang khusus. Penjodoh bilangan yang paling hampir bagi gunting ialah sebilah.Tatabahasa28.08.2013
12345678910...

Kembali ke atas