Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pen.jua.lan] | ڤنجوالن

Definisi : 1. perbuatan (kerja) menjual: ada kemungkinan ~ candu akan dihalalkan oleh kerajaan; 2. Id tempat menjual: ~ karcis (garam dll); (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pen.jua.lan] | ڤنجوالن

Definisi : perbuatan atau hal menjual: ~ rumah-rumah mewah agak lembap sekarang. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata penjualan


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
NATION, CARRY AMELIA MOORE

Nation, Carry Amelia Moore (1846–1911),

terkenal kerana usaha kerasnya untuk

memberhentikan penjualan alkohol di Amerika

Syarikat dari tahun 1880-an sehingga dia meninggal

dunia. Walaupun dia selalu ditangkap kerana

mengganggu ketenteraman, namun ramai orang

yang tertarik dengan keikhlasan dan keberaniannya.

Sesetengah orang menganggapnya sebagai tidak

bertolak ansur. Dia mengetengahkan perjuangan

yang sederhana itu daripada peringkat pendidikan

kepada tingkat tindakan, dan seterusnya membantu

mewujudkan larangan penjualan alkohol peringkat

kebangsaan pada tahun 1919. (Lihat Larangan ).

UMUM 
EKSAIS

Eksais ialah cukai terhadap pembuatan,

penjualan, atau penggunaan barangan atau

perkhidmatan, yang dikenakan oleh kerajaan.

UMUM 
TELEPRINTER SAHAM

Teleprinter saham ialah petunjuk elektronik

yang menunjukkan pembelian dan penjualan stok

dan saham. Ia selalunya terpapar di skrin video.

Petunjuk ini mencatatkan setiap urus niaga termasuk

nama syarikat yang menerbitkan saham, bilangan

saham yang terlibat, dan saham yang dibeli atau

dijual.

UMUM 
PERNIAGAAN TANI

Perniagaan tani ialah kumpulan industri yang

terlibat dalam pengeluaran, pengangkutan,

pemprosesan, pengedaran, dan penjualan hasil

ladang. Ia juga melibatkan perniagaan yang

membekalkan petani dengan barangan dan

perkhidmatan seperti jentera, benih, baja, bahan

kimia pertanian, kredit, dan maklumat

pengurusan.

UMUM 
SYARIKAT SAHAM BERSAMA

Syarikat saham bersama ialah satu bentuk

organisasi perniagaan yang memperoleh dana

melalui penjualan stok saham (modal syarikat)

kepada sekumpulan individu bagi menjalankan

perniagaan. Syarikat ini banyak ditubuhkan pada

tahun 1600-an dan tahun 1700-an ialah pelopor

syarikat dan perbadanan moden yang terdapat pada

hari ini (lihat Perbadanan; Syarikat).

UMUM 
SYARIKAT

Syarikat ialah perusahaan perniagaan tempat

manusia bekerja bersama-sama untuk tujuan

pengilangan, pembelian, atau tempat penjualan

barangan, atau tempat penyediaan perkhidmatan.

Hampir di kesemua negara, ada akta syarikat,

undang-undang yang mengawal syarikat untuk

memastikannya menjalankan perniagaan dengan

cara yang betul. Umumnya, akta syarikat

mendorong manusia yang mahu memulakan

syarikat membuat permohonan formal. Jika

permohonan diterima, syarikat akan didaftarkan di

pejabat kerajaan.

UMUM 
ARBITRAJ

Arbitraj ialah pembelian satu aset pada harga kurang nilai di satu pasaran dan penjualan aset tersebut pada harga lebih nilai di satu pasaran yang lain.

EKONOMI DAN PENGURUSANKonsep
MESIN DAFTAR TUNAI

Mesin daftar tunai ialah mesin yang merekod

dan memaparkan amaun jualan. Kebanyakan mesin

daftar tunai mempunyai laci untuk menyimpan wang

tunai. Apabila juruwang merekodkan sesuatu jualan

dalam mesin daftar tunai, harga pembelian tertera di

jendela paparan di mesin tersebut. Mesin daftar tunai

ini juga mencetak resit butiran yang mencatatkan

rekod penjualan untuk kegunaan pelanggan.

UMUM 

Kembali ke atas