Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pe.no.ko/] | ڤنوکوق

Definisi : alat menukul paku dll, martil, penukul, tukul; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pe.no.ko/] | ڤنوکوق

Definisi : orang yg menokok, penambah, pengimbuh. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
 
tokok
Kata Terbitan : menokok, tokokan, penokokan, penokok,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
dietary supplementpenokok diet (PEM.MAN)SosiologiTiadaTiada
dietary supplementpenokok diet (PEM.MAN), tambahan dietVeterinarTiadaTiada
dietary supplementpenokok diet (PEM.MAN), penambah mutu makananPerubatanTiadaBahan tambah yang diambil untuk melengkapkan atau menambahkan keperluan diet.
dietary supplementpenokok diet (PEM.MAN)Pentadbiran PerniagaanTiadaTiada
dietary supplementpenokok dietMakanan dan PemakananMakananProduk yang mengandungi ramuan diet yang dimakan untuk menambah baik nilai pemakanan dalam diet sedia ada. Ramuan diet terdiri daripada satu atau gabungan antara bahan berikut, iaitu vitamin, mineral, herba atau bahan botanikal lain.
contract giverpemberi kontrakHerbaPeraturan dan PemasaranOrganisasi yang bersetuju untuk memberikan suatu urusan kerja berdasarkan perjanjian yang sah mengikut undang-undang kepada penerima kontrak. Amalan pengilangan baik Produk Tradisional dan Penokok Kesihatan Malaysia menyatakan bahawa pemberi kontrak bertanggungjawab untuk menilai kompetensi penerima kontrak, memberikan maklumat yang diperlukan oleh penerima kontrak dan menetapkan spesifikasi supaya penerima kontrak dapat melaksanakan kerja yang diarahkan dengan sepenuhnya. Pemberi kontrak harus menjelaskan sebarang masalah yang berkaitan dengan produk atau kerja yang mungkin menimbulkan bahaya pada premis, peralatan, personel, bahan atau produk yang lain. Pemberi kontrak juga harus memastikan bahawa semua produk, bahan-bahan atau keputusan pengujian yang diserahkan oleh penerima kontrak adalah bersesuaian dengan spesifikasi yang telah ditetapkan.
National Regulatory Authority (NRA)Pihak Berkuasa Kebangsaan (NRA)HerbaPeraturan dan PemasaranAgensi di peringkat kebangsaan yang bertanggungjawab untuk memastikan kualiti, keselamatan dan keberkesanan produk melalui pendaftaran dan pelesenan produk yang merangkumi farmaseutikal, ubat veterinar, ubat tradisional, penokok kesihatan dan bahan mentah farmaseutikal. Di Malaysia, Pihak Berkuasa Kebangsaan ialah Pihak Berkuasa Kawalan Dadah (PKBD) dan Bahagian Regulatori Farmasi Negara sebagai sekretariat.
dietary supplementtambahan dietHerbaPeraturan dan PemasaranProduk yang mengandungi satu atau lebih ramuan diet termasuk vitamin, mineral, herba, asid amino dan bahan-bahan lain yang bertujuan untuk menambah diet. Produk ini diformulasikan dalam bentuk dos farmaseutikal dan dilabelkan sebagai penokok diet.
halal logologo halalHerbaPeraturan dan PemasaranSimbol yang mengesahkan sesuatu produk tidak haram penggunaannya menurut undang-undang Islam. Di Malaysia logo ini dikeluarkan oleh pihak berkuasa agama Islam. Menurut Dokumen Panduan Pendaftaran Produk (DRDG), logo halal boleh digunakan secara sukarela pada label produk berdaftar bagi kategori penokok/penambah kesihatan, produk herba dan kosmetik, sama ada untuk pasaran tempatan dan eksport.

Kembali ke atas