Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pe.no.long] | ڤنولوڠ

Definisi : 1. orang yg menolong (mem­bantu), pembantu: guru ~; ~ pengarah; 2. alat dll utk menolong. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pe.no.long] | ڤنولوڠ

Definisi : 1 orang yg menolong: ~ Pengarah. 2 alat dll yg digunakan utk menolong. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
tolong
Kata Terbitan : bertolong-tolongan, menolong, pertolongan, penolong,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Tuan, soalan ini tentang Penggandaan Kata majmuk. `Penolong pendaftar`digandakan menjadi `penolong- penolong pendaftar`. Adakah `Penolong Kanan`( jawatan kedua penting selepas pengetua/guru besar di sekolah` harus digandakan menjadi `penolong-penolong kanan`.?Frasa penolong kanan apabila digandakan menjadi penolong-penolong kanan. Dalam proses penggandaan kata majmuk kata pertama sahaja digandakan. Contoh lain ialah guru-guru besar, ketua-ketua jabatan, dsb.Tatabahasa19.04.2009
manakah yg lebih sesuai_ nama jawatan penolong kanan pengarah, Unit... atau penolong pengarah kanan, Unit... penolong kanan setiausaha kerajaan atau penolong setiausaha kerajaan kananSdr. Zahari, mengikut fahaman saya penolong kanan pengarah dan penolong kanan setiausaha kerajaan..... adalah lebih tepat kerana ia merujuk tugas yang dilaksanakan oleh penolong kanan itu sebagai penolong atau pembantu Terima kasih.Tatabahasa02.12.2007
Apakah bezanya istilah `Timbalan``naib` dan `penolong` untuk sesuatu jawatan? Contohnya, perbezaan antara `Timbalan Presiden`dengan` Naib Presiden` atau dengan `Penolong Presiden-(jika ada)?

Menurut Kamus Dewan, timbalan bermaksud penolong ketua, naib; naib bermaksud pengganti, wakil atau penolong kepada, timbalan; penolong bermaksud orang yang menolong (membantu,dll), pembantu.

Makna22.07.2008
Mohon pencerahan berikut: 1. "Penolong Pengarah Kanan" atau "Penolong Kanan Pengarah"? 2. "Pegawai Polis Kanan" atau "Pegawai Kanan Polis"?1. Yang pertama ialah binaan frasa nama yang tertakluk pada hukum D-M, iaitu yang diterangkan (Penolong Pengarah) dan yang menerangkan (Kanan). Maka, pembentukan frasa nama yang betul ialah Penolong Pengarah Kanan.

2. Yang kedua ialah pegawai kanan polis. Yang diterangkan ialah (pegawai) dan yang menerangkan ialah (kanan). Maka, frasa namanya ialah pegawai kanan polis, iaitu pegawai kanan dalam bidang kepolisan.
Tatabahasa16.12.2023
Apakah nama yg betul utk menamakan kekananan jawatan spt ini? : Penolong Pendaftar Kanan atau Penolong Kanan Pendaftar. Terima kasih.Nama yang betul untuk kekananan jawatan seperti contoh yang disertakan ialah Penolong Pendaftar Kanan.  Istilah08.04.2009
Assalamualaikum, Tuan bersama ini saya sertakan beberapa pertanyaan untuk mendapat jawapan. 1. Manakah cara mengeja yang tepat? Penolong Kanan Kokurikulum atau Penolong Kanan Ko-Kurikulum atau Penolong Kanan KoKurikulum. 2. Mohon tuan berikan makna kata dialek Minang di bawah dalam bahasa Melayu Baku. di ma ati ka rusuah di ma ati indak ka maupek awak ta kicuah capang capeh tiok sabanta Untuk pengetahuan tuan melalui carian internet saya mendapat jawapan, tetapi masih ragu kewibawaan pihak berkenaan, kebanyakan daripada blogger. Terima kasih.Ejaan yang betul ialah: 
1. Penolong Kanan Kokurikulum 
2. Maklumat yang diperlukan tidak ada dalam pangkalan data kami, sila rujuk persatuan atau individu yang berkaitan seperti Persatuan Penulis Negeri Sembilan.
Tatabahasa05.03.2012
Salam Adakah mesti meletakkan dalam kurungan perkataan berikut? Penolong Pengarah (Keselamatan) ataupun tanpa kurungan seperti Penolong Pengarah Keselamatan? Terima kasih.Kedua-dua frasa Penolong Pengarah Keselamatan dan Penolong Pengarah (Keselamatan) betul dan boleh digunakan bergantung pada konteks penggunaannya. `
Tatabahasa17.01.2022
Apakah gelaran jawatan yang sebetulnya digunakan samada Timbalan Ketua Pustakawan atau Penolong Ketua Pustakawan, Timbalan Pendaftar atau Penolong Pendaftar? Kenapa wujudnya perbezaan penggunaan nama jawatan tersebut bagi sesetengah universiti?Dalam Kamus Dewan penolong ditakrifkan sebagai orang yang menolong, atau dalam bahasa Inggeris assistant, manakala timbalan ditakrifkan sebagai penolong kepada dalam bahasa Inggeris deputy. Berdasarkan takrifan tersebut hampir sama sahaja makna kedua-dua perkataan itu tetapi lazimnya timbalan digunakan untuk jawatan/portfolio yang besar seperti Timbalan Perdana Menteri, Timbalan Pesuruhjaya dan Timbalan Pengarah.Makna20.01.2011
Saya telah merujuk soalan-soalan berkaitan istilah gelaran jawatan di laman web Khidmat Bahasa. Walau bagaimanapun, melalui jawapan yang telah diberikan, saya tidak mendapat jawapan yang dikehendaki. Sebagai contoh, apakah gelaran Penolong Pengarah Kanan atau Penolong Kanan Pengarah yang lebih tepat? (Gelaran jawatan tersebut hanya sebagai contoh) Daripada jawapan soalan 1 (rujuk lampiran 1), didapati bahawa istilah yang tepat ialah Penolong Kanan Pengarah. tetapi dengan merujuk soalan 2 (rujuk lampiran 1), Penolong Pengarah kanan merupakan istilah yang tepat. mohon pihak tuan memberikan penjelasan lanjut berkenaan perkara ini. terima kasih.Berdasarkan amalan dalam sistem pentadbiran di jabatan kerajaan nama jawatan yang betul ialah Penolong Pengarah Kanan.
Kami mohon maaf atas kekeliruan yang timbul. Untuk makluman puan, kami sedang mengemas kini dan menyaring data Khidmat Nasihat Bahasa untuk menghasilkan jawapan yang tepat sebagai rujukan.
Tatabahasa07.10.2022
ANTARA AYAT YANG BERIKUT, YANG MANAKAH BENAR ANTARA: 1) PEMANGKU PANGKAT SEBAGAI PENOLONG PEGAWAI 2) PEMANGKUAN PANGKAT SEBAGAI PENOLONG PEGAWAIJawapan yang betul ialah Pemangkuan Pangkat Bagi Jawatan Penolong Pegawai xxx.
Untuk keterangan lanjut, sila rujuk Jabatan Perkhidmatan Awam melalui laman webnya http://www.jpa.gov.my/. Terima kasih,
Lain-lain02.06.2017
1234567

Kembali ke atas