Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pen.swas.ta.an] | ڤنسواستاءن

Definisi : perihal (tindakan) menswasta­kan (perkhidmatan dan perusahaan kerajaan). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pen.swas.ta.an] | ڤنسواستاءن

Definisi : hal menswastakan sesuatu perkhidmatan (perusahaan dsb) kerajaan; hal men­jadikan sesuatu sbg swasta. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata penswastaan


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
1)Pemilihan syarikat konsesi bagi program penswastaan kerajaan pada masa depan seboleh-bolehnya akan dibuat menerusi pembidaan.2)Pemuda yang berusia lewat 30an itu ialah anak saudara Puan Hernina.3)Kedai Pak Nazeli dapat dilihat daripada jauh kerana warna dindingnya agak kebiru-biruan.TOLONG BETULKAN.TERIMA KASIH.1. Pemilihan syarikat konsesi bagi program penswastaan kerajaan pada masa hadapan seboleh-bolehnya akan dibuat menerusi pembidaan.
2. Pemuda yang berusia lewat 30-an itu ialah anak saudara Puan Hernina.
3. Kedai Pak Nazeli dapat dilihat dari jauh kerana warna dindingnya kebiru-biruan.
Tatabahasa23.07.2012
Assamualaikum dalam sala sejahtera. Untuk makluman pihak tuan, pemohonan saya menyertai Dana Penerbitan Buku Sendiri 2014 telah diluluskan sebelum ini dan telah menerima pembayaran awal sebelumnya. Saya telah menghantar manuskrip penuh bertajuk Puteri Intan Di Awan Biru namun sehingga kini belum menerima apa-apa respon dan maklumbalas untuk tindakan saya seterusnya. Terima kasihAlaikumussalam. tuan boleh menghubungi Bahagian Penyelarasan Penerbitan dan Kawal Selia Penswastaan melalui talian 03-21479492 atau 03-21479493 untuk mendapatkan maklum balas.  Terima kasih.Lain-lain05.01.2015
Selamat sejahtera, saya tidak pasti adakah ini saluan yang betul untuk bertanya soalan ini tetapi saya harap saudara atau saudari dapat membantu saya. Saya ingin mengetahu judul-judul buku terjemahan yang pernah diterjemahkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka dari dahulu hingga sekarang, dari mana saya boleh mendapatkan senarai ini? Di harap saudara atau saudari dapa memberikan panduan. Terima kasih. Annie.Salam Sejahtera. Bagi mendapatkan maklumat yang berkenaan Saudara boleh menghubungi pegawai di Bahagian Penyelerasan Penerbitan dan Kawal Selia Penswastaan, Encik Abdul Razak bin Mohammad arazak_m@dbp.gov.my 03-21479496 atau Encik Razid bin Sahran razid@dbp.gov.my 03-21479493.Lain-lain09.08.2014

Kembali ke atas