Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pen.swas.ta.an] | ڤنسواستاءن

Definisi : perihal (tindakan) menswasta­kan (perkhidmatan dan perusahaan kerajaan). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pen.swas.ta.an] | ڤنسواستاءن

Definisi : hal menswastakan sesuatu perkhidmatan (perusahaan dsb) kerajaan; hal men­jadikan sesuatu sbg swasta. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata penswastaan


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
privatization policydasar penswastaanPentadbiranPentadbiran Awam

Dasar yang dilancarkan pada tahun 1983 bertujuan untuk mengurangkan beban kewangan kerajaan, meningkatkan kecekapan dan kepelbagaian hasil, menggalakkan pertumbuhan ekonomi negara, pengagihan sumber secara cekap dan memindahkan sebahagian pengurusan dan kepentingan kerajaan yang boleh menjana keuntungan kepada pihak swasta. Pelaksanaan dasar ini memberikan keutamaan kepada tanggungjawab pengurusan, aset dan hak untuk menggunakan aset tersebut dan tanggungjawab kakitangan. Dasar ini dicetuskan berikutan pelancaran Dasar Persyarikatan Malaysia pada 25 Februari 1983 yang menekankan kepada kerjasama di antara sektor awam dengan sektor swasta dalam pembangunan negara. Penswastaan adalah bertentangan dengan konsep “Memilik Negara” yang menambahkan penguasaan kerajaan dalam sektor ekonomi atau perniagaan.

privatizationpenswastaanGeografiTiadaTiada
privatizationpenswastaanEkonomiTiadaDasar atau proses memindahkan hak milik atau pengurusan perkhidmatan dan perusahaan kerajaan kepada sektor swasta.
privatisationpenswastaanKejuruteraanTiadaTiada
privatizationpenswastaanPentadbiran PerniagaanTiadaDasar atau proses memindahkan hak milik atau pengurusan perkhidmatan dan perusahaan kerajaan kepada sektor swasta.
privatizationpenswastaanEkonomiTiadaTiada
privatizationpenswastaanPentadbiran PerniagaanTiadaTiada
state's policydasar negaraSains PolitikPolitik PerbandinganDasar atau prinsip sebuah negara yang dipegang dan dijalankan untuk mencapai matlamatnya. Dasar ini digubal oleh dewan perundangan dan dilaksanakan oleh badan eksekutif untuk kepentingan negara dan orang ramai. Dasar sebuah negara terbahagi kepada tiga jenis iaitu, Dasar Sosial, Dasar Pembangunan dan Dasar Luar. Dasar Sosial meliputi dasar seperti Dasar Pendidikan, Dasar Belia dan Dasar Kebudayaan Kebangsaan. Dasar Pembangunan seperti Dasar Penswastaan Negara, Dasar Pembangunan Nasional dan Dasar Ekonomi Baru manakala Dasar Luar seperti Dasar Berkecuali. Dasar sesebuah negara juga boleh dipinda, diperbaharui atau dimansuhkan jika didapati tidak sesuai. Dalam sesebuah negara, rakyat diseru supaya bersama-sama pemerintah untuk memenuhi hasrat negara. Contoh dasar negara di Malaysia ialah Dasar Ekonomi Baru, Dasar Pembangunan Nasional, Dasar Sosial dan Dasar Penswastaan Negara.
nationalisationpemiliknegaraanPentadbiranPentadbiran Awam

 Harta atau aset kepunyaan peribadi atau swasta yang diambil oleh pemerintah, sekali gus menarik hak pemilikan peribadi atau swasta tersebut. Kerajaan membuat tindakan ini kerana faktor kepentingan negara, orang ramai atau kerana melaksanakan sesuatu dasar atau ideologi tertentu. Pemiliknegaraan sering berlaku dalam negara komunis atau sosialis. Badan perniagaan yang biasanya menjalankan pemiliknegaraan merupakan organisasi besar seperti bank, syarikat pengangkutan, minyak, air dan tenaga. Konsep pemiliknegaraan adalah bertentangan dengan dasar penswastaan. 

dynamics of organisationdinamik organisasiPentadbiranPentadbiran Awam

Kaedah pembaharuan, kemajuan dan penyesuaian yang dilaksanakan oleh pihak pengurusan atasan untuk memantapkan organisasi. Dinamik organisasi bergantung pada misi dan visi yang jelas serta boleh diukur dan dilihat dalam bentuk program atau rangka tindakan utama organisasi. Contohnya, program pemantapan kakitangan, kursus dan seminar, program latihan dan pembangunan, usaha penyelidikan dan pembangunan, penstrukturan semula organisasi, pengecilan jumlah kakitangan, pengkorporatan syarikat serta penswastaan dan penstrukturan semula pihak pengurusan atasan. Dinamik organisasi juga dikenal pasti melalui keupayaan meningkatkan keuntungan tahunan, pembentukan imej positif, budaya kerja yang baik dan pengenalan pakaian seragam, logo dan moto syarikat.


Kembali ke atas