Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pen.sya.rah] | ڤنشرح

Definisi : 1. orang yg memberikan syarahan (ceramah), penceramah; 2. guru di universiti, orang yg memberikan kuliah: saya temui empat orang ~ dan penolong ~ di Jabatan Pengajian Melayu. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pen.sya.rah] | ڤنشرح

Definisi : 1 orang yg bersyarah; penceramah. 2 guru di universiti. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
syarah
Kata Terbitan : bersyarah, syarahan, pensyarah,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
kami bercadang untuk mengadakan pertandingan kepada pensyarah-pensyarah. permohonan pertandingan adalah secara atas talian. sekiranya surat 'notification of acceptance' menggunakan kepala surat rasmi dan dicetak oleh peserta sendiri bolehkah perkara berikut dilakukan:- 1. Tidak menggunakan alamat penuh, sebaliknya seperti berikut:- NOTIFICATION OF ACCEPTANCE Dear Suzanawati binti Ahmad Terima kasih.1. Alamat dan tajuk perlu diletakkan sekiranya surat tersebut merujuk kepada bahagian tertentu bagi tujuan rasmi.Lain-lain01.08.2018
Pihak Politeknik ibrahim Sultan ingin menerbitkan sebuah buku selewat lewatnya April 2013. Kami ingin bantuan khidmat pihak tuan untuk memberikan satu bengkel penulisan buku kepada pensyarah-pensyarah yang terlibat. Mohon berikan khidmat nasihat dari pihak tuan. Sekian terima kasihSila kemukakan surat permohonan rasmi kepada:

Ketua,
Akademi DBP,
Dewan Bahasa dan Pustaka,
Jalan Dewan Bahasa,
50460 KUALA LUMPUR.
Lain-lain25.10.2012
Jika'baru'bermaksud' just', 'baharu' bermaksud' new'. Adakah untuk pelajar yang baru mendaftar digelar' pelajar baharu' atau 'pelajar baru' ? ' pensyarah baru' atau'pensyarah baharu'? Terima kasih

 

Puan Wong,

Kata "baharu atau baru" digunakan dalam konteks rumah baharu, kasut baharu, tahun baharu, pelajar baharu dsb. Mengikut Kamus Dewan Edisi 4,  bermaksud belum ada sebelumnya, belum lama wujud.Padanan bahasa Inggerisnya ialah new. Kata baru digunakan dalam konteks baru datang, baru kelihatan, baru sedar, baru-baru ini dsb. Padanan bahasa Inggerisnya ialah just.

Tatabahasa26.02.2009
Seorang pensyarah IPTA menggunakan perkataan “anda” ketika memberikan kuliah kepada pelajar-pelajarnya. Mohon pandangan pihak tuan. Terima kasih.Kata ganti nama diri kedua "anda" boleh digunakan dalam konteks ini.Istilah13.11.2009
Saya seorang pensyarah di Fakulti Ekonomi dan Pengurusan dalam bidang pengurusan organisasi dan sumber manusia. Bagaimana caranya jika saya ingin melibatkan diri sebagai AJK Bahasa Melayu di DBP dalam bidang saya? Mohon cadangan.Sekiranya tuan/puan berminat menjadi AJK Bahasa Melayudi DBP, tuan/puan boleh memohon menjadi Munsyi di DBP. Untuk sebarang persoalan boleh hubungi pegawai kami Puan Irni melalui talian 03-21479217.Karya20.07.2017
Assalam, Saya pensyarah uthm sedang membangunkan polisi memerlukan terjemahan tepat bagi perkataan berikut 1) self-reliant 2) self-improvement Terima kasih atas maklum balas Dr AliasWaalaikumussalam...
Terjemahan yang sesuai bagi:
 1) self-reliant - berdikari
2) self-improvement - kemajuan diri
Makna12.06.2017
Saya merupakan pensyarah dan ingin menerbitkan buku untuk panduan pelajar ijazah pertama. Buku tersebut akan membantu pelajar saya mengikuti pelajaran secara kendiri dengan lebih mudah. Buku tersebut juga boleh digunakan oleh institusi pengajian tinggi lain di Malaysia yang menawarkan kursus yang sama. Mohon maklum balas peluang penerbitan oleh DBP. Terima kasih.Dewan Bahasa dan Pustaka mengalu-alukan hasrat saudara untuk menghantar manuskrip. Saudara boleh menghantar manuskrip  berserta surat iringan penyerahan manuskrip dan biodata saudara ke Bahagian Buku Umum, Jabatan Penerbitan, Dewan Bahasa dan Pustaka. Untuk makluman saudara, Bahagian Buku Umum juga menguruskan penerbitan buku ilmiah. Saudara boleh menghubungi bahagian tersebut seperti maklumat yang berikut:
Ketua Bahagian Buku Umum,
Aras 13,
Jabatan Penerbitan,
Dewan Bahasa dan Pustaka,
Menara DBP, Jalan Dewan Bahasa,
50460 Kuala Lumpur.
Lain-lain19.10.2015
Saya Jusmawati pensyarah dari UIAM. Saya sedang menjalankan kajian leksikal menggunakan Kamus Dewan edisi keempat. Saya perlukan maklumat tentang kamus tersebut: 1) berapakah jumlah entri untuk adjektif 2) Jumlah entri untuk kata nama 3) Jumlah entri untuk kata kerja. Kalau boleh dapatkan jumlah entri untuk semua jenis perkataan dalam kamus tersebut adalah lagi baik. Harap dapat bantuan dari pihak DBP. Terima kasihSila berhubung dengan Pegawai Perancang Bahasa di Bahagian Perkamusan.Lain-lain26.04.2010
Saya merupakan pensyarah yang mengajar dalam bidang pengkhususan seramik industri. Terdapat banyak buku yang dicetak dalam bahasa inggeris dan susah didapati di pasaran. saya berhasrat ingin menterjemah buku tersebut di dalam bahasa melayu, bagi memudahkan pelajar menjadikan buku tersebut sebagai panduan. Saya ingin mengetahui dengan lebih lanjut prosedur untuk menterjemahkan buku. Sasaran jualan buku tersebut adalah untuk pelajar IPTA(UiTM Shah Alam dan caw Perak, Unimas, UMS, UPSI), pelajar dibawah kelolaan Kementerian Sumber Manusia (ILP, IKM, Kolej Komuniti) dan MRSM. Diharap dengan adanya buku-buku hasil penterjemahan ini, proses penyampaian dan pemahaman kursus akan lebih efisyen. Sekian, terima kasih.DBP tidak lagi menguruskan projek penterjemahan. Kini projek penterjemahan diuruskan oleh Institut Terjemahan Negara Berhad.            Lain-lain01.02.2008
PENGGUNAAN HURUF BESAR UNTUK JAWATAN PENOLONG PENSYARAH.Nama Jawatan Penolong Pensyarah boleh ditulis huruf awalnya huruf besar atau kesemuanya huruf besar. Walau bagaimanapun, sila jelaskan soalan saudara.Lain-lain22.07.2009
12345678910

Kembali ke atas