Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pen.sya.rah] | ڤنشرح

Definisi : 1. orang yg memberikan syarahan (ceramah), penceramah; 2. guru di universiti, orang yg memberikan kuliah: saya temui empat orang ~ dan penolong ~ di Jabatan Pengajian Melayu. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pen.sya.rah] | ڤنشرح

Definisi : 1 orang yg bersyarah; penceramah. 2 guru di universiti. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
syarah
Kata Terbitan : bersyarah, syarahan, pensyarah,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
lecturerpensyarahPentadbiranTiadaTiada
lecturerpensyarahPerubatanTiadaTiada
Senior LecturerPensyarah KananPentadbiran PerniagaanTiadaTiada
Assistant LecturerPenolong PensyarahPentadbiran PerniagaanTiadaTiada
Senior Lecturer in ArchitecturePensyarah Kanan Seni BinaPentadbiran PerniagaanTiadaTiada
Senior Lecturer in Mechanical EngineeringPensyarah Kanan Kejuruteraan JenteraPentadbiran PerniagaanTiadaTiada
contact hourjam interaksiPendidikanTiadaMasa pertemuan yang dijadualkan antara pelajar dengan pensyarah di institusi pendidikan tinggi.
subtypesubjenisTeknologi MaklumatPerisianJenis data yang berkaitan dengan jenis data lain dengan tanggapan bahawa berlaku kebolehtukaran antara data. Hal ini bermakna, atur cara komputer yang ditulis dan boleh mengendalikan elemen superjenis juga akan berupaya mengendalikan elemen subjenis. Contohnya, entiti pekerja yang merupakan superjenis boleh terdiri daripada subjenis guru, pensyarah, kerani dan jurutaip.
descriptive statisticstatistik deskriptifPsikologiPsikologi UmumKaedah statistik yang digunakan untuk menjelaskan dengan lebih lanjut tentang data yang diperoleh melalui suatu penelitian. Antara aktiviti yang dilakuan dalam kaedah ini adalah dengan memberikan nombor atau kuantiti kepada ciri yang dicerap dan meringkaskannya dalam bentuk taburan frekuensi, graf, histogram, carta, min, mod atau sisihan piawai. Contohnya, seorang pensyarah membina histogram untuk menggambarkan prestasi pelajar dalam kursus yang diajarnya.
sample distributionedaran sampelKomunikasiKorporatKaedah memperkenalkan dan mempromosikan barangan kepada pengguna sasaran dengan mengedarkan sampel barangan dengan pelbagai cara. Antara cara tersebut adalah melalui pos edaran dari rumah ke rumah, dikedai, atau melalui kupon pengiklanan. Kaedah tersebut merupakan kaedah promosi yang murah dan mudah dikendalikan. Contohnya, pengedaran barangan kosmetik kepada kakitangan pejabat, pengedaran ubat baru kepada doktor, pengedaran syampu kepada pakar kecantikan, atau pengedaran buku teks contoh kepada guru dan pensyarah. Dari segi pengurusan, edaran sampel dilakukan oleh agensi tertentu dalam industri pengiklanan. Kaedah ini merupakan strategi promosi yang paling efektif bagi barangan baru kerana menawarkan percubaan percuma kepada pengguna dengan harapan mempengaruhi mereka supaya menjadi pengguna kekal. Sinonim fungsi sampel.

Kembali ke atas