Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pen.tad.bir] | ڤنتدبير

Definisi : orang yg mentadbirkan, penge­lola, pengurus, pemerintah. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pen.tad.bir] | ڤنتدبير

Definisi : orang yg mentadbir atau mentadbirkan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
tadbir
Kata Terbitan : mentadbir, pentadbiran, pentadbir,


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
SMITH, CECIL CLEMENTIpentadbir British di Tanah MelayuSEJARAH DAN ARKEOLOGITokoh
MOHD YUSUF AHMAD, DATOpentadbir, pendidik, penulis dan pejuang kebangsaan dalam penulisan dan pendidikan.BAHASATokoh
RASHDAN BABA, TAN SRI

pentadbir akademik dan tokoh korporat

SEJARAH DAN ARKEOLOGITokoh
EMIN PASHA

Emin Pasha (1840–1892) ialah pentadbir kolonial

Jerman dan penjelajah di Afrika. Dia memberi

sumbangan penting kepada pengetahuan geografi

tentang Sudan dan Afrika Tengah.

UMUM 
SWETTENHAM, SIR FRANK

Swettenham, Sir Frank (1850–1946) ialah

pentadbir British yang diakui sebagai “bapa dan

pengasas Malaya moden”. Pada tahun 1874, dia

telah dilantik sebagai penolong residen (penasihat)

negeri Selangor. Mulai dari tahun seterusnya,

kerjayanya tertumpu pada Negeri-negeri Melayu

Bersekutu. Dia mendakwa supaya diberi

penghormatan kerana mewujudkan Negeri-Negeri

Melayu Bersekutu. Dia ialah Residen Jeneral yang

pertama bagi Negeri-Negeri Melayu Bersekutu

dari tahun 1896 hingga tahun 1900. Pada tahun

1901, dia dilantik sebagai Gabenor Negeri-Negeri

Selat dan Pesuruhjaya Tinggi Negeri-Negeri Tanah

Melayu. Dia bersara pada tahun 1904.

UMUM 
BUSH, VANNEVAR

Bush, Vannevar (1890–1974) ialah jurutera

elektrik dan pentadbir penyelidikan sains

Amerika Syarikat yang terkenal.

UMUM 
ONN JAAFAR, DATO'

Onn Jaafar, Dato’ (1895–1962), nasionalis, ahli

politik dan pentadbir. Dia lahir di Bukit Gambir,

Muar, Johor. Ayahnya, Dato’ Jaafar Muhammad

(1868-1919) adalah Menteri Besar Johor yang

pertama.

UMUM 
ANDROS, SIR EDMUND

Andros, Sir Edmund (1637–1714) ialah tentera

dan pentadbir Inggeris. Pada tahun 1686, dia

menjadi gabenor beberapa buah koloni Amerika

Utara, yang dinamakan Dominion of New England.

Dia ke Hartford, Connecticut, untuk menuntut

piagam yang memberi kepada mereka hak untuk

mentadbir sendiri koloni itu. Mereka enggan

menyerahkannya. Mengikut legenda, mereka

menyembunyikan piagam itu di dalam sebatang

pokok, yang kemudian dinamakan Piagam Oak.

UMUM 
NATIVE SCHOOL NATIVE SCHOOL, sekolah latihan bagi anak-anak ketua anak negeri di Sabah. Sekolah ini ditubuhkan pada 1 Julai 1915. Tujuan sekolah vernakular pemerintah Syarikat Berpiagam Borneo Utara yang pertama di Sabah ini ditubuhkan adalah untuk memberi pendidikan peringkat rendah, khusus kepada anak-anak ketua anak negeri yang bakal menjadi pentadbir dan penghubung antara pentadbir Syarikat Berpiagam Borneo Utara dengan peribumi.SEJARAH DAN ARKEOLOGIInstitusi/Organisasi
CHEK DA DATO' SERI NARA WANGSA

CHEK DA DATO’ SERI NARA WANGSA (1882-1934), pentadbir tradisional kerajaan Terengganu. Dia lahir pada 18 Jun 1882 di Terengganu. Nama penuhnya ialah Chek Da Umar bin Chek Mohd. Ali bin Abdul Rahim. Ayahnya Chek Mohd Ali bergelar Dato’ Seri Nara Wangsa gelaran kebesaran pembesar dan pentadbir tradisional kerajaan Terengganu. Chek Mohd. Ali, pentadbir yang akhir sekali memakai gelaran Dato’ Seri Nara Wangsa, kerana  selepas peranan Dato’ Mata-Mata diberikan kepada Chek Da Umar, dia tidak lagi memakai gelaran Dato’ Seri Nara Wangsa. Gelaran baharu yang diberikan kepadanya ialah Dato’ Seri Andika Raja.

  

SEJARAH DAN ARKEOLOGITokoh
12345

Kembali ke atas