Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
tadbir
Kata Terbitan : mentadbir, pentadbiran, pentadbir,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
administrative statenegara pentadbiranSains PolitikPolitik PerbandinganNegara yang mempunyai prinsip pemerintahan berasaskan kepada keabsahan peraturan yang terdapat dalam perlembagaan. Penubuhan negara pentadbiran bertujuan untuk mengemas tatacara pengurusan dan pentadbiran negara serta untuk mengelak daripada berlakunya gejala rasuah. Idea negara pentadbiran ini berkembang di Amerika Syarikat pada tahun 1887 sewaktu pentadbiran Woodrow Wilson dan di Malaysia semasa pentadbiran Tun Abdul Razak serta diteruskan oleh pimpinan berikutnya.
ministerial reshufflerombakan kementerianPentadbiranPentadbiran Awam

Penyusunan semula kementerian dan kabinet yang dilakukan oleh ketua kerajaan untuk tujuan tertentu bagi menyuntik semangat kerja yang lebih kukuh, pemantapan pentadbiran negara dan bagi mengisi kekosongan portfolio. Rombakan ini bukan sahaja melibatkan pelantikan ahli yang baru tetapi juga pembentukan kementerian atau dasar baru yang dipercayai boleh memantapkan lagi pentadbiran negara. Dalam konteks negara Malaysia Perdana Menteri terlibat secara langsung dalam rombakan kabinet dan kementerian.

federalismfederalismeSains PolitikPolitik PerbandinganSistem pemerintahan atau pentadbiran negara yang terbahagi kepada dua peringkat kerajaan iaitu kerajaan pusat dan kerajaan negeri. Dalam sesebuah negara yang memiliki banyak wilayah, pembahagian ini dibuat kerana wilayah-wilayah tersebut mahukan autonomi dalam bidang tertentu. Sistem ini mengutamakan hak autonomi bagi golongan minoriti dan wilayah yang terpisah. Perlembagaan dalam sistem ini membahagikan kuasa negeri dan kuasa pusat kepada dua senarai yang berbeza. Kerajaan pusat biasanya menguasai bidang yang penting seperti hal-ehwal luar, keselamatan dalam negeri, kewangan dan pendidikan, manakala kerajaan negeri menguasai bidang-bidang seperti kebudayaan, sumber alam, tanah, cuti am dan agama. Namun begitu, terdapat juga sistem persekutuan yang mewujudkan senarai bersama iaitu bidang kuasa yang dikongsi antara kerajaan pusat dan negeri. Contohnya Malaysia, Kanada, India dan Australia. Sinonim faham persekutuan.
concert systemsistem muafakatSejarahTiadaSistem kerjasama berdasarkan permuafakatan pandangan serta pendapat di antara semua ahli, sama ada dalam pentadbiran negara atau persatuan.
civil service excellencekecemerlangan perkhidmatan awamPentadbiranPentadbiran Awam

Amalan yang mulia berlandaskan nilai-nilai murni, sikap, budaya dan etika kerja positif yang diterapkan dalam perkhidmatan awam. Kecemerlangan perkhidmatan awam menjadi tunjang utama kepada kelicinan, kecekapan dan keberkesanan pentadbiran negara di samping meningkatkan prestasi dan kualiti perkhidmatan. Pelbagai tindakan telah diambil oleh pihak pemerintah dalam mewujudkan kecemerlangan perkhidmatan awam seperti pengenalan Teras Perkhidmatan Awam, Gerakan Budaya Kerja Cemerlang, Kepimpinan Melalui Teladan dan Tonggak 12. Selain itu, bagi menyokong dan mengukuhkan usaha dalam meningkatkan kecemerlangan perkhidmatan awam, pihak kerajaan telah mewujudkan sistem pengiktirafan melalui beberapa anugerah seperti Anugerah Kualiti Perdana Menteri (AKPM), Anugerah Kualiti Perkhidmatan Awam, Anugerah Perdana Teknologi Maklumat dan Anugerah Inovasi.

machiavelmachiavelKesusasteraanTiadaWatak tipa dalam sesebuah karya yang mendapat namanya daripada Niccolo Machiavelli (1469 � 1527), seorang negarawan dan ahli falsafah di Florence, Itali. Beliau menulis sebuah karya yang mewajarkan konsep �matlamat menghalalkan cara� dalam pentadbiran negara. Bukunya sering dirujuk dalam drama yang dihasilkan pada Zaman Ratu elizabeth 1 pada abad ke-17. Pada zaman tersebut, nama Machiavelli muncul dan dikaitkan dengna sifat kedurjanaan dan kecurangan. Watak penjarah yang terdapat dalam karya tragedi balas dendam dikenali juga sebagai Machiavel.
central governmentkerajaan pusatPentadbiranPentadbiran Awam

Institusi pemerintah peringkat tertinggi yang terdapat dalam sesebuah negara yang mengamalkan sistem persekutuan. Kerajaan pusat mempunyai kuasa yang besar mengatasi kuasa yang ada pada kerajaan negeri mahupun kerajaan tempatan dan menjadi pusat rujukan bagi pentadbiran negara. Kuasa kerajaan pusat diperuntukkan dalam Perlembagaan Persekutuan seperti yang termaktub dalam Senarai Persekutuan dan Senarai Bersama. Kuasa ini biasanya meliputi hal ehwal luar negeri, pertahanan, kewangan, perdagangan antarabangsa dan keselamatan dalam negeri. Kerajaan pusat di Malaysia mempunyai struktur pentadbiran yang sistematik, terdiri daripada Yang di-Pertuan Agong, Perdana Menteri dan Kabinetnya, Parlimen dan Kehakiman.

Asia Pacific Postal Union (APPU)Pertubuhan Pos Asia PasifikPentadbiran PerniagaanTiadaPertubuhan yang dianggotai oleh pentadbiran pos negara-negara kawasan Asia Pasifik bertujuan menyelaras peraturan khas yang berkaitan dengan perkhidmatan pos dalam hubungan antara negara-negara tersebut.
concurrent powerkuasa serentakSains PolitikPolitik PerbandinganKuasa yang diperoleh secara menyeluruh sebelum sesuatu tindakan dilaksanakan. Kuasa ini penting untuk mengelakkan sesuatu tindakan yang akan dilaksanakan agar tidak meninggalkan kesan negatif kepada masyarakat atau negara. Kuasa jenis ini biasanya dipraktik dalam pentadbiran negara Amerika Syarikat. Contohnya, apabila, presiden mahu melaksanakan sesuatu tindakan yang segera seperti melancarkan serangan atau memerlukan belanjawan tambahan, beliau perlu mendapatkan kuasa serentak daripada kuasa utama kuku besi ketimuran Kongres. Tanpa kuasa tersebut sesuatu tindakan tidak boleh dijalankan.
unitary governmentkerajaan kesatuanPentadbiranPentadbiran Awam

Bentuk pemerintahan negara yang berasaskan kepada satu kerajaan terpusat berbanding dengan persekutuan yang memperlihatkan dua lapisan kerajaan seperti kerajaan pusat dan kerajaan negeri. Kerajaan unitari memiliki segala bidang kuasa pemerintahan, kekayaan ekonomi, segala sumber yang diperoleh dan tidak memberi autonomi kepada mana-mana bahagian dalam negara tersebut walaupun terdapat golongan minoriti yang berbeza etnik, budaya mahupun agama dengan masyarakat terbanyak dalam negara tersebut. Pemerintahan dari ibu negara biasanya menguasai pentadbiran negara ini walaupun kawasan pedalaman yang berjauhan. Contoh negara unitari ialah Filipina, Indonesia, Thailand dan Sri Lanka. Dalam negara seperti ini lazim wujud gerakan pemisahan yang menuntut autonomi atau kemerdekaan kerana tertindas oleh kerajaan yang memberi kelebihan kepada golongan majoriti.

12345678910...

Kembali ke atas