Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pen.taÖ.ri.fan]/[pen.tak.ri.fan] | ڤنتعريفن

Definisi : perihal (perbuatan, cara, dsb) mentakrifkan (sesuatu): ~ harus dimulai dgn penerangan yg umum ke penerangan yg khusus; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pen.taÖ.ri.fan]/[pen.tak.ri.fan] | ڤنتعريفن

Definisi : perbuatan, hal dsb men­takrif atau mentakrifkan: ~ dibuat selepas ayat-ayat itu dianalisis. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
takrif (kata nama,)
Bahasa Asal :Arab
Bersinonim dengan erti, pengertian, makna, maksud, definisi;,
Kata Terbitan : mentakrifkan, pentakrifan, pentakrif,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Assalamualaikum, Saya bukan ingin membuat pertanyaan, tetapi ingin menegur pentakrifan perkataan ZAKAT yang dikeluarkan oleh pihak DBP untuk Kamus Dewan cetakan ke3 dan ke4. DBP menulis: --zakat Ar rukun Islam yg keempat yg mewajibkan seseorang Islam mengeluarkan sebahagian drpd hartanya kpd orang yg berhak menerimanya (spt fakir miskin), mengikut syarat-syarat yg ditentukan; ...... (Kamus Dewan Edisi Tiga) -zakat Ar rukun Islam yg keempat yg mewajibkan seseorang Islam mengeluarkan sebahagian drpd hartanya kpd orang yg berhak menerimanya (spt fakir miskin), mengikut syarat-syarat yg ditentukan; .... (Kamus Dewan Edisi Empat) PErkara yang ingin ditegur di sini ialah, zakat bukan merupakan rukun Islam yang ke4, tetapi yang ke3, berdasarkan sabda Rasulullah s.a.w.: "Islam ialah: Bersaksi bahawa tiada tuhan melainkan Allah dan Muhammad itu pesuruh Allah, dan mendirikan sembahyang, dan menunaikan zakat, dan berpuasa di bulan Ramadhan, dan menunaikan haji bagi yang berkuasa." (Hadis Sahih). Sekian, harap maaf. -Suryani Masnan-

Waalaikumsalam wbt.

Terima kasih atas pandangan saudari yang begitu bernas. Untuk pengetahuan saudari, setiap entri yang berkaitan dengan agama atau kata yang berasal daripada bahasa Arab mempunyai panel penilainya tersendiri. Dan panel-panel tersebut terdiri daripada pakar-pakar dalam bidang masing-masing. Kebanyakan pakar yang terlibat datangnya dari universiti-universiti tempatan.

Berbalik kepada soalan saudari. Sekiranya saudari merujuk kepada mana-mana kitab tauhid/aqidah, saudari akan dapati kedudukan 'zakat' itu di tangga yang keempat bukan ketiga. Kedudukan zakat dalam hadis yang disebutkan itu tidak bermaksud kedudukannya dalam keutamaan rukun Islam. Banyak laman web berbahasa Arab yang saya layari, kesemuanya merujuk bahawa zakat merupakan rukun Islam keempat. Sila rujuk juga kitab-kitab lain yang berkaitan rukun Islam. Jangan sekadar mengambil maksud langsung hadis tersebut. Lihat juga kepada kupasannya.

Lain-lain13.05.2009
http://prpm.dbp.gov.my/Cari1?keyword=invader&d=205708&# Pentakrifan bahasa Melayu untuk perkataan "invader" adalah salah. Sila semak.Terima kasih di atas kepekaan puan dalam hal ini. Pihak kami ambil maklum dan akan memanjangkan hal ini kepada bahagian yang berkenaan.

Keprihatinan puan dalam perkara ini amat dihargai. Sekian.
Istilah10.11.2019
http://prpm.dbp.gov.my/Cari1?keyword=suspense&d=73528&#LIHATSINI Pentakrifan untuk perkataan "suspense" dalam kotak pertama dan kedua adalah salah. Perkataan itu sepatutnya "suspend".Pihak kami maklum atas pemakluman tersebut dan akan mengemukakan kepada pihak yang berkaitan untuk tindakan selanjutnya. Terima kasih atas keprihatinan pihak tuan.Lain-lain16.12.2019
spinach - spinal adj of, rel to the spine, spina: a ~ disease, penyakit spina; a ~ malformation, pencanggaan spina. Pentakrifan bagi perkataan "spinach" adalah salah.Terima kasih atas keprihatinan puan dalam perkara ini, pihak kami akan membetulkan kesilapan data lama yang masih terdapat dalam pangkalan data kami.Lain-lain28.11.2019
Apa terjemahan bahasa Inggeris bagi istilah kata nama khas 'Daerah Kecil' seperti yang digunakan bagi istilah Daerah-Daerah Kecil di Sarawak (seperti Daerah Kecil Sundar, Daerah Kecil Padawan, dll)? Saya tidak menemui sebarang pentakrifan di Carian Kata.Terjemahan bahasa Inggeris bagi perkataan Daerah Kecil ialah Subdistrict.Istilah05.02.2019
1.PERLANGGARAN ATAU PELANGGARAN 2.APAKAH PERBEZAAN MENIDURKAN DAN MENIDURI 3.BAGAIMANAKAH PENGGUNAAN DISEBABKAN OLEH DAN OLEH KERANA

Puan Norfaharin,

Sekira puan merujuk Kamus Dewan Edisi Keempat, puan akan mengetahui perbezaan perkataan pelanggaran, pelanggaran, menidurkan dan meniduri.  Bersama-sama ini disertakan pentakrifan kata-kata tersebut seperti yang berikut: 

  • perlanggaran

    perihal (kejadian dsb) berlanggar (antara kenderaan, kenderaan dgn orang, dll): kereta itu terlibat dlm ~ dgn sebuah lori di batu empat jalan Kuantan-Gambang;
  • pelanggaran

    1. perihal melanggar (menyerang, menyerbu, dsb): ~ orang kafir terhadap orang Islam itu telah dapat dipatahkan; 2. perihal menentang perbuatan dsb atau tidak mematuhi (undang-undang, peraturan, adat, dll): ~ disiplin berlaku kerana murid-murid tidak menghormati peraturan sekolah.
  • meniduri

    1. tidur (berbaring) di: di atas bangku yg di kejauhan sana, nampak gadis ~ pangkuan pacarnya; 2. bersetubuh dgn, menyetubuhi;
  • menidurkan

    1. membuat supaya tidur, membaringkan supaya tidur: sesudah ~ anaknya barulah dapat ia bersenang-senang; 2. membaringkan, merebahkan: kemudian hendaklah ditidurkan pasu itu supaya batang pokok itu sekarang mengarah ke tepi; 3. ki menjadikan lalai (cuai, tidak bersemangat, dll), melalaikan: janganlah kita ~ kembali masyarakat kita yg sudah mulai sedar sekarang; 4. menyembuhkan (menghilangkan dll) dgn tidur: ~ pening kepala;
  • Penggunaan "oleh kerana" tidak tepat kerana kata 'oleh' merupakan kata sendi dan "kerana" juga merupakan kata sendi. Oleh itu, frasa yang betul ialah "oleh sebab" dan bukan 'oleh kerana'. Kata 'sebab' ialah kata nama.

    Tatabahasa18.03.2009
    Mengapakah perkataan "menghayun" tidak dijumpai dalam Kamus Dewan? Adakah perkataan tersebut salah? Jika apakah perkataan yang betul?Kamus Dewan Edisi Keempat (2005) tidak merakamkan kata "hayun" dan terbitannya. Kata yang terakam ialah "ayun" dan kata terbitannya (termasuk mengayun). Kamus Dewan (1970) merakamkan kata "hayun" dirujuksilangkan ke "ayun".

    Namun, rujukan yang terkini iaitu Kamus Dewan Perdana (2020) merakamkan kedua-dua kata tersebut iaitu "ayun" dan "hayun" serta kata terbitannya (termasuk mengayun dan menghayun). Perakaman kedua-dua kata ini adalah mengikut data korpus penggunaan kata tersebut dalam masyarakat. Terdapat persamaan dan perbezaan dalam pentakrifan kata-kata tersebut. Untuk maklumat lanjut, sila rujuk halaman 162-163 dan 753-754 kamus ini.
    Ejaan16.11.2023
    Salam sejahtera, saya nak tanya sikit tentang penggunaan Proto dan Purba dalam pelabelan bahasa lama. Dalam Inggeris ada Ancient Greek, Proto-Hellenic, Proto-Greek, dan Old Greek. Saya ikut label dalam Kamus Dewan Perdana yang terjemahkan Proto kepada Purba tapi masalahnya macam mana nak bezakan dengan Ancient Greek yang diterjemahkan kepada Yunani Purba? Dan dalam Kamus Inggeris-Melayu, Hellenic diterjemahkan kepada Yunani sementara daftar istilah berikan Helenik/Hellenik. Macam mana saya dapat bezakan kesemua label ini? Setakat ini saya labelkan Hellenik Purba (Proto-Hellenic), Proto-Yunani (Proto-Greek) dan Yunani Kuno (Old Greek). Harap dapat membantu. Yang benar, Haziq FaruqiKamus Dewan Perdana (DBP, 2020) ialah kamus umum bahasa Melayu. Kamus Inggeris-Melayu Dewan (DBP, 1992) juga ialah kamus umum. Kata/istilah dalam sesuatu bidang merupakan kata khusus yang mempunyai konsep dan konteks yang tertentu.

    Pentakrifan atau penggunaan kata/istilah dalam sesuatu bidang seperti Proto-Hellenic (proto Helenik), Proto-Greek (proto Yunani) dan Old Greek (Yunani kuno) perlulah merujuk pakar bidang tersebut untuk menentukan julat masanya secara terperinci, persamaan atau perbezaan makna sesuatu kata/istilah bahasa sumber dan sebagainya supaya padanan kata tersebut dalam bahasa Melayu tepat dan jelas.

    Untuk penjelasan lanjut, sila berhubung dengan Bahagian Peristilahan dan Leksikologi, DBP.
    Istilah31.03.2024
    Salam, saya ingin bertanya apakah bezanya mantan dan bekas? Siapakah yang sesuai digunakan sebagai mantan dan bekas? Terima kasihMenurut  definisi Kamus Dewanmantan : dahulunya pernah menjawat jawatan tertentu, tetapi sekarang tidak lagi, bekas: ayahnya seorang ~ ketua pengarang sebuah penerbitan; dia ialah ~ guru besar sekolah itu. bekas :1. tanda-tanda yg ditinggalkan, kesan: ~ tapak kaki di pasir; ~-~ kudis itu menghodohkan kakinya; ~-~ darah yg terdapat pd bajunya; 2. dahulunya (sekarang tidak lagi), pernah menjadi: ~ suami; duduk bersanding dan tepung tawar adalah ~-~ adat Hindu; 3. akibat (drpd sesuatu): perkahwinan campuran antara dua golongan itu membawa ~ yg mengaibkan; ~ luka parut (sesudah sembuh luka); ~ tangan a) tandatangan; b) tulisan tangan; c) hasil buatan sendiri; d) pukulan; ~ tubuh pakaian yg sudah dipakai; Berdasarkan pentakrifan dan penggunaan kedua-dua kata ini tidak salah digunakan, namun kata mantan kini lazim digunakan untuk seseorang yang pernah menjawat jawatan tertentu.

     

    Makna25.06.2009

    Kembali ke atas