Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pen.tau.lia.han] | ڤنتولياهن

Definisi : penyampaian (pemberian) tauliah: teman wanitanya tidak dapat ber-samanya di majlis ~ pegawai kadet itu. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pen.tau.lia.han] | ڤنتولياهن

Definisi : per­buatan atau perihal mentauliahkan; penyampaian tauliah: majlis ~ kadet. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata pentauliahan


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Oleh itu pihak kami ingin memberi latihan mengendalian serta membuat penyerahan, pengujian dan pentauliahan pada 14hb October 2014 ini. (Betul ke ayat diatas ini?)Oleh itu, pihak kami ingin memberi latihan pengendalian, penyerahan, pengujian dan pentauliahan pada 14 Oktober 2014 ini.Tatabahasa07.10.2014
Ayah mempunyai_______ membaiki motosikal yg rosak. A. Kebolehan B. Kepintaran C. Kepakaran D. Kecekapan Bg jwpan sat...Jawapan yang lebih tepat ialah A. kebolehan . Jawapan  "kepakaran" tidak sesuai kerana seseorang yang pakar mestilah mempunyai ilmu dalam bidang tersebut dan memiliki sijil pentauliahan.Tatabahasa17.10.2015
Ayah mempunyai_______ membaiki motosikal yg rosak. A. Kebolehan B. Kepintaran C. Kepakaran D. Kecekapan Saya ingin kepastian jawapan beserta alasan. Sy pilih C.Jawapan yang lebih tepat ialah A. kebolehan . Jawapan c. kepakaran tidak sesuai kerana seseorang yang pakar mestilah mempunyai ilmu dalam bidang tersebut dan memiliki sijil pentauliahan.Tatabahasa17.10.2015
Salam hormat. Saya ingin mengajukan pertanyaan berhubung dengan penggunaan istilah yang sesuai bagi perkataan ‘commissioning’ dan ‘pre-commissioning’ berdasarkan konteks di bawah: - Commissioning Manager/Team - Pre-commissioning Electrical Supervisor/Technician - Commissioning Induction/Training - Commissioning Permit to Work - Commissioning of System - Pre-commissioning activity - Pre-commissioning of Equipment Dalam kontrak EPCC (Engineering, Procurement, Construction and Commissioning) pula, istilah ‘commissioning’ yang diguna pakai oleh media massa didapati tidak selaras. Antara yang digunakan ialah Pentauliahan, Pengoperasian, Pelaksanaan, Penjagaan dan Penugasan. Sehubungan itu, mohon pihak tuan mencadangkan satu istilah yang paling sesuai bagi perkataan ‘commissioning’ dan ‘pre-commissioning’ agar dapat diselaraskan mengikut konteks di atas. Terima kasih.

Kami mengambil maklum tentang penggunaan perkataan “commissioning” dalam laras bahasa media yang kerap kali berubah padanannya dalam bahasa Melayu, mengikut konteks dan penggunaannya dalam bidang tertentu. Namun, untuk keselarasan, kami mencadangkan agar perkataan “commissioning” diterjemahkan sebagai pentauliahan, manakala “pre-commissioning” diterjemahkan sebagai prapentauliahan, kedua-duanya berasal daripada kata dasar “tauliah” yang bermaksud perihal memberi kuasa kepada individu atau kumpulan dalam menguruskan tugas tertentu.

Istilah21.11.2019
Perkara di atas adalah dirujuk. Dengan sukacitanya disini pihak kami ingin memaklumkan bahawa kerja kerja tersebut telah selesai pada 3hb Oktober 2014 iaitu tujuh belas (17) hari lebih awal daripada tarikh tamat kontrak iaitu 20hb Oktober 2014. Berkenaan dengan pemasangan skrin di pentas, sehingga ke hari ini pihak kami masih menunggu arahan seterusnya dari pihak tuan. Dengan itu pihak kami ingin memberi latihan pengendalian serta membuat penyerahan, pengujian dan pentauliahan pada hari Selasa bersamaan 14hb October 2014 ini. Kerjasama yang diberikan oleh pihak tuan amatlah dihargai.Perkara di atas adalah dirujuk. Dengan sukacitanya pihak kami ingin memaklumkan bahawa kerja-kerja tersebut telah selesai pada 3 Oktober 2014 iaitu tujuh belas (17) hari lebih awal daripada tarikh tamat kontrak iaitu 20 Oktober 2014. Berkenaan dengan pemasangan skrin di pentas, sehingga ke hari ini pihak kami masih menunggu arahan seterusnya daripada pihak tuan. Dengan itu, pihak kami ingin memberi latihan pengendalian serta membuat penyerahan, pengujian dan pentauliahan pada hari Selasa bersamaan 14 Oktober 2014 ini. Kerjasama yang diberikan oleh pihak tuan amatlah dihargai.Tatabahasa07.10.2014

Kembali ke atas