Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pen.ter.je.mah] | ڤنترجمه

Definisi : orang yg menterjemahkan sesuatu, juruterjemah. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pen.ter.je.mah] | ڤنترجمه

Definisi : orang yg men­terjemah atau menterjemahkan sesuatu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
terjemah
Kata Terbitan : menterjemah, terjemahan, penterjemahan, penterjemah,


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
PERSATUAN PENTERJEMAH MALAYSIA

PERSATUAN PENTERJEMAH MALAYSIA, badan yang ditubuhkan untuk menyatupadukan seluruh kegiatan penterjemahan.  Persatuan Penterjemah Malaysia (PPM) ditubuhkan pada 8 April 1978 dan didaftarkan pada 4 Oktober 1979, atas kesedaran untuk mewujudkan gerakan secara kolektif dalam hal-hal penterjemahan.

BAHASAPersatuan
ALI AUDAHPenterjemah dan penulis Indonesia.SASTERATokoh
PLEKHANOV, GEORGI VALENTINOVICH

Plekhanov, Georgi Valentinovich (1856–

1918) ialah pembela utama dan penterjemah

gagasan Marxis di Rusia pada lewat tahun 1800-an

dan awal tahun 1900-an. Dia ialah anak lelaki

bongsu dalam keluarga bangsawan. Dia lahir di

Gudalovka, berhampiran Tambov, Rusia. Sebagai

seorang pemuda, dia menyertai gerakan revolusi

yang mahukan pemerintahan sosialis di Rusia.

Pada tahun 1880, dia melarikan diri ke Switzerland

untuk mengelakkan daripada ditangkap kerana

kegiatan politiknya. Di sana, dia menjadi pengikut

Karl Marx, pengasas fahaman komunis, Jerman.

UMUM 
ACHDIAT K.MIHARDJAACHDIAT K. MIHARDJA (1911- ), penulis dan penterjemah Indonesia, tergolong dalam golongan pengarang Angkatan 45.SASTERAKonsep
AHMAD MURAD NASARUDDINAHMAD MURAD NASARUDDIN (1910-1974), penterjemah dan penulis. Dia lahir pada 2 Ogos 1910 di Bagan Tuan Kecil, Seberang Perai, Pulau Pinang. SASTERAKonsep
HUNAIN BIN ISHAK

Hunain bin Ishak, (192-260 H/808-873 M) ialah perunding, penterjemah dan tokoh perubatan Islam.

AGAMATokoh
ALI AUDAHALI AUDAH (1924-    ), penterjemah dan penulis Indonesia.SASTERAKonsep
AHMAD NAWAWI MOHD. ALIAHMAD NAWAWI MOHD. ALI (1904-      ), penulis, penterjemah dan penerbit yang bergiat sebelum Perang Dunia Kedua. Dia lahir di Batu Gajah, Perak.SASTERAKonsep
SISKEP

SISKEP, sistem penterjemahan berbantukan komputer.  Sistem ini dibina oleh Projek Terjemahan Berkomputer di Universiti Sains Malaysia (USM).  SISKEP ialah akronim daripada Sistem Kerja bagi Penterjemah.  Sistem berkomputer ini membantu penterjemah dengan menyediakan sebuah pemproses kata, kamus ekabahasa, kamus dwibahasa, kamus istilah dan tesaurus.

BAHASASistem
OTHMAN SULAIMAN

OTHMAN SULAIMAN (1952 – 1992), penulis dan penterjemah. Dia lahir pada 2 April 1925 di Enggor, Perak. Dengan kelulusan Cambridge School Certificate (1941) dan Higher School Certificate (1958), Othman bertugas sebagai kerani di Jabatan Pelajaran Perak pada tahun 1946. Pada awal tahun 1950-an, dia bertugas sebagai guru bahasa Inggeris dan penterjemah di Maktab Pengurusan Sultan Idris, Tanjung Malim, Perak. Dari tahun 1958 hingga tahun 1959, Othman berkhidmat sebagai setiausaha Lembaga Pelajaran Negeri Perak. Pada 1 Disember 1959, dia dipinjamkan ke Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) dan bertugas sebagai penolong pengarang. Pada tahun 1968, dia dilantik sebagai pengarang hinggalah dia bersara pada tahun 1977.

BAHASATokoh
123

Kembali ke atas