Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pen.ter.je.ma.han] | ڤنترجمهن

Definisi : perihal (kerja, usaha, dsb) menterjemahkan; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
 
terjemah
Kata Terbitan : menterjemah, terjemahan, penterjemahan, penterjemah,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Salam Sejahtera Tuan/ Puan Saya daripada Polycore Optical ( M) Sdn Bhd ingin mendapatkan bantuan pihak tuan untuk membuat pentrerjemahan Helaian Data Keselamatan/ Safety Data Sheet di kilang kami. Berikut dilampirkan senarai bahan kimia yang memerlukan penterjemahan.Penterjemahan ini adalah dari Bahasa Inggeris kepada Bahasa Melayu. Justeru itu, kami ingin meminta sebut harga untuk membuat penterjemahan semua bahan kimia yang dilampirkan dalam senarai.Diharapkan, agar kami mendapat balasan yang secepat mungkin dari pihak tuan. Terima Kasih, Rajiv Sokanathan ( Hp number: 016-6017556)Untuk makluman, Dewan Bahasa dan Pustaka tidak membuat terjemahan daripada bahasa Inggeris kepada bahasa Melayu. Pihak kami hanya menyemak dokumen yang telah diterjemahkan sahaja. Mohon hubungi Persatuan Penterjemahan Malaysia melalui talian telefon 03-92262506 untuk mendapatkan maklumat lanjut berkenaan perkara tersebut.Lain-lain31.12.2019
penterjemahan> Salam sejahtera. Apakah penterjemahan "Embracing Change" ke dalam bahasa Melayu? "Embracing Change" bermaksud "menerima perubahan" terhadap aspek yang dibincangkan dalam konteks penggunaan frasa tersebut. Contohnya, "To save the environment, people should embrace changes to their lifestyle; for instance, by forgoing the convenience of using cars and plastic products"Cadangan terjemahan bagi embracing change ialah "menerima perubahan" boleh digunakan dalam konteks ayat yang diberikan.Makna10.01.2022
Hi Saudara/ Saudari, Salam kami ingin meminta sokongan dari pihak tuan untuk menyemak Penterjemahan dari bahasa inggeris ke Bahasa Melayu. Harap tuan / puan boleh rekomen bahasa yang sesuai dari teks berikut. Terima kasih.Sila hubungi Persatuan Penterjemah Malaysia untuk mendapatkan khidmat penterjemahan.Penyemakan dan penterjemahan02.11.2022
Kami ingin mencari syarikat penterjemahan yang diperakui oleh DBP. Sila bekalkan senarai syarikat/ organisasi yang diperakui kepada hui_min.hooi@bbraun.com untuk rujukan kami. Penterjemahan diperlukan untuk panduan pengguna bagi peranti perubatan.Tidak ada mana-mana syarikat/organisasi penterjemahan yang diperakukan oleh DBP. Untuk menyemak penggunaan istilah dalam pelbagai bidang, tuan boleh merujuk laman web kami www.prpm.dbp.gov.my.  Lain-lain07.06.2018
Apakah terjemahan yang tepat bagi "equivalent". Apakah penggunaan yang paling tepat, sama ada "konsep kesepadanan dalam penterjemahan" atau "konsep kesetaraan dalam penterjemahan"?Penggunaan yang paling tepat ialah "konsep kesepadanan dalam penterjemahan".Makna27.08.2019
Sila quote penterjemahan ke bahasa english bagi digunakan untuk tujuan immigrasi.Untuk makluman, DBP tidak menjalankan kerja penterjemahan atau menawarkan khidmat penyemakan terjemahan, sama ada daripada bahasa Melayu kepada bahasa asing atau sebaliknya. Sila hubungi Persatuan Penterjemah Malaysia (PPM), melalui talian 03-9226 2506 atau e-mel terjemah1@gmail.com.Penyemakan dan penterjemahan21.06.2021
Apakah penterjemahan yang sesuai untuk perkataan "monstrosity"? Adakah "raksasa" cukup untuk meliputinya nuansanya walaupun "raksasa" sebenarnya bermaksud "monster" dan bukan "monstrosity"? Perkataan diambil daripada "a chilly one-eyed monstrosity". Adakah "raksasa bermatu satu yang dingin" sesuai? Terima kasih.Kami mencadangkan padanan bagi "a chilly one-eyed monstrosity" ialah "lembaga bermata satu yang menyeramkan" atau "raksasa bermata satu yang mengerikan". Padanan ini bergantung kepada konteks dan penggunaan yang digambarkan atau dikisahkan oleh penulis dalam teks tersebut.Lain-lain07.10.2023
Apakah penterjemahan terbaik bagi perkataan "train tour"? Adakah perkataan Kereta Api Ronda boleh digunakan atau ada cadangan perkataan lain yang lebih bersesuaian?Cadangan padanan bahasa Melayu bagi istilah train tour ialah lawatan kereta api. Padanan istilah ini bergantung pada kesesuaian konsep dan konteks penggunaan dalam sesuatu bidang tertentu.Istilah09.05.2023
Apakah penterjemahan yang sesuai untuk tajuk thesis berikut: "Fabrication of carbon-mineral adsorbent from rice husk".Cadangan terjemahan bagi Fabrication of carbon-mineral adsorbent from rice husk ialah "Pembuatan bahan serapan karbon mineral daripada sekam padi"Makna08.11.2022
Apakah penterjemahan untuk perkataan merajuk dalam bahasa Inggeris?Perkataan merajuk dalam bahasa Inggeris ialah sulk.Makna02.04.2022
12345678910...

Kembali ke atas