Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pen.ter.na/] | ڤنترنق

Definisi : orang yg menternakkan (binatang). (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
 
ternak
Kata Terbitan : berternak, menternak, penternakan, penternak,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
'penternak' madu lebah, burung waliit dan burung merpati. dari segi teknikalnya mereka tidak menternak. mereka memperoleh hasil dari haiwan yang berlepas bebas. mereka juga tidak pelihara haiwan itu sebab haiwan itu mencari makan sendiri di alam liar. Haiwan ini boleh berpindah tempat dan mendapat 'tuan' baru. haiwan ini boleh dianggap liar. bahasa inggerisnya yg hamper ialah 'ranching'. Ranch dalam kamus melayu ialah kawasan peternakan yang luas. beribu2 ekar. Jika di fahami dari segi peternakan. sebetulnya Haiwan dalam ranch dibiarkan lepas dan bebas tanpa kandang dan pagar, dan dibiarkan meragut sendirian dgn rumput yang tumbuh liar. saya cadangkan pemunya ternakan (sebetulnya bukan kepunyaan mereka dgn mutlak) utk sistem peternakan ini di beri istilah baru dan saya cadangkan dgn memahami konsep peternakan itu sendiri. sebagai contoh 'penyadap' nira anau adalah orang yg mengerat ,mengutip dan mengumpul nira. pokok anau itu bukan hak mutlaknya. saya ada lihat perkataan melayu nya 'ranco' adaptasi inggeris. jadi kalau digunakan ia menjadi "peranco lebah kelulut" (walit, atau merpati).. atau patut disemak lagi perbendaharaan kata melayu sebab budaya melayu sejak dulu ada sahaja aktiviti ranching khusus nya dalam mencari sumber makanan dari sumber alam, yg percuma dan tanpa input atau modal pelaburan. sekian terima kasih,Istilah yang tuan cadangkan, iaitu "peranco" akan dikemukakan kepada Bahagian Peristilahan dan Leksikologi untuk diteliti dan dibincangkan. Istilah06.10.2016
Sambutan Hari Peladang dan Penternak telah disambut dengan A. besar-besaran B. gilang -gemilangSambutan Hari Peladang dan Penternak telah disambut dengan besar-besaran.Tatabahasa12.07.2011
Adakah ayat di bawah betul dari segi tatabahasa dan tanda baca? 1. Kapal itu berlabuh setelah berlayar beberapa bulan mengelilingi dunia. 2. Sejak dahulu Ramli bercita-cita untuk menjadi penternak kambing yang berjaya.Ayat yang betul ialah:

1. "Kapal itu berlabuh setelah berlayar mengelilingi dunia selama beberapa bulan" atau  "Setelah berlayar mengelilingi dunia selama beberapa bulan, kapal itu berlabuh"

2. "Sejak dahulu lagi, Ramli bercita-cita untuk menjadi penternak kambing yang berjaya"
atau   "Ramli bercita-cita untuk menjadi penternak kambing yang berjaya sejak dahulu lagi"
Tatabahasa17.01.2023
Merujuk kepada arkib soalan No. 38. Para penternak lembu mengalami kerugian "akibat" penyakit kuku dan mulut yang menyerang ternakan mereka. Bukankah "akibat" patut digantikan dengan "kerana" ? atau "sebagai akibat"? Perkataan "akibat" ialah kata nama dan bukan kata hubung.Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, akibat bermaksud hasil atau keputusan daripada sesuatu peristiwa, perbuatan, keadaan dan sebagainya. Oleh itu perkataan akibat boleh digunakan dalam ayat tersebut.  Tatabahasa03.10.2010
Apakah perkataan yang sesuai untuk perkataan bahasa Inggeris ini iaitu grow out? Contoh: Ikan ketutu (Oxyeleotris marmorata) merupakan spesies ikan air tawar yang kurang mendapat perhatian penternak dalam menjalankan projek akuakultur sama ada melalui pengeluaran benih atau grow out.Kami mencadangkan perkataan "pembesaran secara semula jadi" sebagai padanan untuk "grow out" mengikut konsep dan konteks ayat yang diberikan.Penyemakan dan penterjemahan17.06.2020
1. Kata sendi nama mesti diikuti oleh kata nama. Oleh itu, adakah ayat berikut boleh diterima? Perajurit berjuang demi mempertahankan negara. 2. Kata pemeri ialah diikuti dengan kata nama. Betulkah ayat yang berikut? Pekerjaannya ialah menternak ikan.

1. Ayat tersebut betul kerana frasa sendi nama boleh boleh wujud sebagai  unsur keterangan kepada frasa kerja, frasa adjektif dan frasa nama.  

2. Ayat yang betul ialah Pekerjaannya ialah penternak ikan. 

Tatabahasa09.06.2010

Kembali ke atas