Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pen.ting] | ڤنتيڠ

Definisi : 1. amat perlu, sangat berharga (ber­guna), mustahak: yg ~ baginya ialah pengakuan itu; perkara yg sangat ~; 2. ark genting (keadaan), berbahaya, tegang: musim yg ~; mementingkan memandang penting (berat, berguna, perlu, utama, dll), memberatkan, mengutamakan: mereka lebih ~ harta benda dan kesenangan hidup; ~ diri sendiri memi­kirkan hal (keuntungan) diri sendiri; kepentingan 1. perihal, keadaan atau sifat penting, peri mustahak, keperluan: ia sedar akan ~ bandar Melaka; belanjawan itu menekankan ~ berjimat cermat dan berbelanja dgn hemat; 2. sesuatu yg penting (dituntut, dihargai dsb) demi kebaikan, keuntungan atau kesejahteraan diri, faedah, manfaat: masing-masing mempunyai ~ diri; tugas menjaga ~ peneroka tidak seharusnya diabaikan; ~ umum kepentingan utk orang ramai; 3. hak, saham dsb dlm sesuatu syarikat (harta, perniagaan dsb): beliau menguasai 52% ~ dlm syarikat tersebut; berkepentingan mempunyai kepentingan: tidak dibenarkan orang yg tidak ~ masuk ke dlm. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pen.ting] | ڤنتيڠ

Definisi : ; mementingkan memetik kecapi (gitar dll), melambung (menghempaskan dll) supaya berbunyi “ting”. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pen.ting] | ڤنتيڠ

Definisi : ; berpentingan berpelantingan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pen.ting] | ڤنتيڠ

Definisi : sangat perlu atau mustahak; amat berharga: Pelajaran memang ~ utk kemajuan kita semua. mementingkan menganggap penting; memandang berat: Orang yg tidak ~ pelajaran nescaya akan menyesal kemudian kelak. kepentingan 1 sesuatu yg penting atau yg sangat dihargai; keperluan: Dia sanggup berkorban utk ~ bangsa dan negara. ~ kebendaan keperluan akan harta benda. 2 keadaan atau hal penting. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
penting (adjektif)
Bersinonim dengan mustahak, perlu, utama, berharga, tinggi nilainya, berguna, berfaedah, bermanfaat, signifikan, behena;,
Kata Terbitan : mementingkan, kepentingan,

Peribahasa

Berkelahi di ekor alahan.

Bermaksud :

Memperbantahkan sesuatu yang tidak penting atau yang sudah diselesaikan. alahan = bekas alur sungai, bendungan.

 

Lihat selanjutnya...(4)


Pantun

PantunSumberTema
Zaman silam banyak kenangan, Peristiwa penting jadi sejarah; Siang dan malam tak mahu makan, Kerana pening tak jadi nikah.Khazanah Pantun Melayu RiauJenaka

Kembali ke atas