Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata penuh;

Puisi
 

Hujan lebat perigi penuh,
     Kapal besar dari muara;
Kalau tak dapat si buntar penuh,
     Biar kumati berbuang nyawa.


Lihat selanjutnya...(17)
Peribahasa

Moncong penuh oleh air,
     perut berisi batu.

Bermaksud :

Tidak dapat mengatakan sesuatu yang terasa dalam hati, kerana telah berhutang budi dan sebagainya.

 

Lihat selanjutnya...(20)


Peribahasa Melayu

PeribahasaTakrifSumber
Adat penuh ke atas, syarak penuh ke bawah.Adat itu sebutan yang besar, tetapi boleh diperlonggarkan, sedangkan hukum Tuhan tidak boleh diubah-ubah dan orang mesti mematuhinya.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Moncong penuh oleh air, perut berisi batu.Tidak dapat mengatakan sesuatu yang terasa dalam hati, kerana telah berhutang budi dan sebagainya.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Sumpit penuh tidak berisi.Orang bodoh yang berlagak seperti orang pandai-pandai; orang miskin yang berbuat seperti orang kaya.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Sambang penuh jala terletak, laut kering ikan mengempas.Usaha yang berhasil dengan baik sekali. sambang = keruntung ikan.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Bagai bulan penuh mengambang di kaki awan.Perempuan cantik yang keluar dari rumahnya kerana hendak berjalan.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Serupa bulan penuh.Kecantikan wajah seseorang wanita. (Peribahasa lain yang sama makna: Bagai bulan empat belas).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Tempayan yang penuh itu tidak berkocak airnya.Orang yang berilmu tidak suka bermegah-megahkan dirinya.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Penuh sudah bagai menggantang.Penuh benar-benar.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Menyukat penuh sudah.Sudah habis kesabarannya. (Peribahasa lain yang sama makna: Telah penuh sebagai bersukat).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Telah penuh sebagai bersukat.Sudah habis kesabarannya. (Peribahasa lain yang sama makna: Menyukat penuh sudah).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
12

Kembali ke atas