Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
DARJAHDarjah ialah nama bagi pelbagai unit kecil

ukuran. Dalam geometri dan peta, darjah ialah unit

ukuran bagi sudut dan arka bulatan. Sudut 1 darjah

(1° ) bersamaan 1 /90 sudut tegak. Arka 1° bersamaan

dengan 1 /360 bulatan penuh. Oleh sebab garisan

lintang (latitud) dan garisan bujur (longitud)

ialah bulatan, maka ia dikira dalam unit darjah.

Darjah dalam geometri dibahagikan kepada 60

unit yang dikenali sebagai minit. Satu minit pula

dibahagikan kepada 60 saat. Dalam sesetengah

cabang matematik seperti trigonometri, sudut

diukur dalam unit yang dikenali sebagai radian.

UMUM 
PENA

1.25pt 0pt 1pt; LINE-HEIGHT: 200%; TEXT-ALIGN: justify">PENA, persatuan penulis.  Nama penuh PENA ialah Persatuan Penulis Nasional Malaysia.  Persatuan ini ditubuhkan pada 12 Februari 1961, bertempat di Dewan Kuliah  A, Universiti Malaya, Kuala Lumpur.

SASTERAKegiatan
PELITA

1.25pt 0pt 1pt; LINE-HEIGHT: 200%; TEXT-ALIGN: justify">PELITA,  persatuan penulis.  Nama penuh PELITA ialah Persatuan Sasterawan Muda Terengganu.  PELITA ditubuhkan pada 15 April 1966 di Bangunan UMNO Kuala Terengganu dan mendapat pengesahan pendaftaran pertubuhan pada 25 Februari 1968.

SASTERAKegiatan
SULTAN ISMAIL NASIRUDDIN SYAHKapsyen1">          :1">           Sultan Ismail Nasiruddin Syah

 

SULTAN ISMAIL NASIRUDDIN SYAH (1907-1979), Sultan Terengganu yang ke-15 (1945-1979). Baginda diputerakan pada 24 Januari 1907 di Kuala Terengganu, Terengganu. Nama penuh baginda ialah Raja Ismail ibni Sultan Zainal Abidin. Baginda adalah putera Sultan Zainal Abidin III (1881-1919). Baginda mendapat pendidikan awal di Kuala Terengganu. Kemudian baginda menyambung pelajaran di Maktab Melayu Kuala Kangsar, Perak.

SEJARAH DAN ARKEOLOGITokoh
SULTAN SALAHUDDIN ABDUL AZIZ SHAHKapsyen1">          :1">           Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah

 

SULTAN SALAHUDDIN ABDUL AZIZ SHAH  (1926-     ), Sultan Selangor yang kelapan (1960-    ). Gelaran penuh baginda ialah Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Alhaj ibni Almarhum Sultan Hisamuddin Alam Shah Alhaj. Baginda diputerakan pada 8 Mac 1926 di Istana Bandar, Kuala Langat, Selangor.

SEJARAH DAN ARKEOLOGITokoh
SEKOLAH DATO' ABDUL RAZAK

SEKOLAH DATO’ ABDUL RAZAK,1">  sekolah menegah berasrama penuh untuk anak-anak Melayu.  Nama asalnya ialah Sekolah Menengah Melayu.  Nama asalnya ialah Sekolah Menengah Melayu.  Penubuhan sekolah ini adalah hasil daripada Dasar Pelajaran kebangsaan (Laporan Razak), iaitu satu jawatankuasa yang mengkaji dasar pelajaran kebangsaan yang dipengerusikan oleh Dato’ Abdul Razak bin Hussein, Menteri Pelajaran Persekutuan.

SEJARAH DAN ARKEOLOGIInstitusi/Organisasi
ADAT PERTABALAN YANG DI-PERTUAN AGONG

ADAT PERTABALAN YANG DI-PERTUAN AGONG, upacara menabalkan sultan yang dilantik oleh Majlis Raja-raja Melayu sebagai Yang di-Pertuan Agong. Upacara ini diadakan lima tahun sekali dan penuh dengan adat istiadat diraja.

1">           

BUDAYAKonsep
PERJANJIAN AM SEMPADAN TANAH MELAYU-THAILAND

PERJANJIAN AM SEMPADAN TANAH MELAYU-THAILAND (1949), perjanjian kerjasama antara pasukan polis Tanah Melayu dengan Thailand.  Perjanjian yang ditandatangani pada 1 September 1949 ini dibuat bagi mengadakan kerjasama penuh di kawasan perbatasan kedua-dua negara antara pasukan polis masing-masing untuk menentang pengganas komunis.  Beberapa syarat diadakan dalam perjanjian tersebut untuk menjalankan operasi menyeberang sempadan, tangkapan dan hal-hal lain.  Tujuannya bagi memudahkan matlamat mengadakan kerjasama yang rapat.

SEJARAH DAN ARKEOLOGIPerjanjian/Konvensyen/Triti/Persetiaan
DATO' KELANA SUNGAI UJONG

DATO’ KELANA SUNGAI UJONG, penghulu adat bagi luak Sungai Ujong di Negeri Sembilan. Gelaran penuh Dato’ Kelana ialah Dato’ Kelana Putera. Gelaran asal Penghulu Menteri. Menurut legenda, institusi Dato’ Kelana berasal daripada watak mitos, Bendahara Sekudai yang dikatakan daripada keturunan Sultan Johor dan Puteri Mayang Selida.

1">         

SEJARAH DAN ARKEOLOGIJawatan/Gelaran
CORAK PUCUK REBUNG

CORAK PUCUK REBUNG, sejenis corak dan motif hias dalam kesenian Melayu Nusantara. Sebagai lambang kehidupan, imej pucuk rebung muncul dalam ‘gunungan’ wayang kulit atau puncak Mahameru, mitos keagungan bangsa Melayu. ‘Gunungan’ dalam patung wayang kulit dikenal sebagai ‘pohon hayat’ atau pohon ‘sajaratulyakin’ yang melambangkan ‘semangat kehidupan alam dan manusia’. Di situ terhimpun peristiwa tentang asal usul kejadian manusia. Sebelum kelahiran manusia (Adam), yang ada di muka bumi hanya pohon kayu dan ular (serta binatang dan unggas lainnya). Ukiran pohon hayat dalam wayang kulit diisi penuh dengan kehidupan alam awal itu.

1">           

BUDAYAProses/Tindak Balas
12

Kembali ke atas