Bosch, Hieronymus (1450?–1516), pelukis
Belanda. Dia dikenali kerana mencipta triptych
(lukisan kembar tiga) yang imaginatif. Kebanyakan
lukisan Bosch mempunyai latar belakang landskap
yang penuh sesak dengan orang cacat, raksasa
yang aneh, haiwan yang herot, makanan yang
besar dan pelik bentuknya, dan kadangkala objek
yang sukar dikenal pasti. Karyanya mencerminkan
pengaruh kiasan dan permainan kata-kata Belanda,
kesusasteraan rakyat, cerita ibarat daripada Bible,
ilmu sihir, alkimia, dan astrologi.