Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : orang atau alat yg menukar(kan); (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : 1 orang yg menukar: ~ wang orang yg menukar wang (wang dlm negara dgn wang luar negara). 2 alat yg digunakan utk menukar atau utk menukarkan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
converterpenukarTeknikElektrikMesin atau peranti elektronik yang berfungsi sebagai penukar arus, frekuensi atau tenaga elektrik dari satu bentuk/jenis ke satu bentuk/jenis yang lain. Ada beberapa kelas penukar termasuk penukar arus terus, penukar segerak, penukar frekuensi, dan penukar fasa berputar. Misalnya, penerus yang menukarkan arus ulang-alik kepada arus terus.
1-1 heat exchangerpenukar haba 1?1KejuruteraanKejuruteraan KimiaPenukar haba jenis satu laluan yang membenarkan laluan bendalir hanya sekali di dalam bahagian kelompang dan tiub. Dengan ini, hanya terdapat satu kelompang yang menjadi bekas bagi kesemua tiub. Penukar haba ini merupakan penukar haba yang paling ringkas tetapi jarang-jarang digunakan dalam amalan industri kerana halaju bendalir terlalu rendah, kadar pemindahan haba yang tidak cekap, dan tiub yang panjang diperlukan untuk mencapai pemanasan atau penyejukan yang diperlukan. Penukar haba ini juga mengalami masalah pengembangan aliran bendalir yang mengakibatkan kejatuhan tekanan yang tinggi.
1-2 heat exchangerpenukar haba 1?2KejuruteraanKejuruteraan KimiaPenukar haba jenis dua laluan dengan memperbaik konsep penukar haba 1-1 secara mengurangkan luas keratan kelompang. Ini dilakukan supaya halaju bendalir meningkat bagi kadar pemindahan haba yang lebih cekap. Bendalir di dalam kelompang hanya mengalir dalam satu laluan tetapi bendalir di dalam tiub pada mulanya mengalir selari dan kemudian menyongsang dengan arah laluan bendalir di dalam kelompang. Dengan ini, bendalir di dalam tiub mengalir dua kali melewati bendalir di dalam kelompang bagi memastikan masa yang cukup untuk menukarkan haba. Penukar haba ini lebih kompleks, mengalami kehilangan geseran yang tinggi, dan gagal menaikkan suhu bendalir di dalam tiub ke suhu menghampiri suhu bendalir di dalam kelompang.
commutating machinemesin tukar tertibTeknikElektrikMotor, penjana, dan penukar berputar yang mempunyai penukar tertib. Kebanyakan mesin jenis ini menggunakan arus terus, kecuali motor tolakan dan motor semesta menggunakan voltan arus ulang-alik.
monolithic catalytic converterpenukar bermangkin monolitikKejuruteraan AutomotifEnjinPenukar bermangkin yang mempunyai bahagian laluan udara yang berbentuk indung madu atau sarang lebah yang diperbuat daripada seramik. Struktur ini menyediakan permukaan yang disaluti unsur pemangkin yang luas. Konfigurasi ini menghasilkan tindak balas kimia gas ekzos yang lebih cekap dan laluan gas ekzos yang lebih lancar dan kurang kehilangan tekanan. Sinonim penukar monolitik Banding penukar bermangkin lapisan berpelet.
dual bed catalytic converterpenukar bermangkin batas duaanKejuruteraan AutomotifEnjinPenukar bermangkin yang terbentuk daripada gabungan dua saluran dalam sebuah bekas yang dipasang pada ekzos. Penukar ini berfungsi untuk mengawal dan menyingkirkan gas karbon monoksida, nitrogen oksida dan sebatian hidrokarbon tidak terbakar daripada pancaran ekzos. Proses ini berlaku apabila gas tersebut mengalir melalui dua saluran yang bersalut platinum dan rodium, dan saluran yang bersalut platinum dan paladium.
gatewayget laluanTeknologi MaklumatTiadaSuatu peranti rangkaian yang bertindak sebagai penukar protokol dan penukar pengalamatan di antara rangkaian yang berbeza protokol. Contohnya get laluan digunakan untuk menghubungkan LAN dengan WAN. Jadi, get laluan bertindak menukar kepala dan ekor paket supaya konsisten dengan protokol rangkaian atau pautan data mesej yang hendak dihantar.
plate heat exchangerpenukar haba platKejuruteraanKejuruteraan KimiaPenukar haba yang digunakan bagi keadaan tekanan kurang daripada 20 atmosfera bagi bendalir yang mengakis, dan bagi cecair yang berkelikatan hingga ke 3000 poise. Penukar haba ini memerlukan pencucian yang kerap dan pelbagai bendalir panas perlu digunakan serentak. Ia terdiri daripada pemanas yang mengalir di antara pasangan plat berselang yang menyebelahi plat yang mengandungi bendalir sejuk.
triangular pitch heat exchangerpenukar haba pic segi tigaKejuruteraanKejuruteraan KimiaPenukar haba yang tiubnya disusun dalam bentuk segi tiga sama yang berukuran 1.25 darab garis pusat luar tiub. Penukar haba ini paling murah tetapi tiada ruang untuk pembersihan dan hanya sesuai bagi bendalir pemanas yang bersih sahaja.
pellet-bed catalytic converterpenukar bermangkin lapisan berpeletKejuruteraan AutomotifEnjinPenukar bermangkin yang mempunyai bahagian laluan udara yang berbentuk lapisan pelet seramik yang bersalut unsur pemangkin. Struktur ini menyediakan permukaan yang disaluti unsur pemangkin yang luas. Konfigurasi ini menghasilkan tindak balas kimia gas ekzos yang lebih cekap. Penukar ber- mangkin jenis ini mudah diselenggarakan kerana pelet seramik tersebut boleh digantikan dengan menggunakan peralatan khas seperti penggegar-penyedut. Banding penukar bermangkin monolitik.
12345678910...

Kembali ke atas