Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pe.num.bu.han] | ڤنومبوهن

Definisi : perihal menumbuhkan: jaminan itu tidak akan bererti kalau usaha ~ bahasa itu sendiri tidak berjalan dgn sewajarnya. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pe.num.bu.han] | ڤنومبوهن

Definisi : perbuatan (proses, hal dsb) menumbuhkan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata penumbuhan


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Apakah beza antara penumbuhan dengan pertumbuhan?Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat,

penumbuhan - perihal menumbuhkan. 
Contoh: Jaringan itu tidak akan bererti kalau usaha penumbuhan bahasa itu sendiri tidak berjalan dengan sewajarnya.

pertumbuhan - perihal tumbuh/berkembang.
Contoh: Pokok yang tidak cukup baja dan air itu akan terbantut pertumbuhannya.
Istilah30.01.2020
Istilah Bahasa Melayu untuk ‘Growth Mindset’Antara cadangan ialah penumbuhan penetapan mindaIstilah29.04.2020
Apakah perbezaan antara perihal menumbuhkan dan perihal tumbuh/berkembang? https://prpm.dbp.gov.my/Cari1?keyword=penumbuhan+pertumbuhan&d=175768&#LIHATSINI
Mengikut Kamus Dewan Edisi Keempat, makna perkataan "tumbuh" ialah hidup dan menjadi bertambah besar atau sempurna (benih, pokok, rambut, dan lain-lain). Contoh ayat: Anak kelapa sudah mulai tumbuh. 

Manakala perkataan "menumbuhkan" pula memberi makna menjadikan tumbuh, menjadikan berkecambah; menjaga atau memelihara supaya tumbuh (hidup, berkembang, dan lain-lain) dengan sempurna. Contoh ayat: Baja ini gunanya untuk menumbuhkan benih semaian itu dengan cepat.

Untuk mendapatkan maklumat yang lebih lanjut, sila rujuk Kamus Dewan Edisi Keempat terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka. 
Makna19.09.2021
Assalamualaikum. Saya terjumpa soalan dan jawapan berikut di halaman Khidmat Nasihat: S: Istilah Bahasa Melayu untuk ‘Growth Mindset’. J: Antara cadangan ialah penumbuhan penetapan minda (29.04.2020). Menurut kamus Cambridge, 'mindset' is a person's way of thinking and their opinions. Oleh itu, pada pendapat saya, cadangan yang diberikan oleh pihak tuan itu (penetapan minda) adalah kurang tepat. Untuk mengelakkan kekeliruan, saya berharap pihak tuan dapat menyemak semula semua jawapan bagi soalan 'mindset'. Sekian terima kasih.

Aduan tuan kami ambil maklum dan akan dikemukakan kepada bahagian berkenaan untuk tindakan selanjutnya.

Istilah25.10.2020
Assalamualaikum , boleh bertanya , sy sedang buat kajian tentang tatabahasa bahasa melayu .. dipendekkan cerita, sy membangunkan 'corpus bigram' melalui artikel-artikel bahasa melayu .. masalah disini ialah sy memerlukan artikel2 bahasa melayu yang betul tatabahasanya mengikut aturan tatabahasa melayu dan ianya agak 'limited' kerana sy tidak berdaya untuk 'check' adakah artikel itu betul tatabahasanya secara keseluruhan.. sy fikir KNT mungkin ada sumber2 yang sy maksudkan td betul ? ,tambahan pula KNT adalah satu penumbuhan yang mementingkan penggunaan tatabhasa bagi bahasa melayu..jadi soalan sy ialah,adakah boleh untuk sy mendapatkan sumber artikel bahasa melayu yang banyak dan betul tatabahasanya dari pihak KNT didalam bentuk 'softcopy'? klau boleh bagaimana ? terima kasih.Khidmat Nasihat Bahasa (KNB) khusus menangani permasalahan bahasa seperti ejaan, istilah dan tatabahasa dan KNB tidak mempunyai artikel yang lengkap untuk sesuatu tajuk atau tema. Tidak ada jalan pintas untuk mendapatkan sesuatu yang baik dan bernilai, melainkan setiap artikel yang diperlukan perlu disaring agar benar-benar bermutu untuk dijadikan bahan kajian bagi memperoleh data yang bermutu.Tatabahasa08.12.2014

Kembali ke atas