Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pe.num.bu.han] | ڤنومبوهن

Definisi : perihal menumbuhkan: jaminan itu tidak akan bererti kalau usaha ~ bahasa itu sendiri tidak berjalan dgn sewajarnya. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pe.num.bu.han] | ڤنومبوهن

Definisi : perbuatan (proses, hal dsb) menumbuhkan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata penumbuhan


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
branchingpencabanganKejuruteraanPolimerPenumbuhan satu rantaian polimer baru dari satu tapak aktif pada rantaian polimer mantap, pada arah yang berlainan dari arah penumbuhan rantaian mantap. Pencabangan adalah hasil daripada proses pemindahan rantai atau hasil daripada pempolimeran monomer dwifungsi. Pencabangan sangat mempengaruhi ciri polimer.
growing tyrepenumbuhan tayarKejuruteraanTiadaTiada
growing environmentpersekitaran penumbuhanPertanian OrganikTanaman Makanan-
step growth polymerizationpempolimeran penumbuhan langkahKejuruteraanPolimerPempolimeran yang berlaku menurut langkah atau peringkat tertentu seperti persamaan yang berikut: x mers + y mers = (x + y) mers, dengan rantai sebarang saiz bergabung dan juga dirujuk sebagai tindak balas polipemeluwapan jika berlaku pemeluwapan.
chain growth polymerizationpempolimeran penumbuhan rantaiKejuruteraanPolimerPempolimeran yang rantai polimer menumbuh dengan pertambahan monomer dan terus bertindak balas sehingga bekalan monomer habis. Sin. pempolimeran penambahan.
homopropagationhomoperambatanKejuruteraanPolimerPerambatan atau penumbuhan rantai polimer yang aktif dengan penambahan monemer yang sejenis. Bdg. perambatan silang.
addition polymerizationpempolimeran penambahanKejuruteraanPolimerLih. pempolimeran penumbuhan rantai.
cross propagationperambatan silangKejuruteraanPolimerPerambatan atau penumbuhan rantai polimer yang aktif dengan penambahan monomer yang berlainan. Bdg. homoperambatan.
Diels-Alder polymerizationpempolimeran Diels-AlderKejuruteraanPolimerKaedah pempolimeran penumbuhan langkah kumpulan yang melibatkan penambatan berfungsi siklo tak tepu ke atas 1, 3-diena.
isomerization polymerizationpempolimeran pengisomeranKejuruteraanPolimerPempolimeran berantai dengan setiap langkah penumbuhan diikuti dengan penyusunan semula pusat aktif sehingga unit berulang tidak boleh dijangkakan daripada struktur monomernya.
12

Kembali ke atas