Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pe.num.bu/] | ڤنومبوق

Definisi : 1. orang yg menumbuk (padi dll); 2. alat utk menumbuk (padi dll): lesung ~ padi; 3. kepalan tangan (utk menumbuk orang dll), buku tangan: dia meronta drpd pegangan Dolah, sebelah tangannya mengepal ~; Muhammad Ali tetap menyukarkan lawannya utk melepaskan sesuatu ~ kepadanya. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pe.num.bu/] | ڤنومبوق

Definisi : 1 alat utk menumbuk (padi dll); tumbuk. 2 orang yg menumbuk (padi dll). 3 kepalan tangan utk menumbuk. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
tumbuk
Kata Terbitan : bertumbuk, menumbuk, tumbukan, penumbuk,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Tuan, i.Jelaskan perbezaan peninju dengan petinju

Peninju ialah penumbuk, dan petinju ialah orang yg berlawan tinju atau ahli tinju.

Istilah21.01.2009
peninju atau petinju? Konteks: sarikataBerdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat, peninju bermaksud 1. tinju, penumbuk: peninjunya diangkat ke atas tinggi-tinggi 2. orang yang meninju.  Petinju pula bermaksud orang yang berlawan tinju, ahli tinju.Makna31.10.2011
tuan, apakah perbezaan antara petinju dan peninju? tqBerdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat, petinju ialah orang yang berlawan tinju atau ahli tinju. Peninju ialah penumbuk atau orang yang meninju.Istilah28.07.2011
pelakuan atau perlakuan ? petinju atau peninju ?Yang betul ialah perlakuan bermaksud apa yang dilakukan atau perbuatan. Petinju ialah orang yang berlawan tinju atau ahli tinju, manakala peninju ialah penumbuk atau tinju.Tatabahasa19.12.2009
saya nak tanya peninju atau petinju,dalam akhbar dan pengulas sukan menyebut petinju sedangkan tinju bermula denga huruf t maka apabila menerima imbuhan huruf t akan digugurkan dan diganti dengan huruf n menjadi peninju.petinju - ahli tinju, orang yang berlawan tinju peninju - penumbuk, tinjuTatabahasa24.08.2007
assalamualaikum... soalan, apakah yang membezakan perkataan hingga dengan sehingga, peninju dengan petinju, jawapan dengan jawaban, sejak dengan semenjak. boleh jelaskan dengan memberi contoh ayat. terima kasihWaalaikumsalam,

Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat makna hingga adalah : 1. garis yg terakhir, batas: tiap-tiap sesuatu ada ~ batasnya; 2. sampai ke (had tempat, waktu, dll): percakapan terhenti ~ itu, masing-masing berdiri mencari tempat sujud; ~ kini sampai pd ketika ini; ~ kini ke atas pd masa sekarang dan selanjutnya; 3. = sehingga, hinggakan, sehinggakan sampai pd keadaan (masa dll), sampai menjadi: ~ matahari telah condong benar ke barat barulah si Tanggang berkayuh balik; 4. sl setelah (sudah);


Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, peninju ialah 1. tinju, penumbuk: ~nya diangkat ke atas tinggi-tinggi; 2. orang yg meninju; manakala petinju ialah orang yg berlawan tinju, ahli tinju: ia bangga benar spt ~ yg menang di gelang­gang.

Ejaan jawaban dan jawapan kedua-duanya betul, dalam proses pengimbuhan kata dasar jawab + -an menghasilkan kata terbitan jawaban, tetapi kita biasa menyebutnya sebagai jawapan.

Sejak dan semenjak sama sahaja maknanya. Kata sejak menerima sisipan em menjadi semenjak.

Makna12.03.2013

Kembali ke atas