Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pe.num.bu/] | ڤنومبوق

Definisi : 1. orang yg menumbuk (padi dll); 2. alat utk menumbuk (padi dll): lesung ~ padi; 3. kepalan tangan (utk menumbuk orang dll), buku tangan: dia meronta drpd pegangan Dolah, sebelah tangannya mengepal ~; Muhammad Ali tetap menyukarkan lawannya utk melepaskan sesuatu ~ kepadanya. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pe.num.bu/] | ڤنومبوق

Definisi : 1 alat utk menumbuk (padi dll); tumbuk. 2 orang yg menumbuk (padi dll). 3 kepalan tangan utk menumbuk. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
tumbuk
Kata Terbitan : bertumbuk, menumbuk, tumbukan, penumbuk,


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
TINJU

Tinju ialah sukan apabila dua petinju bertarung

antara satu sama lain dengan menggunakan

penumbuk mereka. Petinju memakai sarung

tangan berpad tebal dan bertarung di kawasan

segi empat sama, berpagar tali yang dinamakan

gelanggang. Perlawanan tinju yang baik antara

dua petinju yang setanding memperlihatkan

kekuatan dan kemahiran yang pantas, ganas.

UMUM 
LESUNG

LESUNG, alat penumbuk padi dan bahan makanan. Terdapat dua jenis lesung penumbuk padi, iaitu lesung kaki dan lesung tangan. Selain itu, terdapat juga lesung kecil yang diperbuat daripada batu untuk menumbuk rempah dan bahan makanan lain.

BUDAYAAlat/Alatan
SERANGAN DAN SERANG-SENTUH

Serangan dan serang-sentuh ialah istilah

undang-undang yang melibatkan ancaman dan

perbuatan fizikal. Perbuatan menyerang

menyebabkan mangsa dalam ketakutan akan

menerima perbuatan ganas dengan segera.

Ancaman lisan mungkin merupakan serangan.

Mengangkat belantan atau mengancamkan

penumbuk merupakan serangan, walaupun

pukulan sebenarnya tidak terjadi, melainkan

kalau orang yang diancam itu begitu jauh hingga

tidak memungkinkan kekerasan dilakukan.

Seseorang yang menghalakan muncung

senapang kepada sekumpulan orang ramai

mungkin didapati bersalah kerana serangan

terhadap setiap orang dalam kumpulan orang

ramai tadi. Serang-sentuh ada kaitannya

dengan pukulan sebenarnya ataupun

kecederaan fizikal yang lain. Kedua-dua

perbuatan salah ini biasanya terjadi bersama-

sama dan biasanya dihukum sebagai satu

kesalahan. Tiada serangan akan berlaku jika

seseorang berhak mengancam atau menimpakan

kecederaan. Seseorang boleh mengusir

pengganggu dari rumahnya dengan paksaan

yang wajar.

UMUM 

Kembali ke atas