adjunctive therapy | terapi penunjang | Perubatan | Tiada | Rawatan sokongan yang diberi bersama rawatan primer untuk membantu dalam perawatan pesakit. Ia terdiri daripada pelbagai bentuk seperti ubat, vitamin, makanan dan aktiviti sosial. Rawatan ini membantu melegakan gejala penyakit, mempercepat kesembuhan dan mengurangkan komplikasi. Contohnya, pemberian steroid pada awal rawatan meningitis merupakan rawatan penunjang yang bertujuan mengurangkan komplikasi neurologi. |
contractile root | akar mengecut | Biologi | Histologi dan Sitologi | Akar advenititius yang tumbuh pada batang bebawang atau umbisi yang telah mengalami pengubahsuaian. Akar ini boleh menguncup dan bertindak sebagai penunjang, iaitu yang menujahkan bebawang atau umbisi tersebut ke dalam tanah. |